dah macam rancangan tv seyhh. eh, lu rilek je, dulu kitorang pernah berangan nak buat filem pasal Pama. apa ada hal.
ok. jom kita mulai dengan Bismillahirrahmanirrahim.
aku pun taktau kenapa tak ramai, atau mungkin semua dah kurus, jadi ruang tak banyak guna. jadi,nampak sikit. tak, aku rasa teori tu tak boleh pakai. sebab aku je yang kurus.
ok, yang lain sila jangan terasa :)
eh, yelah! masing2 bising, aku dah gemuk lah, kau dah gemuk lah.
eh, kalau kau gemuk, aku ni apa? obes? dah. masing-masing semua gemuk. aku je kurus. okbye.
kali ini, yang cuma hadir, aku, Sharmaine, Natrah, Syelly, Nanna, Fath, Faiq, Lily, Wawa.
dan macam biasa, ketua pengiring mesti yang paling taff badannya. iaitu Mizie. dan anak keladi, adik Faiq, Frisya yang semua orang ingat dia form5 tapi sebenarnya dia baru Form1.
aku rasa dia tipu. sebab dia nak duit raya lebih. haha. ok ok tak tak. sorry sorry. dah dapat duit raya kan? :)
malam kejadian pun dah kelam kabut. sorang nak ke suruh ke rumah sini, sorang nak ke rumah sana. kalau aku cakap, duduk je rumah masing-masing, boleh? nasib baik aku penyabar. *blushing.
janji pukul 10 lebih DI rumah Natrah. maksudnya sampai rumah natrah.
eh, bukan rumah dia yang 10minit tu tau.rumah dia yang 5 minit dari rumah semua orang.
JANJI eh. janji Pama kot, bukan janji melayu lagi. 10lebih tu lah baru nak bersiap.
sampai rumah Natrah, nampak kelibat Syelly, Faiq & Frisya masuk rumah. terus tutup pintu.
nampak sangat tak sedar kitorang kat belakang.
aku rasa tak sampai 2 minit pun mereka masuk rumah, terus jadi pekak agaknya.
aku punya ketuk pintu kuat-kuat, sorang pun taknak bukak! gua dah emosi ni.
nasib baik Frisya rajin. kan Frisya kan. tu yang dapat duit raya. kan? kan? :)
kalau hari raya, tetamu datang, kita jamu dengan apa?
ok, lebih general, kalau tetamu datang hari apa pun, kita jamu dia apa?
air kan? teh ke, sirap ke. untuk vitamin harian kita, ribena kan? kelass kau jahh.
tapi ce datang rumah natrah, apa lu dapat?
dapat cerita tentang seluar dia yang besar yang dia jadikan sebagai tiub.
kau taknampak lagi ke dia nak cakap dia dah kurus hah?
selepas kenyang gilaaa dengar suara natrah, terus keluar rumah.
bukan sebab taktahan dengan suara dia, sebab pasangan pengantin dah sampai.
kepakk kepakk kebom, kebom, Fath & Mizie :)
dia pun tak sempat keluar kereta lagi. patutnya suruh dyorang terus pergi rumah Nanna kan?
next station, Rumah Nanna :) sebab kitorang tau ada makanan. break the fast. yayy!
lapar doh duduk rumah Natrah. haha.
nasi goreng dia macam nasi goreng sekolah. rinduu lah.
ada juga kuih favourite aku. ala, taktau nama kuih tu.
selalu jumpa kat rumah Yana je. tp kali ni Yana takde dah :(
eh, dia bukan meninggal. dia dah meninggalkan Johor. balik Bangi.
sambil cerita pasal message raya, buat kuih raya, skandal sana sini, tunggu ketibaan VVIP yang selalu sangat 'awal'. sampai kehujanan tunggu mereka.
sebabnya mereka sesat tak tau rumah Nanna. perempuan memang fail kalau bg direction kan? -.-
finally, mak Datin Lily & retiisss Wawa sampai pun :)
lu rilek je, hujan punya lebat, dyorang tak kena hujan pun. kenapa?
antenna wawa tolak segala air ke tepi. macam kimia. air tak bertindak balas dengan antenna.
eh, wawa. bukan aku eh. mereka yang cakap pasal antenna kau. i'm sorry :)
next ke rumah Syelly plak. tak jauh pun dr rumah nanna.
masa tu dah lihat langit tak berapa nak cantik rasa nak hujan.
tapi atleast tak panas sampai make up cair kan :)
ketika nak berangkat pulang, semua orang lari tinggalkan natrah. termasuk nanna, syelly.
walaupun dyorang tumpang kereta natrah, dyorang pun tinggalkan natrah.
aku pun tak faham tu. tapi tulah, kadang-kadang Natrah ni berdaulat jugok.
konon semua nak lari tinggalkan natrah, tapi Nanna nak buka lock kereta natrah pun dah kantoi.
alarm berbunyi. kereta dia patuh tuan lah beb. haha
lepas tu, natrah juga kena jalan dulu sebab nak guide jalan keluar terus ke Skudai. haha.
next ke rumah me,i,aku,saya, gua, pdy, atau nama sebenar Fadhilla Nadzirah.
sementara nak tunggu lunch, kena makan ringan2 dulu. macam keropok, nugget, hotdog, kek caramel, kuih-muih. dan aku rasa semua tu dicampur, terus jadi makanan berat -.-
dah macam piranha semua. sedangkan semua baru breakfast kat rumah nanna.
sambil cerita, sambil tunggu masa nak lunch, dan sambil tu juga tunggu kedatangan Yaya & Eisya.
aku rasa dyorang datang sekadar duduk amik gambar then bangun balik sebab semua dah tak tahan lapar nak makan lunch di rumah Sharmaine :)
eh, hal camera jangan cakap. kalau pama ada, rumah jadi apa?
ada satu cara nak bagi senyap. "weyh, weyh, amek gambar weyh"
cakap je macam tu. terus auto senyap. even kau cakap macam ni pun "eh, candid lah weyh"
tak, dyorg tetap akan senyap. betul.
next, rumah yang sangat jauh dari rumah aku. rumah Sharmaine.
walau selang beberapa rumah pun, jauh lah jugak! sebab kena naik kereta. kalau dekat, jalan kaki je kan? :)
disambut mesra oleh ibu. makin gojehhh lepas balik Pakistan :)
lagi kurus dari Mien. opss! haha.
ayah pun makin sihat. sejak-sejak masuk kelab sakit jantung kolaborasi dengan papa ni. hebakk lah tu.
Natrah pun sibuk mengampu. "Ayah makin hensem lah" walaupun kami tau dia ada 2 niat.
satu, nak duit raya lebih. macam cliche sangat kan niat tu. borrringgg.
kedua, nak goda ayah. lu ada niat ganas macam Natrah ni?
tu lah. aku dah suruh couple dengan Paan taknak. takde lah rasa macam kurang kasih sayang sangat :)
bukan ayah je tau. tapi Mizie pun terjebak sekali. aku rasa Natrah ada je nak komen lelaki.
lebih specific, laki orang. yang lebih worst nya, dia risau betul kalau Mizie duduk terkangkang, kaki goyang2.
perh, lu takpayah nak treat dia macam perempuan kena duduk bersimpuh,ayu cek mek molek, ohoi cek mek molek lah weyh.
saat makan tengahari macam-macam juadah ada. ada asam pedas ayam, masak lemak udang cili padi dan macam2 lagi. macam heaven kan. takpayah pikir pasal diet dah :)
dan duduknya aku, Natrah, Mien,ibu dan ayah. cerita tentang sakit Ayah.
yang aku ni, boleh nampak hebbakk lagi lah sebab kerja hospital, tapi Natrah cerita lagi hebakk kot.
dia kan jurusan kedoktoran. kau taktau ke?
saat nak balik itu juga, kami dihadiahkan barangan comel dari seberang :)
pouch bag for handphone :) gila kau berebut kot! eh, lu ada barang dari Pakistan?
Pama ada tau :)
next station (*cuba cakap ala-ala operator train LRT) rumah ke6 Rumah Faiq.
kat sini pun dah ada yang start lembik. Nanna dah menjelepokkan kepalanya pun di kerusinye pun.
Natrah start lagi cerita pasal 3 budak SIGS. yang dah pun berubah. ala-ala gojehh gitu.
eh, 2 orang je. lagi sorang budak lain. walaupun semua tak kenal, tapi Natrah tetap cerita.
lihat betapa kentalnya dia. eh, babyy lah! kenapa setiap rumah, Natrah paling banyak ceritanya? atau aku patut stop cerita pasal dia? atau pun dia yang patut berhenti bersuara? -.-
dan ini kali terakhir beraya di rumah Faiq sebab next year, kami akan beraya ke rumah Faiq juga. rumah yang lain.
erti kata lain, moving you know? bergerak atau pindah lah.
next ke rumah Fath :)
kat sini memang tempat budak-budak kecil :) comel lahh! phuii.
ada anak buah dia, dua orang. anak adik dia. perh, umur 21 tahun ada 2 orang anak?
aku? eh, kami? lu lekkk je. nanti ada lah :)
masing-masing semua bajet ibu mithali nak amek gambar dengan baby kecil lepas tu upload dekat fb lepas tu hajat biar semua orang like dan comment "macam ibu mithali seyh". okbye.
next ke Rumah Wawa plak. dan ini juga rumah yang paling seronok nak pergi sebab bersebelahan dengan SIGS.
ala SIGS. takkan taktau. padang permainan kami satu ketika dulu. Pama launching kat sini kot.
dan ini juga kali terakhir kami beraya di sini. sebab Wawa sama dengan Faiq.
persamaan antara mereka ialah pindah rumah. bukan rumah yang sama. penekanan di situ ye.
eh, tau tak orang kata banyak gelak, sebab nak menangis.
haaa. kali ni memang fokus kat Natrah. memang dia je lah.
eksaited sangat berbual dengan skandal, guling-guling bajet manja macam nak kena tampar, tali baju putus! yes!
dan ini bukan kali pertama baju dia jadi macam tu.
last raya pun di rumah yang sama iaitu Rumah Wawa, butang baju dia tercabut dan sibuk minta benang.
orang mintak duit raya, dia mintak benang.
sama juga kali ini. benang juga yang dicari. apalah nasib kau natrah :)
kat rumah wawa pun tak makan berat, sebab masing-masing memang dah berat.
lekk lu. lepakkk lu. cas blackberry lu. tgok LadyBoss lu. then after Magrib baru bertolak ke next destinasi :)
ohh, korang nak rasa macam mana tempat angker Flat13 tak? datang Bukit Saujana.
ehh, kau dah boleh rasa lampu kelip-kelip hidup segan mati takmau, rantai lif berbunyi kuat macam nak terjunam dan so on. yang penting takut.
next station, Rumah Yaya. actually takde dalam senarai pun. tapi since dia dah join sekali, apa salahnya kan.
dapatlah tambah pendapatan haritu :) rumah dia pun tak jauh dari Lily. apa salahnya kan.
rumah dia best. pengcahayaan yang sangat gentlemen, so ameklah gambar banyak-banyak. apa salahnya kan.
semua dah tak duduk diam dah. bukan nak pikir tolong sediakan makanan ke apa, tapi sibuk amek gambar. apa salahnya kan.
jadilah gadis melayu kejap, dewi remaja kemudiannya bajet model-to-be. apa salahnya kan.
lepas tu nampak nasi tomato terhidang baik punyaaa atas meja. melurulah makan. apa salahnya kan.
lepas tu semua bajet "eh, makan sikit je. nanti rumah lily pun nak makan lagi"
tapi lepas tu cakap "eh, tambah sikit lagi. sedap lah" lepas beberapa kali eh, pun masih makan.
mak Yaya yang cool pun dengan suka rela bawa keluar chocolate kek, pudding truffel, kek lapis, buah-buahan sebagai dessert.
oklah. main eh, eh lagi lah. eh, sedapnya. eh, dah kenyang tapi nak rasa. eh, nak sikit-tp-lepas-tu-tambah.
yang eh ni risau. eh, dah full gila ni. macam mana rumah Lily? dia dah masak.
lepas tu masing-masing buat muka lahaaa**** cakap, eh takpe, kita buat-buat lupa je. kita terus mintak main mercun. jangan ada sape2 cakap pasal makan.
ok. dah ada idea kat situ.
erk. tulis kat sini, agak-agak kantoi tak kat Lily? -.-
lepas cium tangan, amek duit raya lepas tu amek gambar lagi, terus moving ke final destination! rumah Lily.
rumah Lily yang tersergam indah tu dah dipenuhi orang juga.
ada juga kenalan dari SIGS dulu. yang penting masuk rumah orang, terus mintak mercun sambil cuit-mencuit, "eh,mintak mercun.mintak mercun. nanti lily suruh makan"
Lily pun sangat super duper teruja bagi mercunmacam memang pama semangat gila nak main.
adalah yang main pop-pop sampai natrah pun sumpah seranah. macam power sangat baling pop-pop sampai terangkat kaki. hebakk kot!
adalah saat peluh dah keluar setitik tiba-tiba Lily bersuara, "eh, korang tak makan lagi kan?"
oh demmm. "alamak, lily dah suruh makan!"
nak taknak, rezeki. spaggeti plak tu. nak tolak, macam tolak rezeki sangat.
so, jamahlah banyak. selalunya makan, sangat banyak. so, bila jamah, jamah banyak je. takde sangat :)
last,last last last last, ambillah gambar kenangan. ramai kot.
bersalam-salaman antara satu sama lain, salam cium tangan tu memang kaki ampu.
walaupun Lily suruh, perh, takpayah jinak sanggat ikut cakap dia. nampak sangat sanggup lakukan apa sahaja demi duit raya. dulu pun sama. haha.
dah selesai 10 rumah untuk tahun ini. dan setiap raya ke-5 dijadikan raya bersama Pama tiap-tiap tahun.
lepas tu dah pikir nak bawa anak, suami sekali.
Fath dah boleh rilek sebab Mizie dah biasa. suami yang lain-lain ni macam mana plak.
matilahhh. tiap kali raya, orang gaduh nak balik kampung mana, pama je gaduh dengan suami sebab nak beraya dengan pama nanti.
selamat hari raya kawan-kawan :)
jumpa untuk tahun depan.
gambar ehsan dari camera wawa :)
ada, tiada gambar bukan sebab pilih kasih tapi sebab ada yang malas nak upload. jadi, apa yang ada sahaja.
terima kasih :)
bye :)
fds written by fadhillasamsudin
No comments:
Post a Comment