Sunday, December 4, 2011

11.11.11 bersama 11 gadis pama crew



beware : this is what people call long entry. thank you.

cerita ni seakan dah basi. basi yang boleh campak buang ke tepi.

tapi ini memori. bila-bila boleh diceritakan. bila-bila boleh diadaptasi.
jadi, bukan sesuatu yang janggal untuk aku tulis benda lama untuk disingkap kembali.

11.11.11 tarikh yang semua orang katakan.

"cantiknya tarikh ni yaww" "aku nak kahwin tarikh ni yaww" "jom couple tarikh ni yaww"
tapi ada kau kata "jom mati tarikh ni. yaww" ?

ok. sebenarnya aku nak cerita alkisah pama crew. bukan nak marah anda-anda yang suka dengan tarikh.

sebab aku juga sukakan tarikh yang cantik. normal lah manusia suka benda yang cantik kan? :)
11.11.11 bersama 11 orang gadis. like seriusly, tak rancang untuk jumpa tarikh ni. ye serius.

dan lagi satu, tak rancang juga untuk ajak cuma 11 orang. ye serius.
yang cuma dirancang, "nanna cuti jumaat. kita keluar hari jumaat". noktah. serius.

kan dah cakap banyak kali, janji pama tak semestinya tepat.

kalau dah kata pukul 10pagi, makanya pukul 11pagi lah jawabnya.
jadi, apa masalah lu nak buka langkah nak marah-marah bila gua lambat?
ok. taknak gaduh. meh sini aku cium kau. meh lah sini.

*explain : sebab electricity takde di kawasan skudai. jadi aku tak nampak mana tuala, baju, tudung dan segala-galanya. so, macam mana nak siap kan? :)

takkan nak pergi jumpa korang busuk, kusut dan masai. tak pama lah weyh.
bak kata adik aku "pama kan hot hot. hot gojeh!"
itu pun aku datang tanpa secalit make up sebab nak cepat demi korang.
tapi korang tak perasan kan aku tak bermake up? sebab aku natural beauty. noktah.

kau dah senyum kan dengar explanation aku? jom sambung cerita.




dari tapak kereta menuju ke atas bukit. sikit sikit hujan pun turun.
tapi langkah laju bersama muka yang cover cun. sebab camera is everywhere.
kalau candid sekalipun, atleast muka masih cantik dalam gambar.
i told you, pama sangat sensitif pada camera.
dan setiap perhentian akan berhenti sebab nak ambil gambar.
dari satu kelompok kecil terus jadi ramai sebab semua lari nak masuk dalam gambar.
"eh, jom ambil gambar dua orang je"
tapi nanti dalam gambar tu terus jadi 10 orang sebab pama tak kisah kalau kau cakap
"nak ambil gambar 2 orang je lah!"
who care!
atau bagi pilihan, kau ambil gambar senyap2. then masa tu, kau boleh ambil gambar seorang, berdua atau berapa2 pun :)



dan walaupun cuaca tak berapa nak cantik, tapi kita masih ada tempat berteduh.

walaupun kena singkap kain, main lompat-lompat untuk panjat pagar.
ala, dulu kita boleh panjat bumbung sekolah, takde hal pun. inikan pula pagar seco'et.
tapi kau tau tak itu best. sebab hujan tu buat kita tak jadi main explorace buatan lily.
kalau tak, memang kita mati.
cukuplah explorace kat SIGS dulu. cukuplah.
see. now, bersyukur haritu hujan. alhamdulillah :)



terima kasih lah nanna untuk nasi goreng awak.

terima kasih lah natrah untuk sandwich telur yang guna telur banyak sebab tak suka telur hancur.
terima kasih lah kepada pembekal air-airan, jajan-jajanan.
terima kasih sebab buat aku kenyang.
terima kasih.
macam Yusri berucap sebelum wayang start kan. "terima kasih kerana membeli tiket wayang"

walaupun kita cuba untuk lari dari permainan lily, tapi dia masih ada idea dan dah ready pun.

"jom main truth or dare!"
"pusing pakai botol"
"pakai ipad lah"



1. kau tengok kan cara lily nak keluarkan ipad dia. wei-aku-ada-ipad-kau-ada?

2. memang game truth or dare ipad dia macam si**

kita perkenalkan dare yang pertama si ipad bagi.

mula-mula semua muka cuak. then terus pilih TRUTH instead of DARE. termasuklah gua.
mampuslah nak truth apa pun, janji tak kena dare.

tapi adalah si makhluk Allah bernama siti natrah raidanie yang macho lagi tersohor dengan selamba "ish korang ni tak bestlah true. pilihlah dare. baru gempak"

see. dengan rambut baru, dia makin berlagak. jom tengok jauh mana pergi dia ni.

first dare, dialah yang kena. walupun macam gampang je dare nya.

kena baring sampai next turn. apa lah rilek sangat.
dia ada 'helmet'. bolehlah baring dengan jayanya. cis.



actually, dengan true nya, aku kurang fasih susunan dare yang dikenakan.

so, randomly okay yaww. checkitdoutdoutdout.
dan mostly semua dah kena true. sebab tu kena pilih dare.
eh tak, DIPILIHKAN dare oleh lily. sebab dia pegang ipad. kau takboleh buat keputusan. lily do.

next, farah faiqah. dare kena tutup kepala dengan plastik sampai next dare.

bagi plastik merah cikai-cikai, taknak. nak beg kertas Levi's jugak.
yelah rambut baru potong, takkan nak cover plastik busuk kan.



peh, stok-stok rambut baru lah pama ni. hebakkk!


ok. next next. lily punya turn. dan masa tu aku rasa semua berdoa, biar dare dia gila babs.

tapi macam tak babs sangat sebab dare nya duduk atas orang belah kirinya.
dan wawa jadi mangsa. dan aku yang berada di sebelah kanan lily, rasa bersyukur. yang amat.
dan lagi sekali, semua bersyukur, dare tu bukan terkena pada wawa ;)



next, my turn. my turn! dan ini bodoh dare nya ye.

dan rasa bodoh tu cuma aku je yang rasa sebab yang lain teruja.
teruja dapat dajal aku.
guna tisu, jadikan aku sang mumia. oh. dayummmm!



see, nampak kan kegembiraan yang terdampar di muka masing-masing?

dan kau tau apa itu karma?
kau rilek je.
dan sebenarnya aku ada dare lagi satu. which is open dare.
dan mereka cuma bagi aku makan karipap yang penuhh dengan sos.
walaupun aku tak kisah dengan pedas, tapi sos tu tak sedap. dan itu serius. sos J, u suck!



then time dare for Nanna. kau seronok kan kena kan aku kan?

dare nya makan sandwich. made by us! setiap orang satu ingredients. jyeahhh!
macam mengecapi satu kejayaan besar bila dapat letak bahan atas roti butterscotch tu :)
aku pun kurang fasih apa bahan-bahan nya. tapi yang aku ingat :
  • nasi goreng + meehoon + karipap + kerepek kentang + sos + coke + epal
dan aku rasa macam ada lagi bahan yang terkandung pada sandwich tu.
tapi tak kisah lah. yang penting. yuckkss! dan kau berjaya makan walaupun satu kunyahan.

ahhhh.. kelawar!!


what do you expect kalau kau dengar orag jerit macam tu.

kau akan pandang atas dulu, ofcourse. sebab kelawar always be up up there kan?
then baru tengok kiri kanan kau. then baru ke arah orang yang jerit.
dan paling musykil bila kau tak nampak apa-apa termasuklah kelawar selain orang tengah menjerit sebut pasal kelawar.
dan yang paling hebat, semua orang lari biarpun xnampak apa puncanya.

rupanya ada anak kelawar yang landing baikk punyaa kat baju natrah.

see. kan dah cakap, tak jauh mana dia pergi dengan rambut baru dia tu. haha.
dan konon masa ni nak tengok siapa kawan sejati atau tak.
rupanya faiq sorang je. eh, tak. sebab natrah dah tangkap faiq dan peluk dia kuat-kuat.
sebab tu faiq tak boleh lari. kalau tak, kau ingat, faiq nak duduk bertawakal dengan natrah kat situ?

natrah, sebenarnya kami bukan kawan tak sejati, cuma seronok tengok kau jerit-jerit menangis.

kau kan jarang menangis. apalah salahnya bagi masa itu utk kau nikmati.
kalau nak diikutkan, tak takut pun dengan baby kelawar tu.
fath rilek je datang kat kau. tapi bukan nak selamatkan kau. tapi semata nak merakam detik kau menangis.
nampak tak betapa orang hargai kau? dan nampak tak kejamnya fath masa tu? haha ;)

dan masa tu, nanna bergembira sebab dia cuma perlu makan sikit je sandwich home-made tu.

gara-gara tangisan dan jeritan natrah.
btw, thanks for the boys yang buangkan baby kelawar dari baju natrah.
susahkan nak cari kelawar tu. sebab sama warna macam baju natrah. macam main teka-teki benda tersembunyi. hahaha

then, turn Jia. mula-mula dia takde. maksud takde ialah, dia datang dan dia balik.

kemudian datang balik secara drastik dan permainan true or dare dimulakan kembali sebab nak masukkan nama dia. get it?
dan dare nya, orang belah kanan sambil tutup mata kena tulis nama dia di kaki? eh? betul tak.
tapi ala-ala gini lah dare nya. dan dan dan aku lah orang sebelah kanan Jia :)



dan ini hasilnya. dan aku rasa aku kreatif dan inovatif walau tutup mata. bakat semula jadi kan. dan tau tak ini gincu siapa? Fath.

uih, dia kalau jadi participant kenakan orang, dialah nombor 1. sanggup gadaikan gincu sendiri demi kenakan orang. untung si kecik ni. tunggu turn je nak kena dare.
dari tadi, nama dia takde pun untuk dare.

next, Sharmaine. buka ikatan tali kasut tanpa melihat. isnt it?

actually aku lupa tali kasut siapa jadi mangsa. so, aku terpaksa checkitdout satu2 gambar untuk pastikan -.-
& for sure, itu tali kasut milik wawa :)
then, mien dengan rela hati pegang dan buka ikatan tali kasut yang tersimpul dengan puluhan air liur yang kitorang letak pada tali kasut tu dan it was so-euuuwwwww! haha
ok macam keji hina dan jijik plak kan. actually air liur tu just sanitizer lah weyh.
sanitizer untuk membunuh kuman. tapi dalam konteks pama, sanitizer adalah untuk buat kau geli. serius.



next, turn adib. say hai to Adiba Zehan. first time hang out with pama crews :)

so how? awesome right? hikhik. okbye. tapi jangan ingat kau selamat.
just a simple dare, put the ketchup on her nose. kitorang ganti dengan sos. sebab eh suka hati lah!
so, pedas tak hidung kau? haha



ada few dare yang agak cikai tapi macam babs bila Wawa disuruh menari Macarena.
bayangkan sendiri lah. use your own imigination ok bebeh. :)
then, dare untuk fath untuk bercakap ala sepanyol kan kan?

dare second last. khas untuk Lily. hai Lily :)
minum satu sudu campuran air yang kami buat! just a spoon kot. rilek lah.
apa ada hal coke + soya + tambahkan sedikit sos cili dan goncang goncang oh sayang. haha
kan dah cakap satu sudu je. so, takpayah risau :)

then at last, Fath punya dare yang 'fuh!-bestnya-mati-kau!' haha
lick something tapi aku tak ingat kena lick apa. tapi, untuk senangkan cerita, lick lah roti sandwich tu. tapi untuk buat lagi best, meh sini tuangkan sikit air soya coke sos tadi tu :)
*actually aku lebih selesa tulis perkataan lick instead of jilat. macam geli. haha. okbye.



selesai truth or dare game! yayy!

then, photoshoot session by Fs Photography :)




dan ini bila orang kata ambil gambar secara formal. inilah formal Pama! -.-

more photos : picnic reunion with Pama Crews photo album

then, Tutti Frutti yaww. dan masa tu, baru aku tau ada satu couple ni tak declare lagi.
bajet carik tarikh cantik. haha. semoga berbahagia ye wahai ezatul yulisma a.k.a Lily.
next station semua masing-masing tengah blur. taktau nak kemana. lebih-lebih lagi tengah hujan.


eh, kau nampak ada pria sebelah jia yang tengah senyum lebar tu?
say hai to syed Nizam. dia new 'ehem ehem' jia. lambai tangan!
nak sangat kenal pama kan? now, dah kenal kan :)



perh, line line Maybank sekarang. haha.
ok lah. kuning. harimau malaya sangat :)


wayang, NO. so, aktiviti wajib, Karaoke @ Diva, Taman Suria.
dan ini baru first time aku pergi Diva. so what?!
dan aku baru tau ada bilik karaoke khas yang direka macam bilik pengantin.
bak kata Syelly "peh, lepas karaoke, terus main".
main apa? kau tanya Syelly. aku pun tak faham main apa. okbye.



dan masa tu semua dah lemau. sangat lemau.
dan masa tu jugak kami sedar, pama dah tua rupanya.
bukan lagi macam pelajar tingkatan 5 yang balik sekolah pun punya tenaga nak clubbing kat city square.
dah berumur 22 tahun menginjak 23 tahun dah -.-
atau sebab cuaca yang buat kita penat? hujan kot. apa kau buat kalau hujan? sedap tidur kan.
atau aku pun tak tau.


natrah paling lemau. see. mula-mula dia macam hebat nak menari.
tapi atlast, terkulai jua :)


aku rasa dah cukup untuk aku imbau kejadian 11.11.11.
so, aku punya memori pada tarikh yang cantik.
tahun lepas, 10.10.10, tahun ini 11.11.11.
aku harap tahun depan 12.12.12 masih punya lakaran cantik untuk jadi memori aku :)

btw, ini first time adik aku, Mardhiah turut serta join hang out bersama Pama.
dan yang bestnya, dia rasa sangat seronok and she said, we were crazy & drive her crazy too! haha
aku rasa anyone yang hang out dengan pama even sehari pun boleh mati sebab gelak.

ok pama. i love you all. those yang takde, lu chillex lah.
banyak masa lagi kita boleh kongsi. even kau dah kahwin nanti pun boleh hang out lagi :)
see you when i see you :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: