Wednesday, August 15, 2012

Cermin


Tahu tentang kaca?
Kaca yang sudah retak menanti belah.
Erti kata lain, salah langkah, kaca berderai.
Walaupun digam sekuat mana, kaca tetap sudah hancur.
Tidak secantik kaca yang mulanya rata dan licin kalau disentuh.

Sama macam manusia, setiap dari kita punya kaca sendiri.
Dan ada yang memegangkan kaca untuk orang lain.
Dan orang itu perlu jaga kaca itu dengan baik tanpa ada calar.
Calar mungkin perkara biasa bagi kaca.
Tapi kalau kaca itu pecah, berbeza pengakhirannya.

Susah jaga kaca ni kan.
Dan bila kita memegang kaca orang lain, jagalah macam mana kita jaga kaca kita sendiri.
Sebab kadang-kadang si empunya kaca dah tak mampu melihat kacanya terus berderai dalam jagaan orang lain.

Lebih baik jaga kaca sendiri kalau si pemegang tak mampu laksana tugas dengan baik.
Kan?

Kaca aku dah retak.
Silap langkah,walau sedikit sumbang langkah itu, berderai seribu.

Dan kali ni, aku serius.
Dan aku taknak tengok kaca aku pecah lagi.
Kaca aku mahal kot!

Aku boleh bertindak zalim.
Lebih zalim. Cuma aku masih rasional.

Cuma aku takut.
Sebab rasa itu dah mati.
Kau bunuh.
walau kau cuba bina semula, tak sama. 
tak sama macam apa yang aku bina dulu.

aku takut menipu.

Bye
fds
written by fadhillasamsudin

3 comments:

NaNa said...

:'[ kaca memang susah sgt nak jaga..
ni nukilan masa hamba terkecewa satu masa dulu

http://dakwatsotong.blogspot.com/2012/02/nukilan-kotak-kaca-harapan.html

fds :) said...

kenapa ada yang tak tahu yang kaca sebenarnya mudah pecah, retak, calar?

kenapa?

NaNa said...

mungkin dia terlalu sibuk mengejar berlian dan bintang yg tidak kesampaian, sedangkan kaca yg sentiasa di sisi, beri biasan cahaya, beri perlindungan..dia lupa bahawa kaca kalau tidak dijaga mudah berderai, sekali retak nilainya sudah tidak sama lagi...

(wahwah maaf hamba madah berhelah pula kat sini, hehe sabar ya, mungkin Allah ada jalan lain utk kamu, mungkin ada yg lebih pandai menghargai kamu :)