Sunday, August 28, 2011

mana lagi kad raya?



mana ohh mana? *bajet nyanyi lagu Aizat. aku nak cakap pasal kad raya.
harini dah tanggal 2 hari sebelum raya. kalau esok aku still boleh puasa, nampaknya aku cuma ganti 3 hari je lah.
haha. aku rasa berbangga puasa bulan ni. eh, kau takpayah cakap "aku puasa full, tak heran pun"
kau tak heran, aku lagi super duper tak heran. kau punya hal lah.
tahu tak sang lelaki ooii, bila si perempuan dapat puasa full sebulan adalah suatu kenikmatan dan kebanggaan.
bangga yang macam nak tulis besar-besar kat blog, tulis status kat fb mengharapkan orang like, tulis kat twitter, mengharap orang retweet. betul! :)
tapi lelaki plak macam bangga kalau bagitau ada ponteng puasa. lu tak malu ke bro?

ok. habis cerita puasa penuh. aku nak cakap pasal kad raya. melecong je -.-
ulang balik ayat first. harini dah tanggal 2 hari sebelum raya. dan masuk hari ini, baru 1 kad raya yang sampai di rumah.
rumah ye. bukan melalui email, internet atau apa jua teknologi. itupun sebab kawan aku baik hati nak mengimarahkan bulan puasa ni macam dulu-dulu kala. iaitu, bagi kad raya yang bersetem.

dan semalam kakak aku jerit "adik, aku menang! aku dah ada 2 kad raya"
kau nampak tak punya bangga makcik tu. macam loser kan. ok ok tak. kau menang. kau menang. haha
sebab dulu-dulu kami punya rasa teruja dapat kad raya walaupun dalam kad raya tu cuma tulis nama pengirim je.
berlawan siapa dapat kad raya paling banyak. beli kad raya sepaket, tulis alamat, beli setem.
mengkayakan pejabat pos dan menyusahkan posmen cari alamat. itu memang tradisi dulu.
dan walaupun aku rasa dulu posmen menyumpah-seranah bila hantar kad raya sebab banyak sangat,
tapi aku juga rasa kali ni kalau posmen dapat hantar kad raya, dia pasti rasa bangga.
ingat senang ke nak hantar kad raya sekarang.

kadang-kadang dengar jugak, "jom kita hantar kad raya".
tapi tak ramai. tapi kadang-kadang ramai, tapi tak buat. semua jadi malas bila dah tengok duit poket nak beli kad dan setem.
baik pakai message, facebook, twitter. dapat edit2 gambar, tulis je. one for all. kan?
tak best nya -.-
tak best, tak best pun, lu tunggu lah. aku pun buat macam tu jap lagi. hehehe

dan dulu kalau pergi rumah orang beraya, nampak lah hiasan tampal2 kad raya kat dinding.
sekarang mana ada -.- semua nak tampal bunga2 lah. vintage2 lah. sama macam mama.

kalau lah tahu kad raya ni hilang ditelan zaman, dari dulu lagi appreciate betapa berharganya sebuah kad raya.
btw, thanks Wawa sebab bagi kad raya pada saya. iloveyouuuuu.

tahun depan bagi alamat, aku rajinkan diri tulis kad raya. ok. kali ni betul.
azam weyh. biar lah.

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

Day 28 of photo challenge

Day 28 : A photo of something that is your favourite colour

nah!




fokus kan aku. tapi sebenarnya tak fokus pun. tapi macam bajet fokus sangat kan. ok. tak jugak sebenarnya.bye.
warna baju, tudung tu pun dah cukup tunjuk warna apa yang aku suka.
PINK colour. mesti korang nak cakap "ek eleh, gila tipikal pompuan suka pink weyh"
eh, suka aku lah. tipikal tak tipikal, aku tetap perempuan, lu ada masalah?
gambar ni kat studio radio masscomm UiTM. masa ini untuk recording suara "Tahukah Anda".
perh, gila kartun suara aku. ok. malas cakap lagi.

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

Day 27 of photo challenge

Day 27 : A photo of something green.

nah!


aku rasa ia nampak hijau. kan? atau aku salah pandang? atau kau buta warna? bye.
masa ni, opkos dalam hospital. rindu duduk dalam tu. sebab makan tidur je :)
budak2 nurse praktikal kat situ pun suka lepak katil aku, sampai kena marah dengan Sister :)
internet masa tu pun entah baik sangat bagi free je. dapat lah online kat hp. atleast kan.
tak kisah lah. tapi yang tak best nya ubatnya seksa. ok. malas ingat.

itu je. lebih seronok lagi, bila masuk hospital, sekeliling bagi perhatian. kan? :)

bye :)
fds written by fadhillasamsudin

Friday, August 26, 2011

kanak-kanak dulu, kanak-kanak sekarang



semalam berkesempatan hantar adik aku yang baru menginjak umur 14tahun pergi berbuka di luar.
aku rasa masa umur 14 tahun, tak pernah terlintas nak berbuka dengan kawan-kawan.
takut nak keluar rumah. bezanya dulu dan sekarang kan.
dengar lah perbualan dua anak gadia berusia 14 tahun di seat belakang kereta.

"yelah, duduk sebelah-sebelah romantik2. mesti lah nak buka sama tu"
"ee,geli lah aku. biarlah dia"
"kau tahu semua cerita dia, kau stalking dia eh?"

masa umur aku 14 tahun, stalking pun aku tak tahu menda tu. stokin tau lah.
bezanya dulu dan sekarang kan.

perihal facebook je. kalau dah bergambar sakan, makan sampai rm100 lebih.
duduk lepak kat Johnny's. pergh, hebak budak2 zaman sekarang.

nanti mesti kata "eh, nanti upload tau. lepas tu tag dalam fb"


masa umur aku 14 tahu, myspace pun aku takde lagi -.-
bezanya dulu dan sekarang kan.

dulu nak mintak lebih rm10 pun takut. lepak pun Mcd je. itupun tak lepak. beli terus balik


banyak budak kecil yang aku jumpa di bilik promosi ni.
bila nampak aku bukak facebook je, "eh, akak ada facebook, add lah kita"
ye, budak umur 7 tahun cakap macam tu dengan aku.

masa umur aku 7 tahun, aku cuma main pembaris panjang cikgu punya je.
umur 9 tahun baru berjinak main batu seremban. lepas tu kena rampas dengan cikgu Zainab.
aku ingat nama dia! sebab aku baru beli batu seremban tu, lepas tu dia rampas. tahu tak mahal!
ok. cukup emosi. bezanya dulu dan sekarang kan.

"kakak, nak nombor telefon, nanti boleh kacau"
"awak ada handphone ke?"
"ada. kita satu, yana satu"
ye, budak umur 10 tahun dengan adiknya berumur 7 tahun tengah berbual dengan aku.
"awak ada handphone apa?"
"kita punya sony erricson, yana punya motolora"
"hehe. pelat. motorola lah sayang :)"

masa umur aku tingkatan 1 baru aku dapat pegang handphone.
itupun berkongsi dengan kakak. yelah dulu topup paling murah RM30.
sekarang ni, RM3 pun dah dapat. bezakan dulu dengan sekarang.

"kak, kita tak biasalah main guna tetikus ni. selalu main kat ipad. pakai jari je"
ye, budak 7 tahun yang sama cakap macam tu dengan aku

dulu, umur 7 tahun, tetikus pun aku tak tahu. tikus tau lah -.-
apatah lagi ipad. dulu komputer besar gedabak nak mampos. berat, kalau tertimpa aku, aku pun boleh mati.
sekarang semua nak flat, semua nak compact. senang nak bawak ke mana-mana.
bezanya dulu dengan sekarang kan -.-

ingat lagi masa aku pergi Kampung Homestay.
saat nak balik, ada satu rombongan sekolah. aku kira dalam darjah 5 atau 6.
ada salah seorang budak perempuan dengan megah jalan sambil pegang iphone.

masa umur aku tingkatan 1, hp 3310 je dapat. itupun dah bersyukur.
darjah 6 dah boleh minta iphone, aku ni umur 20-an baru dapat iphone tu -.-
bezakan dulu dan sekarang.

bila teknologi dah tinggi sangat, budak-budak pun selari ikut peredaran teknologi.
kalau ibu bapa pun dah persembahkan PSP, ipad, laptop depan mata anak, nak salahkan siapa?
tapi zaman beredar. berputar. sekarang pun fashion pun berputar.
tengoklah sekarang. zaman vintage dah kembali.
tengok gambar lama mama. dress up mama dulu sama dengan anak-anak gadis zaman sekarang.
kalau fashion boleh berputar, permainan boleh tak?

nak tengok juga budak-budak datang sini main congkak, main batu seremban :)
tapi, mereka tau ke main?

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

segmen Jom Join Gadis Blogger



hmm. ini segmen. bukan contest. ye ini segmen. rasanya untuk suka-suka.
tak tahu menahu pun tapi after adik GrezYo tag, baru lah tahu :)

rasanya untuk mengumpulkan semua gadis blogger di seluruh dunia.
aku gadis, eh jap. ok. confirm aku gadis, jadi aku layak lah join :)
just tag 3 orang dalam satu entry khas. then link ke entry segmen Jom Join Gadis Blogger ni.
eh, tag orang yang tag kita boleh? heheh :)

kakak buncit , Dilla Fadhilla (fadhilla wahidah)
lina lolipop, AHHA (Aini Haslina Hussin Abdullah)
Nanna (Nurul Farhanna)

settle kerja gua. korang check je link ni okeh bebeh :)
Segmen : JOM JOIN GADIS BLOGGER

hah, cepat. tarikh tutup 31 August ni. ada hadiah misteri kalau bertuah katanya.
bertuah ke aku ni -.-

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

Day 26 of photo challenge

Day 26: A photo that represents your day.

nah!


feeling so high :)

untuk pagi ni, aku rasa mood aku ok. dan harapnya berlanjutan ok :)
sebab entahlah, rasa seronok hari ini. takde yang special pun.
tapi rasa gembira. drive pergi kerja sorang, dengar lagu raya.
walaupun hujan, aku tetap nyanyi lagu raya yang berkumandang di HotFM tu dengan girang.
yelah, hujan, orang kiri kanan pun tak nampak aku :)
walaupun jem, walaupun lambat 1minit sampai tempat kerja, entah rasa happy.
mungkin sebab bos takde. dan aku diberi kebenaran pergi merayap. miahahah.
so, takyah kisah kalau terjumpa aku kat Angsana tengahari ini then tanya "eh, kau bukan kerja ke?"
eh. ini lah kerja aku harini. cari baju raya yang masih gagal dicari :)

tolonglah jangan spoil mood seronok bergembira harini.
tapi kau nak spoilkan pun, kau punya pasal lah. aku hebak kot. hebakk sangat.haha XD

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

Day 25 of photo challenge

Day 25 : A photo of something you have eaten today.

nah!



hah. ini salah satu makanan yang aku makan untuk buka puasa.
Water Chestnut di Johnny's sebagai dessert after meal :)
sedap. dulu, Yus yang ajar aku makan benda ni.
then now, bila makan Johnnys je, wajib ambil dessert ni :)
yang merah bawah tu, chestnut. campur dengan hirisan cempedak/nangka. either one kot.
sebab aku tak reti beza which one cempedak or nangka -.-

kalau after this pergi makan Johnnys, try lah. sebab kakak aku tu pun dah suka :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

Thursday, August 25, 2011

endless word




aku penat tunjuk effort aku.
nak tengok effort kau plak boleh tak? :)




betul, tak marah langsung :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

selamat hari wanita malaysia :)


tak tahu apa motif cake ni. cake ni ala-ala cake hari jadi untuk semua wanita.kbye :)

hari ini 25 Ogos 2011.
maksudnya dah 25 hari kita berpuasa. tinggal lagi 5 hari untuk ke Hari Raya :)

25 Ogos 2011 ini juga dipilih sebagai Hari Wanita Malaysia.
Tunku Abdul Rahman yang pilih tarikh ini dulu.
untuk mengiktiraf wanita seluruh Malaysia. bangga seyh jadi wanita :)

tak kisah lah. sebab banyak peranan wanita sukar dilakukan sang lelaki.
dan peranan tu bukannya mudah macam "eleh, aku tutup mata pun boleh buat". cuba try tengok.
so, no diskriminasi eh bro.

wanita kan kuat. taknak lemah2. kan?
aku pun wanita jugak. jadi, harus kuat!
kalau dia boleh begitu, kita boleh lebih dari itu!

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

i love quotes #8



"everyone deserve someone who will not only say that they love you but more importantly show you that they do"

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

siapa kita untuk menghukum



semua orang buat salah. kita nak pandang serong pun bajet macam kita ni suci lah sangat kan.
mungkin ada sesetengah perkara kita tak mampu nak maafkan orang.
berat sangat kesalahannya mungkin.
tapi siapa kita nak menghukum? mungkin salah dia sama dengan salah kita.
cuma bezanya pendekatan dan cara. kan?
setiap manusia lakukan kesilapan. dan kalau mereka betul2 dah insaf, apa salahnya.
kecuali lah kalau perangai masih sama. itu lain cerita.

tapi orang selalu cakap, takut pisang berbuah dua kali.
eh, takpelah. rezeki kot pisang berbuah dua kali kan.
tapi dalam konteks ni, kita pun kenalah jaga-jaga. waspada.
mungkin insaf orang itu cuma sekejap. jadi, kita kenalah get ready dari awal.
taklah nanti dah terhantuk baru nak terngadah kan.

berilah peluang kedua. itupun kalau mereka pandai guna.
tapi jenis macam mana nak diberi peluang kedua ni?
itu ikut perilaku masing-masing. kalau betul dah insaf, mungkin boleh.
tapi bukan lah kalau dah lama takde hala tuju , baru nak minta peluang pada yang lama kan.
terpulanglah. aku ni pun bukan baik sangat.
tapi sampai nak balas dendam tu, memang bukan kerja aku.
sekadar menyumpah dalam hati je lah.
kan tuhan tu maha adil. tunggu je lah kan? :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

Day 24 of photo challenge

Day 24 : A photo of anything you want.

nah!



papa ohh papa. nak ni. ye, nak ni :)
tak mahal lah. around 4K SAHAJA! -.-
yang ni 13inch macbook pro. pink colour punya.

kan bagus kalau minta, terus je dapat.
aku memang dapat kalau minta. dapat senyuman papa yang paling manis -.-

takpelah. tunggu kerja sendiri.
itupun kalau aku mampu nak beli. hehe

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

Wednesday, August 24, 2011

DiGi Dear Malaysians: Official Video





genius. that's the 1st impression when i just finished watching this video.
this is brought to us by Digi to spread the campaign of 'Brighten Someone's day, One Apology at time'
stop burden yourself and start to make peace . express it.
come together in the spirit of Hari Raya, Merdeka & 1Malaysia.
express your sorry to Digi Malaysia. it can be via SMS, Facebook, Twitter or email as well.

everyone deserve a second chance.

.i'm sorry i can't be so perfect.

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

Tuesday, August 23, 2011

Day 23 of photo challenge

Day 23 : A photo of you with someone you love.

nah!



ini keluarga saya. tapi kan, challenge nya ialah someONE you love kan? kan?
family is one. one for all, all for one :)
ada faham adik-adik? :) ok. settle.

saya sayang papa+mama+kakak+cotek+mardhiah = keluarga
i have one happy family at home! :)

hah! finally settle challenge mengikut hari dan gambar :)
bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

Day 22 of photo challenge

Day 22 : A photo of your smile.

nah!



"ohh manisnya. manisnya senyumanmu" (Elite)

"senyumlah senyumlah, ahai cek mek molek" (Dato' M. Daud Kilau)

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

day 21 of photo challenge

day 21 : A photo of your least favourite body part.

nah!



hidung tak mancung. pipi tersorong-sorong.
bukan lah tak suka. cuma tak favourite. hidung aku lembut. macam tak bertulang.
tapi hidung ni yang bikin aku hidup sebab boleh hirup oksigen dari sekeliling.
hidung juga yang selalu tangkap bau bacin adik aku yang baru balik dari sekolah. hahaha XD

nothing much to say.
bye :)
fds
written by fadhillasamsudin


Day 20 of photo challenge

Day 20: A photo of you dressed up/smart.

nah!



*abaikan makcik pakai baju pink tu.bye.

dress up? hmm. aku dress up simple je. malas nak canggih-canggih.
standard pun kemeja then skinny jeans. shawl. flat shoes. tu je.
nampak canggih pun style shawl je. yang lain biasa je.
kurang memilih heels unless hari2 tertentu sebab aku bukan reti pakai sangat heels tu. asyik terpele'ot je -.-
tapi yang penting simple but nice. muahahaha XD

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

Day 19 of photo challenge

Day 19 : A photo of an object from your childhood

nah!


actually gambar ni ambil dari pakcik Google. sebab aku punya entah pada siapa.
dah bertukar milik mungkin. comel kan kasut ni. winndddu! XD
dulu ada tersimpan rapi dalam almari. tapi sejak almari tu dah dibongkar mama,
everything dalam tu semua mama buang & barang yang masih elok diberi pada orang lain.

kasut ni ada 3. Barney, Mickey mouse, Minnie mouse.
papa belikan masa papa pergi overseas dan masa tu aku dalam umur .... hmm. taktau/tak ingat, bye.
kasut ni macam sarung kaki dengan kepala yg besar kat depan tu.untuk buat tidur je.
takpaya bajet nak jalan-jalan kat luar pakai kasut ni, kena pukul dengan mak aku kang.

oklah. penat sebenarnya punggah rumah cari barang childhood ni.
atleast jumpa jugak dalam internet. terima kasih pak cik Google!

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

Monday, August 22, 2011

sorry ?



aku rasa malam tu emosi dah membuak-buak.
benda simple je pun. tapi entah lah, aku pun tak tahu.
bibir nak menitip satu-satu perkataan pun dah tak boleh. tak mampu
tapi mungkin aku terlalu keras sangat. batas pun aku dah langkau.
mungkin ada hati yang terguris.
kalau kau baca ini, maaf. takde niat. cuma minta kau sedar.
mungkin ada, cuma aku je tak nampak, aku tak rasa.
sekadar kata, aku tak mampu nak percaya.
kadangkala aku rasa penat. tapi penat tu buat aku rasa tetap nak kau.
kau tau apa yang aku nak. tak banyak.
mungkin aku rasa aku perlu cermin terbesar buat kau.
dan aku perlukan meja doraemon untuk patah balik masa lampau.
sebab aku sayang kau. sorry? ok.

bye.
fds
written by fadhillasamsudin

kisah tergendala

maaf lah. dah beberapa hari aku langkau untuk 30 days challenge tu. dah macam tak aci sangat kan.
tapi hari ni, im back! :)

bukan lah ada masalah sangat pun. tapi bila cuti sabtu ahad, aku malas lah pulak nak buat entry baru.
check facebook pun gitu-gitu je.
apatah lagi nak memakbulkan permintaan photo-photo tu. rasa malas yang teramat.
almaklumlah, raya lagi seminggu. jadi weekend aku habisnya di shopping mall.
keluar pagi, balik buka, keluar lagi sampai malam.

tapi sampai sekarang, aku masih gagal lagi carik baju raya aku -.-
kenapalah aku ni 'bewel' sangat. ok. cerewet lah.
kenapa? sebab papa mama pun sama dengan je. tu yang anak dia macam ni.
ingatkan mama je. rupanya papa pun.
semalam berkesempatan keluar dengan papa berdua.
teman papa beli kasut. dua tiga kedai, semua tak berkenan. last-last, patah balik 1st kedai.
itupun kasut ni berat lah, ringan sangat lah. pelik lah, apa lah.
tapi atlast beli juga. kalau mama, atlast takbeli gapo pun.

dan semalam borak-borak dengan papa, rasa bangga plak.
kenapa perangai cerewet papa dapat kat aku, bukan perangai papa yang sangat suka bekerja.
papa cakap sejak awal papa kerja, dah cuba buat target bila umur 50tahun nanti.
"dulu papa target umur 50tahun je mesti dapat gred52. sekarang dah 51, alhamdullillah terlebih naik gred54 plak"
gila wawasan bapak aku ni. aku ni target target mesti tak lepas.
sama je lah macam target pmr,spm, tak lepas target pun -.-

tapi papa cakap sekarang habiskan belajar dulu. tapi ikut nasib.
yelah, orang sekarangkan pandang pengalaman instead of akademik. takde skill pun xboleh jugak kan.
takpelah. berdoa je lah. kalau ada rezeki tak kemana :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

terima kasih papa ♥


terima kasih Papa



ilebbiu. muah muah

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

Day 18 of photo challenge

Day 18 : A photo of something red

nah!



red enough? ke nak lagi merah. cukup lah.
baru ambil gambar ni semalam. city square.
cool gila kan gambar ni. aku suka. ala-ala gambar lama.
nak jugak beli camera tu, rm250 kot. tapi takpelah. skrg kan ada teknologi.
editing sudah. macam jenis gambar boleh buat. kan?

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

Sunday, August 21, 2011

sesi tergendala



maaf. sesi tergendala. harap maklum.
challenging, ampun. terhenti untuk few days. nanti akan kembali lagi.
persiapan raya plus mood yang terumbang ambing sekarang ni.
i'll be back soon when i'm feel much more better ok.

sorry. my bad.

bye.
fds
written by fadhillasamsudin

Thursday, August 18, 2011

i love quotes #7



Someone who really loves you sees what a mess you can be, how moody you can get, how hard u are to handle, but still wants u in their life (the NoteBook of Love, 2011)

bye :)

Wednesday, August 17, 2011

Day 17 of photo challenge

Day 17 : A photo of your favourite food

nah!



hah. mesti kalau tengok gambar ni macam "eih, apa benda seyh ni. erk. eih" *sambil buat muka nak minta pelempang aku. kbye
ini Patah. ye patah. tak aku bukan suka suka bagi.
memang nama dia. plss mmg nama dia.
makanan keturunan Banjar. yes, my mom Banjar. kau ada?
kau ada Surui? hah. taktau kan. ok diam. nanti ketulahan. jangan tunjuk puricik sangat.

ok. back to makanan ni. ini favourite food kalau kat kampung.
&& those yang cepat muak, mungkin takleh bajet nak makan.
sebab adunannya tepung beras dan kapur kasut. ok tipu. tepung beras dan kapur makan tu.
kuahnya, tengok pun dah tau kan. kari berisi kentang dan baby udang. sebab udang tu kecil :)



ok. sorrylah aku cantas syarat kali ni. sebab dia minta A PHOTO.
tapi aku bagi berphoto-photo. haha
eh, permainan aku, blog aku, jadi aku yang decide banyak mana gambar aku nak letak. ok ;)

jarang dapat makan. gambar ni pun gua rembat dari blog kakak.
sebab dyorg makan ni masa aku pergi USS. demmm it!
tapi sedap lah weyh. mama pun taktau buat. makcik aku yang kat batu pahat tu je pandai.
ala, nak Patah lagi -.-
okbye.

surui = sikat
ketulahan = tulah
puricik = pengotor

bye :)

wordless wednesday


we should always know that we can do anything :)

bye :)

Who Says?


who says?

i'm no beauty queen, i'm just beautiful me
you got every right to a beautiful life, come on.

who says, who says you're not perfect
who says you're not worth it
who says you're the only one that's hurting
trust me, that's the price of beauty
who says you're not pretty
who says you're not beautiful, who says?


lagu ni macam bagi semangat for those yang self-confidence yang rendah.
anyone ada bakat sendiri dan bakat tu melebihi orang lain.
tapi yang orang lain cuma buat, gelak dan terus gelak.
jeles kata jeles :) kan dah cakap, cemburu tanda tak mampu ;)

who says Selena Gomez takboleh dengan Justin Bieber? haha

bye :)


Day 16 of photo challenge

Day 16 : A photo of your legs.

nah!


blur kan? padan muka. nak tengok jelas, datang jumpa aku.
aku kakikan muka kau ;p
sorrylah. ikut syarat je. nak bagi full kaki macam cantik sangat plak kaki aku nak tunjuk kat semua.
kurus. kan! kaki pendek tu yang aku pun pendek.
gambar ni lama tapi kaki aku masih sama.
tak pernah plak buat operation tukar kaki :)
ohh, jangan risau, kaki aku takde cacat cela.
takde hiasan kecuali lebam yang tetiba entah mana datangnya pastu hilang sendiri -.-

tapi kaki ni banyak bantu aku jalan pergi sana sini.
sebab kaki ni yang selalu tekan minyak,tekan brek kereta.
ohh kaki, jasamu tetap dikenang :)

bye :)

Tuesday, August 16, 2011

kalaulah dia faham



mungkin ini pertama kali.
dan dia tak pernah rasa apa rasanya berada di tengah nanti.
sebab aku pernah rasa dan rasa tu tak pernah seronok.
mungkin sekarang rasa terhibur. tapi bila saatnya nanti, mati akal.

kalaulah dia faham. waktu senang tak selamanya senang.
roda putar balik. lainlah kalau ada brek pada roda.
tapi takkan selamanya boleh berhenti, suatu ketika tetap bergerak turun naik.

aku rasa dia dah nampak contoh depan mata.
contoh yang pernah tersungkur dan perasaan tu buat aku takut.
aku pernah kata "janganlah terkena badi. takut weyh"
tapi kalau diri sendiri pilih badi tu, macam mana?

harap dia faham.
harap-harap lah. tapi rasanya dah terpergi jauh. nak tarik pun macam dah ketat sangat.
kalaulah dia faham.

bye :)

Monday, August 15, 2011

rest

is getting worst. stand it as i can.
i need a doctor please. tapi bila tahap kemalasan lebih tinggi dari sakit.
takpelah. ok je ni. kot.

need some rest.
stop all the things that can affect my emotions. it will brings more harm.
doctor cakap "bila kita risau atau terlalu banyak berfikir, lagi senang untuk sakit"

seriously.
this moment. i should sleep. 11.11pm.

bye.

Day 15 of photo challenge

Day 15 : A photo of you with a member of the opposite sex.

nah!



ini salah satu kawan baik lelaki muah muah selain Jazli anak pakcik Jumain tu.
ni Fadhzli anak Pakcik Roslan.
dia baik sangat. rindu sama dia. gambar ni pun masa diploma dulu.
part 3 means masa kami 19tahun. di Klebang, Melaka.
rindu saat dan suasana tu.
tapi since degree kurang bergaul sangat kecuali kelas Arab. hehe
sekarang dia tengah struggle kat rumah tu sebab dia patah kaki before cuti haritu :(
jatuh masa mandi air terjun. harap kau sihat fadh. kau rindu nak gossip dengan kau.

ohh, dulu dialah CNN kitorang. tanya apa saja, mesti dia tau :)
ohh, dulu dia pernah crush on me. haha. tp kalau siapa buat hal dengan aku, dia crush muka kau! haha
tunggu naik sem, kita lepak ok. winddduuuu!

bye :)

takut


eh, bintang. turunlah. aku cuma nak sedikit cahaya kau.


tolonglah. aku takut rasa tu mati.
walaupun aku tau aku akan biarkan ia terus hidup.
tapi bunga kalau tak disiram, kecundang ke tanah juga.

kadang-kadang dapat rasa. tapi rasa tu pantas betul perginya.
mungkin ikut cuaca dan angin.

aku cuma nak rasa apa yang kau rasa.
aku cuma nak rasa aku ada di setiap jalan kau.
aku cuma nak rasa jadi yang pertama.

tolonglah. aku cuma takut.
takut aku hilang rasa itu. rasa yang sukar aku dapat.
rasa yang sukar aku hidupkan.

bye.

Sunday, August 14, 2011

Iftar & Carboot Sale bersama Pama Cews :)

pagi tu gigih bangun pagi. sebabnya nak layan mama melawat tapak kawasan baru.
almaklumlah. Mydin buka cawangan baru di Nusajaya, Bandar Iskandar.
kononya besar. memang dah biasa bila ada je mall baru sekitar JB, mama mesti nak melawat.
melawat sekali je. lepas tu, mmg taklah. cuma nak buat comparison. comel mak aku ni. hehehehe.

balik lepas zohor. hujan lebat di bumi skudai.
gadis-gadis setaman dah agak risau. macam mana lah carboot tu nanti.
kesian baju-baju mereka. basah. eh, risau baju. tak risau orang yang jual ;p
tapi khabar dari taman lain, katanya tempat mereka bebas dari hujan.

"kau nak gerak pukul brapa pdy?"
"before 4.45 aku amek kau. mungkin 4.44"
"damn u!!!"

sharmaine orang pertama yang aku jumpa. sejak balik dari Pakistan, makin rugged dia sekarang.
rumah dia selang beberapa rumah je. lek lah.
tapi walaupun dekat, dia ada kat rumah pun aku tak tau. haha
ok. move to hang kasturi. ambil minah ni. dia dah bising. "cuba kau call pdy. entah2 dia tidur"
zaza, aku bukan kuat sangat tidur weyh. haha


sharmaine, rugged kan ;)

"kitorang baru keluar. dah ada kat pasar peladang ni"
ohh. pasar peladang tu 5 minit dari rumah aku.
"siapa tu?"
"faiq"
"janganlah jujur sangat!. cakap je kejap lagi kita sampai!"

ohh. tu memang habit. jangan risau. Pama Crews memang terlibat secara langsung dengan janji melayu yang sangat kuat. sebab kami melayu.kbye.


suasana CBS :)



dah nampak kelibat Syelly, Faiq, Lily. dan beberapa peniaga CBS.
kami lari ke arah dyorang macam rindu sangat sangat. macam nak peluk tak bagi lepas.
tapi sebenarnya lari sebab dyorang tengah ambil gambar. nak interframe. hahaha

Dan kami tunggu ketibaan artis baru. Artis baru. Bold lagi, artis baru.
Mungkin orang luar tak kenal lagi. Sebab dia, ulang lagi ni, artis baru.
Jadi cuma certain je rasa kebaruan dia.
Macam orang yang duduk Pakistan kan, tak kenal artis baru ni :)
Preseting uollss, Aqilah Razali. Tak kenal kan? Ok. Nak kenal kan lah ni.
Nanti download lagu dia. Tajuk Harimau Malaya. Best weyh. Sumpah best.



first gerai yang kitorang kunjung gerai ex-schoolmates. konon bagi support lah kan.
dan Carboot Sale (CBS) ni walaupun tak semeriah mana, tapi barangnya meriah dengan harga yang meriah.
nampak tak kemeriahan yang aku cuba gambarkan yang CBS ni meriah sangat sangat tu macam kalau korang tak pergi, korang menyesal. Dan yang meriahnya lagi, kami ada. Okbye.


jumpa Dewi (tudung hitam) dia satu bas dengan aku masa sekolah dulu :)


Chaerm (baju putih) pun berniaga jugak :)

Setiap kedai mesti berhenti. Dan setiap perhentian tu mesti ambil gambar.
Tak pakai lah camera gegel zaza lagi weyh. Camera dia canggih kot sekarang. Sharp plak tu.
Kau lompat lah laju2 pun, gambar kau mesti sharp punya.
Dan setiap perhentian tu, mesti Lily macam teruja lambai-lambai sambil cakap “eh, hai. Ni bla.. bla.. blaa… blaa.. kan.”
Sebab semua pekedai kat situ kawan dia. Memang dia sorang je ada kawan.

Aku rasa carboot tempat reunion kawan Lily kot.


yang lelaki tu salah seorang kawan Lily. kan dah cakap Lily je banyak kawan kat sini :)

Dari hujung ke hujung, dah sampai hujung, patah balik hujung.
Itu memang Pama. Suka jalan-jalan buat bising. Aku rasa suara kitorang paling kuat.
kalu tak kuat, bukan Pama, tu fake punya. jangan percaya dyorang.
lagi-lagi suara yang paling nyaring lah antara paling yang banyak cakap.
so, bayangkan key yang dia pakai untuk gelak. hahaha.
kan Zaza. ecech. tau lah kena ngorat. dapat beli cincin murah.
approve je lah abang tu. "nanti kalau ada barang update, saya bagitau awak"
bang, kitorang lulusan universiti. ada ayat canggih lagi nak bagi tak utk mengorat -.-



kitorang je antara group yang teramai sangat ahlinya
. Yang lain jalan dua orang, macam hambar.
pastu senyum gelak-gelak tutup mulut. Almaklumlah wanita sopan.
Kitorang sopan juga lah weyh. Cuma kalau kitorang gelak, mulut kalau tak buka luas, itu bukan gelak.
Tu cuma senyum.
So, kalau Nampak kitorang buka mulut depan korang, tu maknanya kitorang senyum :)


eh, aku tak bagitau lagi siapa artis baru tu kan. hah yang hujung ala-ala Najwa Latif ni. Aqilah Razali namanya :)



Tapi sebabkan CBS ni, aku nak kurangkan sikit diskriminasi.
Tak semua
orang pakai kereta biasa tu takde duit.
Dan orang yang pakai kereta Swift tu tak boleh mintak 50sen dari kawan-kawan sebab tak cukup duit.
Eh, kan Lily? hahaha ;)

Waktu berbuka dah dekat, dan cadangnya terus menghala ke
Otai Steamboat dan Grill.
Sekitar Bandar Larkin. Aku dengar baru je buka.
Review pengunjung lain pun macam nampak bernas kalau makan kat sini.
RM13 satu kepala.
Masa tu mungkin ada yang faham kenapa Lily kumpul duit 50sen utk cukupkan RM3 :p





Kelihatan ahli baru,memang baru. Baru sampai, Najjia.
Yang paling gemok gedempol tu. Ok. Dia skinny. Dia cuma bajet je dia gemuk.



Makanan sibuk digrill. Daging, ayam, udang, sotong
. Steamboat tak payah cerita. Penuh.
dan kadang-kadang sebab banyak sangat, kita dah takboleh beza antara cheese dengan taucu.
kalau cheese masuk dalam sup steamboat, rasa apa ek syelly? kbye.

Tapi kitorang datang awal memang untuk sediakan makanan buat liyana ahmad. haha
Sebab lepas azan baru sampai. Timing tepat bila makanan semua dah di grill. Haha.
Aeyan datang dengan artis lagi. Zero namanya. Tengok! Ada nama artis tau.
Full name Farah Nabilah. Artis ni baru lagi.
Sebab tu dia agak senyap bila jumpa artis lama macam kitorang ni ;)


Zero & Aeyan.



Agak meriah sekitar makan. Pama kan banyak golongan artis. Kalau Fasha Sandha pun ada, lu nak cakap apa lagi?
suara dia paling kuat lah seyh makcik ni. tolonglah jangan terpedaya dia macam terlalu ayu.
sebab high key dia tinggi weyh. betul2 tinggi. tu lah Zaza.
Sebab tu, pak cik tu asyik ambil gambar kitorang je. kitorang kan bising. Eh, bukan sekali, dua. 3,4 kali gak kot.
“nanti tengok dalam facebook Otai

Korang dah boleh check lah. Kalau pakcik tu tak bagi harapan palsu.



Yang paling best bila ada asap kepul-kepul sebelah meja korang. Best kan.
Bukan sebab steamboat punya asap tapi kebakaran sebab api grill.
Biasalah. Manusia selalu buat silap. So, mungkin si pemeja lupa nak kecilkan api.
Janganlah salahkan dia. Tapi nasib baik lah tak terbakar kedai. Hahaha. Sorry. Tergelak.

Dah nak balik, Tetty
sampai. Cuma menjenguk kami yang agak lama tak jumpa.
Kurus cantik dia sekarang. Lagi-lagi lepas bukak braces.
Ah. Tak sabar tunggu Lily plak bukak braces dia. Mungkin dia kurus jugak lepas ni. hahaha


Tetty (baju putih)

“lepas ni nak g mana? Bazaar karat ke bazaar kilat

Jadi, patah balik ke CBS, berdekatan bazaar Karat.
Jammed nya memang tak payah cerita. Traffic lambat gila.
Sekitar tu pun dah penuh dengan orang.
Air dah diteguk ulang-ulang kali. Panas punya pasal.


jumpa Qeera dan kakaknya, Taqwa. tapi kenapa Taqwa xde dalam gambar?
sebab dia yang ambil gambar XD

jaln terus ke kedai scandalist. hampir dengan restoran Roost
atau RUSHBAA.
ok. Rushbaa nama lain yang Zaza bagi. tapi Rushbaa tak wujud. jangan tanya kat mana.
Scandalist kedai preloved vintage yang super duper best. for those yang suka vintage, come come :)





Sempat survey harga maxi dress. Mahal. Baik kat CBS tadi.
Tapi ragu-ragu. Tapi duit tak luak lagi. Dan tapi tapi lagi.
Akhirnya tewas. Beli juga :)

Dan bila kita jumpa orang yang kita tak terfikir untuk jumpa, rasa tu tak dapat nak gambar.
Mungkin teruja mungkin terkejut.
Ohh, dunia ni kecil je. Ok tak. JB ni kecil je weyh.
dan untuk pertama kali aku jumpa gadis yang aku kenali beberapa tahun lalu di alam siber Myspace.
dan sekarang baru jumpa. MNA, munirah najihah amoi
. Amoi tu takde dalam ic. tu cuma panggilan.


amoi (tengah) dia sangat peramah even 1st time jumpa dia :)

Cukup cerita ini. Kisah ini. Saat ini.
Kalau aku tulis berjela, aku pun pening nak re-read balik.
Cuma mungkin sukar nak gabungkan semua ahli Pama.
Tapi mana yang ada pun, ada seronok di situ.



Harap jumpa lagi di konvoi raya Pama :)
Ohh. Harini jumpa lagi. Nak buat rambut raya plak.

Bye :)