saja nak berceritera di kala syahdu malam berlagu sepi. ewah. lagu exist satu!
ok. untuk scope yag lebih kecil, ceritanya tentang kampung dan bandar.
apa beza? nampak moden? dalam kampung, takde yang dye rambut ke? sama je aku tengok.
dalam kampung, takde yang pakai jeans,baju branded ke?
kenapa nak malu kata kau dari kampung? malu?
ruginya kau.
dan orang bandar takde muka macam orang kampung ke? ada je aku tengok. so?
what's point bila kata "kampung ah kau". how could you discriminate dengan guna work kampung tu.
ada kala pernah aku bilang aku makan ulam-ulam, petai, cencaluk, budu, sambal belacan. serius aku makan.
then ada yang kata "kau makan semua tu. muka kau macam tak makan je"
ada apa dengan muka? muka bandar? muka kampung? how to specify kan?
takde beza dan tak perlu malu pun untuk mengaku semua tu.
kehidupan di kampung jauh lebih seronok berbanding di bandar walaupun kadang-kadang signal hp pun takde.
kampung banyak nyamuk? tapi kes denggi banyak dekat bandar? macam mana tu?
dan aku rindu suasana kampung.
dan memori waktu kecil aku lebih ke arah kampung. aku tak ingat pun apa yang aku buat di bandar masa aku kecil.
sebab apa yang aku ingat, aku mandi sungai. betul-betul berdepan dengan rumah atuk.
aku dan saudara2 main sampan. tunggu atuk balik dari seberang.
tunggu air pasang untuk mandi dalam parit. main 'pucirin'. owh, orang banjar je kot tau 'pucirin' tu apa :)
tolong pak cik aku di warung jual roti canai.
makan ais-krim 20sen, jalan-jalan atas titi. main lumba lari.
menari-nari 'sang kancil dan buaya'. main masak-masak, main pasir.
benda tu lali lah. jadi, siapa kata aku tak boleh duduk kampung. asal aku tetap dari kampung.
dan yang paling tak best, bila ada yang kata aku tak pernah rasa susah.
pernah. siapa kata. siapa yang terus berada di atas? sebelum ni, hidup di bawah dulu sebelum ke atas.
sebelum aku rasa senang macam ni, pernah lah jugak aku rasa susah.
dan mungkin susah tu tak nampak oleh orang luar.
tak perlu rasa malu nak mengaku kau dari kampung.
dan takpayah bangga sangat kau dari bandar. tak payah nak keyyaalll sangat.
go die dengan slang english tu. anak melayu tetap anak melayu.
orang bandar sendiri teruja untuk ke kampung, kenapa kena malu. kan?
dan takperlu nak beza-beza kerja kau dengan kerja orang lain.
kau pandang rendah pada tukang sapu, tukang cuci pinggan? penjahit, kerja kilang?
dik, kalau takde mereka, sampah kau merata. pinggan yang kau guna tu tak bercuci.
apa yang kau guna, semua dari kilang. kalau bukan pekerja kilang buat, siapa?
baju branded kau tu, berjahit juga. bukan datang terus siap.
dan kalau takde petani, kau langsung tak makan nasi. ok :)
lagipun, manusia ni takde beza kan,
kaya, miskin, bandar, kampung, akhirnya ditanam dalam tanah juga kan.
kain kapan, pakai kain putih cotton jugak kan? kenapa? dah tempah kain satin ke? tak kan.
so, takyah nak berlagak sangat. tak baik bongkak. kan? :)
bye :)
fds written by fadhillasamsudin
No comments:
Post a Comment