Hidup sama macam pelangi.
Indah. sangat indah. Tetapi kadang-kadang ia boleh hilang indah itu.
Hidup mana tak ditimpa sedih. sama macam bumi.
bumi mana tak ditimpa hujan.
kalau kita kira panas sampai ke petang, tetap akan ada mendungnya, tetap ada hujannya.
tapi bila sampai satu musim, terang seterang-terang tanpa hujan.
Dalam hidup kena ingat, tak selamanya kita akan sentiasa gembira.
dan tidak selamanya juga kita akan bersedih.
Tuhan itu adil.
Bila kita gembira, Dia bagi kita sedih. biarpun sekejap. untuk kita ingat bila kita gembira.
dan bila kita sedih, Dia bagi kita kegembiraan. biarpun sekelumit. untuk kita hargai gembira itu.
Lama. entah bila kali terakhir aku jumpa pelangi.
mungkin nasib baik kali ini. sedang hujan, pelangi tiba.
orang kata pelangi cuma tiba bila selepas hujan.
tapi, kali ni hujan masih belum berhenti tetapi pelangi sudah tiba.
sama. kita sedih tentang sesuatu perkara. tapi kita lupa ada perkara lain bakal gembirakan kita.
sedih. dibiar pergi tanpa pesan. tapi aku tahu aku bakal jumpa keluarga yang bisa gembirakan aku.
related.
kan?
eh, ada satu perkara. Ada orang kata, kejap, ramai yang kata sebenarnya, lelaki itu sama.
aku kira mereka tak sama. aku sangkal. Tapi rupanya, mereka memang ada samanya.
Mereka sayang ego mereka lebih dari segalanya.
dan ego itu sebenarnya banyak dah tumpahkan air mata wanita.
sedar?
ya.
Tidak setuju? Terserah.
bye.
fds
written by fadhillasamsudin
No comments:
Post a Comment