Saturday, January 28, 2012

wishlist



aku rasa semua orang ada wishlist.
apa yang nak dibuat, teringin nak buat. teringin nak ada.
aku pun ada. cuma tak pernah untuk meng-listkan.
so, aku tak kira sebagai wishlist.
banyaknya wish aku adalah untuk makan.
"teringin nak makan ni lah harini"
itulah yang sering aku ungkap. lagi-lagi tika poket tengah kempis sangat-sangat.

tapi kali ini, aku nak senaraikan wish aku. untuk jadikan dia sebagai wishlist.
dan aku rasa mesti ramai gelakkan aku sebab wish bodoh aku ni.
sebab bila aku cakap, ramai jugak gelakkan aku. so what?

ok. ok. ready :)

1 - Sembahyang dalam Masjid besar-besar.

cth: masjid shah alam which is DONE :)
*sebab aku teruja bila tengok besarnya masjid. gah. lagi-lagi waktu malam. bercahaya. bila tengok dalamnya, seni binaan dan hiasan nya sangat cantik. serius :)

2- Aku nak pergi KLCC. duduk bawah bangunan tu malam-malam. tapi naik motor :)
*bukan aku tak pernah pergi KLCC. cuma aku teringin naik motor malam-malam dan pergi satu tempat yang agak jauh. which is aku agak tak memilih motor sebagai transport aku. bahaya. even parents aku sendiri tak pernah nak galakkan utk naik motor. dan kenapa KLCC, sebab KLCC cantik bila malam. gah.

3- Aku nak pergi Pulau Pinang. tapi naik keretapi :)
*last aku naik keretapi masa aku form 4. yes. pergi langkawi. dan masa tu, aku nampak jambatan pulau pinang waktu malam dari keretapi. cantik dan gah. lagipun aku tak pernah pergi penang :)

4- Aku nak pergi melancong. luar negara. without family.
*sebab aku memang nak pergi luar negara. dengan kawan-kawan. tempat ada salji, bunga-bunga yang cantik, pantai yang indah dan bangunan yang gah. Eiffel tower lah.gah! :)

5- Aku nak pergi umrah. since aku teruja tiap kali bila tengok gambar kaabah.
*siapa yang taknak sampai ke sana? dan aku memang nak. nak sangat. Kaabah tu nampah sangat gah dalam gambar apatah lagi bila dilihat depan mata.

6-
Aku nak tukar ke Pro dan yang series3 ni ke series ke4 :)
*siapa pun nak gajet hebat kan. untuk memudahkan pekerjaan yang mendatang :)

untuk ketika ini, ini je lah wish yang aku listkan. so inilah wishlist aku.


dan aku sendiri nampak yang mostly wish aku ialah tempat gah dan cantik.
dan untuk makluman, aku memang tertarik dengan cahaya. sangat tertarik. sebab tu aku tak pernah bosan even duduk tepi i-city pun :)

bye :)

fds written by fadhillasamsudin

1 comment:

Pusat Tuisyen Nadi Usaha Omera said...

Assalamualaikum fadhilla,pernah dengar pasal program umrah rakyat?program ni ditubuhkan untuk bantu golongan kurang mampu menunaikan umrah…pakej hanya RM 3999 sahaja…semua keperluan cukup dalam satu pakej…setakat ni yang saya dengar pakej ni yg terendah kat malaysia…pakej ni baru keluar kat surat khabar sebab tak ramai tahu pasal pakej ni..standard kita dengar paling rendah pun 5000 kan?kalau berminat boleh email saya h_hariz@rocketmail.com

Insyaallah saya akan bantu fadhilla capai niat nak tunai umrah…