Monday, October 31, 2011

family @ Tanjung Piai, Johor

tak sempat nak update pasal percutian haritu. ceit, percutian lah sangat.
tapi sempat lah pulang ke JB demi meraikan Deepavali.
dan fokusnya di sini, aku bukan Hindu tapi aku 1Malaysia. jadi, kita sama meraikannya ok.

Happy Deepavali untuk Malaysian yang beragama Hindu :)

ok. sambung balik. ceritanya bila mama gigih suruh balik sebab konon-konon nak berkelah di Kukup, Pontian. dan secara logikalnya, aku tak tau apa ada di Kukup tu.

sampai JB pun Jumaat malam dan berkemas untuk ke Kukup esoknya.
dan masing-masing baru sibuk nak carik track-suit untuk konon-konon dapat mandi pantai.

kami bergerak dalam pukul 12 tengahari. dan nampak cuaca macam tak berapa nak seronok.
dan kami sampai di Kukup dalam pukul 1.30 tengahari.
dan makan tengahari di salah satu kedai yang ada kat situ dan aku lupa nama kedai tu. crapp!

dan masa tu juga, mama tanya "korang rasa kat Kukup tu ada apa?"
"pantai?"
"ok. betul"
"batu-batu besar"
"hmm. takde"

ok. masa tu muka masing-masing macam "ohh, apakah tempat ni?! pantai without batu2?"

dan teruskan perjalanan sehingga sampai ke tempat ala-ala perkampungan nelayan.

tadaaa! :)




inilah Tanjung Piai Resort. before ni papa pernah datang sini sebab ada kursus.
sebab tu dia tau ada tempat macam ni di sini ye.



di pintu masuk ni, dah boleh tengok facilities yang tersedia kat sini. so, jom tengok suasana Tanjung Piai Resort ni :)



ini para nelayan gunakan untuk tangkap ikan. mama kata ini kelong.
aku tak tau kelong tu apa -.-



kalau anda-anda nak rasa tudung/rambut ditampar angin sepoi-sepoi bahasa, sini je dah boleh rasa. macam duduk tepi laut lah. of course ada angin kan.



ini semua gambar chalet-chalet if ada yang berminat untuk tinggal kat sini.
dan ini rate harganya :)



dan untuk yang berminat untuk memancing, sinilah juga tempatnya.
ada pakcik tu dari Singapore datang semata untuk memancing.
bayar RM8 then pancinglah sampai kau muntah :)

lepas kami berpusing-pusing menikmati kelembutan angin laut, perh, sumpah mendamaikan,
then kami ke hujung sikit dari tempat ini.
we are now in Tanjung Piai National Park atau melayunya, Taman Negara Tanjung Piai :)





di hadapannya, anda-anda akan melihat satu batu yang omaigod besarnya! sebagai tugu kat situ.
dan korang juga akan nampak satu signboard ini :)



dan iklan ini nampak agak menarik. jadi, pandai-pandai jaga diri kat situ.
jangan gatal tangan buang sampah merata-rata :)



tiket dibeli di kompleks pelawat, sebelum anda-anda masuk ke taman negara tanjung piai :)



dan jangan buat taktau dengan semua papan tanda. sebab semuanya berguna.
memang ada haiwan liar. kau jangan terkejut kalau tiba-tiba monyet berjalan berpegang tangan dengan kau.




dan sepanjang perjalanan, korang boleh tengok semua informasi tentang hidupan laut.
dan mungkin ada je hidupan yang korang rasa "eh, ada jugak binatang macam ni?"
see. the new experience kan. duduk bandar je kau. apa yang kau tau.




dan disini lah jeti De'Tanjung iaitu jeti terhujung sekali dalam peta malaysia.
kat sini ada pondok yang boleh korang duduk-lepak-baring selepas berjalan kepenatan kan.
di sini juga boleh memancing. silakan :)




then, teruskan perjalanan ke penghujung taman negara. anda akan lalui titian yang kiri kanannya hutan. dan berhati-hati dengan monyet ye :)
kalau penat, akan ada rumah pondok yang korang boleh rehat sementara di situ. dont worry :)







dan ini juction ataupun simpang sama ada untuk ke pelantar memancing atau penghujung benua.
dan selepas berjalan hampir 1km, tadaaa :)






now, you are standing at the sounthern most tip of mainland asia :)
kalau dilihat dalam peta, korang dah sampai di penghujung negeri johor.

tak rugi pun kalau nak cari experience baru. tak salah juga nak rasa suasana ala kampung.
sejuk angin laut sesuai dengan cuaca. tak hujan dan tak panas.
memang cuaca menghormati perjalanan kami. sebab lepas balik tu, barulah hujan :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: