ni lagi satu cerita tentang jalan-jalan.

macam macam aku nak tulis. tapi bila nak tulis, tangan malas nak menekan.
okay. sekarang aku nak tulis.

cerita lagi tentang jalan-jalan.
khabarnya johor bahru pula sebagai destinasi.
eh, aku tak paham kenapa nak sangat pergi JB.
buat aku, tiada yang seronok. sebab aku dah biasa kat sini kot.

orang dari Kuala Lumpur, mengangkut satu lagi kenderaan dari Port Dickson.
sampai jam 3 pagi depan rumah. ura-ura nak berjimba di JB. aku pun tak tahu nak ke mana.
dan disebabkan plan mereka ni last minit, aku tak sempat tahan orang Batu pahat dari terus tinggal di JB. maaf.

kalau sampai jam 3 pagi, tidur hampir jam 5pagi, agak-agak bangun pukul berapa?
cis. konon nak berjimba. tapi bangun lambat. *okay2. termasuk aku.pfft.
jam 3 petang, berarak 10 orang, bergerak ke Daiman Bowling.
ada yang sebut diamond, dayman. ah. aku pun tak tahu. yang penting, diamond lah yang terbaik :)
tunggu punya tunggu. menghabiskan masa utk lihat orang main bowling kat situ je.
plus memberi semangat kepada adik yang kaya dengan syiling 50 sen utk main video game kat situ. adik oh adik. maaf menggangu kosentrasi.


adik 50 sen :)



tak sempat nak beraksi main bowling, terpaksa batalkan hasrat sebab tiada 2 lane yang bersebelahan yang kosong. habiskan 1 jam lebih begitu saja.
ke arah Istana Garden. ah. dah 3 kali ke sini.
mendung. tanda nak hujan. sempat ambil gambar sambil dibelai angin sepoi2 bahasa.








ada yang bersuara nak rasa ayam penyet. lapar. ah. kau tiap masa lapar :)
hujan. beredar ke City Square. konon nak tonton wayang. cerita apa? nanti decide.
yang penting tak perlu booking. lebih selamat :)

city square.
tiada apa yang menarik. dan semua tak berani bersuara tentang wayang.
takut diblacklist lagi. Aini Haslina. kau masih dalam rangka perhatian :)
dan kami hanya jadikan city square sebagai persinggahan tunggu hujan berhenti.
dengar khabar ada yang nak laburkan duit untuk belanja karaoke. hebat :)
mama pun kata, "'dah kenyang baru balik". so, tak kisah lah. hari ini kalian bebas :)

ke Steamboat Dataran. hah. kau makan lah ayam penyet yang tak sedap tu.
tapi yang penting, kenyang. dan aku macam teruja, anak-anak Puan Kartini menggeleng kepala saat dijemput habiskan makanan yang lain. selalunya, mereka lah 'pirana' :)
kenyang sangat lah tu :)

ke Danga City Mall. main bowling. ah. aku malas. malas yang teramat.
sebab aku tahu aku akan bosan tengok mereka main.
2 lagi sepupu menunggu di sana. macam biasa. aku jadi pom pom girl.
menjerit. diam sekejap. gelak. diam balik. tunggu game habis.
aku jadi peneman siapa nak ke toilet. oh. jadi kauter pertanyaan, 'adik, toilet kat mana?' *sigh







saat yang dinanti. karaoke :)
terima kasih abg Faris :) belanja. yeah. 12 orang dalam standart room. dah macam sardin.
tapi itu seronok. hah. dan masa ni. baru jumpa bakat-bakat baru. syahir dan syahmi.
hah. syafiq, kau dah boleh resign. terima kasih :)
dan buat kali pertama, aku tersentak bila syahir tanya "lagu nasyid ada?"
cool weyh. cucu-cucu sekalian, kau ada?!
tepat jam 12, pilihan lagu dihentikan. jom pulang :)
hilang weyh suara aku. menyanyi lagu macam nak gila tinggi. haih.







sempat singgah ke Drive-thru McDonald. ah persetankan apa saja.
aku teringin 'pesperiti' :)
hampir jam 1 lebih. tiba dan bersiap sedia untuk tidur. sebab esok akan ke arah Tebrau.
menziarah kediaman sepupu lain :)
mama bercerita tentang makan di restoran Cina Muslim. dan aku bercerita tentang makan steamboat. halal punya :)

seharian yang sangat penat. tapi seronok berfoya-foya sama mereka.
oh Fikri Afiq, lu cap ayam kan. berbual tinggi sangat.
time orang nak keluar, kau kerja. weyh, sabtu orang cuti lah.
nasib baik abang kau 'payung' tau. tak lah blacklist sangat nama anak-anak Puan Samsiah kan :)


faris Marjuki
big credit kepada beliau. belanja lah lagi ye :)

oh. 13JEN. azizan oh azizan. booking weyh :)
bye :)


No comments: