Hai
let me share, sebelum ini aku ada share dugaan sebelum kahwin.
yes, its about aku berhenti kerja.
and yes, bukan senang untuk dapat kerja.
in fact, Sepet yang satu company dengan aku pun terpaksa berhenti kerja.
can u imagine lepas kahwin, u got no plan B?
gila.
since, aku dan Sepet masing-masing masih belum ada kerja.
yes, belum ada.
kami cuma duduk di rumah Sepet di Pahang, sementara menunggu panggilan kerja.
kebetulan, aku dapat satu kerja, its just customer service di satu stesen tv berbayar.
tak sempat fikir apa, aku kena pergi interview esoknya selepas dicall.
means, malam tu jugak aku perlu balik KL.
yes, balik KL.
which is aku dan Sepet memang tak sewa mana-mana rumah lagi.
so, nak tak nak, aku terpaksa duduk di rumah sewa Sepet yang lama berkongsi dengan sorang rakan lelakinya.
nak taknak.
aku bukan cerita untuk apa,
untuk aku sendiri ingat aku pernah susah.
untuk aku sendiri ingat apa gunanya plan b dalam hidup.
expect the unexpected.
yes, aku diterima kerja.
tapi, kontrak. dan kontrak itu mati kurang dari sebulan.
maksud, kau ada cuma lebih kurang 3 minggu untuk kerja. nak atau tidak?
yes, aku nak.
at least, aku ada duit untuk apa sahaja jadi masa depan.
which is benda yang kita tak expect kan?
untuk seminggu mungkin, aku hadap duduk dalam rumah sewa Sepet.
satu bantal, satu katil bujang, satu selimut.
mungkin rezeki mula terbuka.
kami dapat sewa rumah, fully furnish, dekat dengan tempat kerja aku.
sewanya less than RM1k.
nak cakap duduk rumah tanah less 1k, memang takdapat lah.
kau tuuu duduk Shah Alam kan.
rumah apartment kecil dah cukup untuk aku.
macam aku cakap, bila suami kau mampu sediakan apartment, kenapa minta banglo?
kan?
dan sepanjang itu, kami hidup serba apa ada.
nasib, papa hadiahkan tv berbekal antenna.
tv1, tv2, tv3, tv9 dan tv al-hijrah.
cukup.
bukan kau tak boleh minta mak pak kau duit sokongan.
tapi, kau ada family sendiri, di mana aku tahu mampunya suami aku di tahap itu.
itu lah. kenapa minta lebih.
kontrak aku hampir tamat, 7 May 2014.
dua hari sebelum, aku dapat panggilan untuk kerja baru.
rezeki makin terbuka.
dengan gaji double apa yang aku dapat dari kerja sekarang dan kerja yang dulu.
rezeki bro, senang tuhan bagi, bila kau tak lupa Dia.
12 May 2014 aku perlu lapor diri di sebuah stesen tv kabel.
sebagai wartawan. profession lama aku.
dan aku bersyukur.
7 may ke 12 may ada lagi 4 hari.
So, lets to Bali :)
what a life!
in fact bila aku tulis story ni, aku ingat balik detik susah aku compare di mana aku duduk sekarang ini,
wow, kerja Allah memang terbaik. susunannya padat.
Alhamdullillah.
bye.
Assalammualaikum
fds ♥
written by fadhillasamsudin