Showing posts with label 30 Days of Photo Challenges. Show all posts
Showing posts with label 30 Days of Photo Challenges. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Day 30 of photo challenge

Day 30 : And finally, a photo of your face.

nah!



bukan muka, dengan badan, tangan, semua aku bagi.
ohh. finally, berakhir jugak challenge untuk 30 hari.
rasa sekejap plak kan :)
nak cari permainan baru lagi lah :)

eh, selamat hari raya :)

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

Day 29 of photo challenge

Day 29 : A photo of your bedroom.

nah!

tadaaa! :)



kau mampu?? tak kan. okbye.
sebab aku pun tak mampu. gila tak bangun tidur aku macam ni.

nah! ini je mampu.



gila berbeza dengan yang atas! -.-
ini pun sebab berkemas. kalau tak kemas, ce teka macam mana.
bayangkan puting beliung melanda rumah, haa, itulah rupanya.
ini pun half je lah bilik mampu aku bagi. yang half lagi korang pun mesti taknak tengok.
sebab aku pun dah nak muntah tengok :)

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

Sunday, August 28, 2011

Day 28 of photo challenge

Day 28 : A photo of something that is your favourite colour

nah!




fokus kan aku. tapi sebenarnya tak fokus pun. tapi macam bajet fokus sangat kan. ok. tak jugak sebenarnya.bye.
warna baju, tudung tu pun dah cukup tunjuk warna apa yang aku suka.
PINK colour. mesti korang nak cakap "ek eleh, gila tipikal pompuan suka pink weyh"
eh, suka aku lah. tipikal tak tipikal, aku tetap perempuan, lu ada masalah?
gambar ni kat studio radio masscomm UiTM. masa ini untuk recording suara "Tahukah Anda".
perh, gila kartun suara aku. ok. malas cakap lagi.

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

Day 27 of photo challenge

Day 27 : A photo of something green.

nah!


aku rasa ia nampak hijau. kan? atau aku salah pandang? atau kau buta warna? bye.
masa ni, opkos dalam hospital. rindu duduk dalam tu. sebab makan tidur je :)
budak2 nurse praktikal kat situ pun suka lepak katil aku, sampai kena marah dengan Sister :)
internet masa tu pun entah baik sangat bagi free je. dapat lah online kat hp. atleast kan.
tak kisah lah. tapi yang tak best nya ubatnya seksa. ok. malas ingat.

itu je. lebih seronok lagi, bila masuk hospital, sekeliling bagi perhatian. kan? :)

bye :)
fds ♥ written by fadhillasamsudin

Friday, August 26, 2011

Day 26 of photo challenge

Day 26: A photo that represents your day.

nah!


feeling so high :)

untuk pagi ni, aku rasa mood aku ok. dan harapnya berlanjutan ok :)
sebab entahlah, rasa seronok hari ini. takde yang special pun.
tapi rasa gembira. drive pergi kerja sorang, dengar lagu raya.
walaupun hujan, aku tetap nyanyi lagu raya yang berkumandang di HotFM tu dengan girang.
yelah, hujan, orang kiri kanan pun tak nampak aku :)
walaupun jem, walaupun lambat 1minit sampai tempat kerja, entah rasa happy.
mungkin sebab bos takde. dan aku diberi kebenaran pergi merayap. miahahah.
so, takyah kisah kalau terjumpa aku kat Angsana tengahari ini then tanya "eh, kau bukan kerja ke?"
eh. ini lah kerja aku harini. cari baju raya yang masih gagal dicari :)

tolonglah jangan spoil mood seronok bergembira harini.
tapi kau nak spoilkan pun, kau punya pasal lah. aku hebak kot. hebakk sangat.haha XD

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

Day 25 of photo challenge

Day 25 : A photo of something you have eaten today.

nah!



hah. ini salah satu makanan yang aku makan untuk buka puasa.
Water Chestnut di Johnny's sebagai dessert after meal :)
sedap. dulu, Yus yang ajar aku makan benda ni.
then now, bila makan Johnnys je, wajib ambil dessert ni :)
yang merah bawah tu, chestnut. campur dengan hirisan cempedak/nangka. either one kot.
sebab aku tak reti beza which one cempedak or nangka -.-

kalau after this pergi makan Johnnys, try lah. sebab kakak aku tu pun dah suka :)

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

Thursday, August 25, 2011

Day 24 of photo challenge

Day 24 : A photo of anything you want.

nah!



papa ohh papa. nak ni. ye, nak ni :)
tak mahal lah. around 4K SAHAJA! -.-
yang ni 13inch macbook pro. pink colour punya.

kan bagus kalau minta, terus je dapat.
aku memang dapat kalau minta. dapat senyuman papa yang paling manis -.-

takpelah. tunggu kerja sendiri.
itupun kalau aku mampu nak beli. hehe

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

Tuesday, August 23, 2011

Day 23 of photo challenge

Day 23 : A photo of you with someone you love.

nah!



ini keluarga saya. tapi kan, challenge nya ialah someONE you love kan? kan?
family is one. one for all, all for one :)
ada faham adik-adik? :) ok. settle.

saya sayang papa+mama+kakak+cotek+mardhiah = keluarga
i have one happy family at home! :)

hah! finally settle challenge mengikut hari dan gambar :)
bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

Day 22 of photo challenge

Day 22 : A photo of your smile.

nah!



"ohh manisnya. manisnya senyumanmu" (Elite)

"senyumlah senyumlah, ahai cek mek molek" (Dato' M. Daud Kilau)

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

day 21 of photo challenge

day 21 : A photo of your least favourite body part.

nah!



hidung tak mancung. pipi tersorong-sorong.
bukan lah tak suka. cuma tak favourite. hidung aku lembut. macam tak bertulang.
tapi hidung ni yang bikin aku hidup sebab boleh hirup oksigen dari sekeliling.
hidung juga yang selalu tangkap bau bacin adik aku yang baru balik dari sekolah. hahaha XD

nothing much to say.
bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin


Day 20 of photo challenge

Day 20: A photo of you dressed up/smart.

nah!



*abaikan makcik pakai baju pink tu.bye.

dress up? hmm. aku dress up simple je. malas nak canggih-canggih.
standard pun kemeja then skinny jeans. shawl. flat shoes. tu je.
nampak canggih pun style shawl je. yang lain biasa je.
kurang memilih heels unless hari2 tertentu sebab aku bukan reti pakai sangat heels tu. asyik terpele'ot je -.-
tapi yang penting simple but nice. muahahaha XD

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

Day 19 of photo challenge

Day 19 : A photo of an object from your childhood

nah!


actually gambar ni ambil dari pakcik Google. sebab aku punya entah pada siapa.
dah bertukar milik mungkin. comel kan kasut ni. winndddu! XD
dulu ada tersimpan rapi dalam almari. tapi sejak almari tu dah dibongkar mama,
everything dalam tu semua mama buang & barang yang masih elok diberi pada orang lain.

kasut ni ada 3. Barney, Mickey mouse, Minnie mouse.
papa belikan masa papa pergi overseas dan masa tu aku dalam umur .... hmm. taktau/tak ingat, bye.
kasut ni macam sarung kaki dengan kepala yg besar kat depan tu.untuk buat tidur je.
takpaya bajet nak jalan-jalan kat luar pakai kasut ni, kena pukul dengan mak aku kang.

oklah. penat sebenarnya punggah rumah cari barang childhood ni.
atleast jumpa jugak dalam internet. terima kasih pak cik Google!

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

Monday, August 22, 2011

Day 18 of photo challenge

Day 18 : A photo of something red

nah!



red enough? ke nak lagi merah. cukup lah.
baru ambil gambar ni semalam. city square.
cool gila kan gambar ni. aku suka. ala-ala gambar lama.
nak jugak beli camera tu, rm250 kot. tapi takpelah. skrg kan ada teknologi.
editing sudah. macam jenis gambar boleh buat. kan?

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

Wednesday, August 17, 2011

Day 17 of photo challenge

Day 17 : A photo of your favourite food

nah!



hah. mesti kalau tengok gambar ni macam "eih, apa benda seyh ni. erk. eih" *sambil buat muka nak minta pelempang aku. kbye
ini Patah. ye patah. tak aku bukan suka suka bagi.
memang nama dia. plss mmg nama dia.
makanan keturunan Banjar. yes, my mom Banjar. kau ada?
kau ada Surui? hah. taktau kan. ok diam. nanti ketulahan. jangan tunjuk puricik sangat.

ok. back to makanan ni. ini favourite food kalau kat kampung.
&& those yang cepat muak, mungkin takleh bajet nak makan.
sebab adunannya tepung beras dan kapur kasut. ok tipu. tepung beras dan kapur makan tu.
kuahnya, tengok pun dah tau kan. kari berisi kentang dan baby udang. sebab udang tu kecil :)



ok. sorrylah aku cantas syarat kali ni. sebab dia minta A PHOTO.
tapi aku bagi berphoto-photo. haha
eh, permainan aku, blog aku, jadi aku yang decide banyak mana gambar aku nak letak. ok ;)

jarang dapat makan. gambar ni pun gua rembat dari blog kakak.
sebab dyorg makan ni masa aku pergi USS. demmm it!
tapi sedap lah weyh. mama pun taktau buat. makcik aku yang kat batu pahat tu je pandai.
ala, nak Patah lagi -.-
okbye.

surui = sikat
ketulahan = tulah
puricik = pengotor

bye :)

Day 16 of photo challenge

Day 16 : A photo of your legs.

nah!


blur kan? padan muka. nak tengok jelas, datang jumpa aku.
aku kakikan muka kau ;p
sorrylah. ikut syarat je. nak bagi full kaki macam cantik sangat plak kaki aku nak tunjuk kat semua.
kurus. kan! kaki pendek tu yang aku pun pendek.
gambar ni lama tapi kaki aku masih sama.
tak pernah plak buat operation tukar kaki :)
ohh, jangan risau, kaki aku takde cacat cela.
takde hiasan kecuali lebam yang tetiba entah mana datangnya pastu hilang sendiri -.-

tapi kaki ni banyak bantu aku jalan pergi sana sini.
sebab kaki ni yang selalu tekan minyak,tekan brek kereta.
ohh kaki, jasamu tetap dikenang :)

bye :)

Monday, August 15, 2011

Day 15 of photo challenge

Day 15 : A photo of you with a member of the opposite sex.

nah!



ini salah satu kawan baik lelaki muah muah selain Jazli anak pakcik Jumain tu.
ni Fadhzli anak Pakcik Roslan.
dia baik sangat. rindu sama dia. gambar ni pun masa diploma dulu.
part 3 means masa kami 19tahun. di Klebang, Melaka.
rindu saat dan suasana tu.
tapi since degree kurang bergaul sangat kecuali kelas Arab. hehe
sekarang dia tengah struggle kat rumah tu sebab dia patah kaki before cuti haritu :(
jatuh masa mandi air terjun. harap kau sihat fadh. kau rindu nak gossip dengan kau.

ohh, dulu dialah CNN kitorang. tanya apa saja, mesti dia tau :)
ohh, dulu dia pernah crush on me. haha. tp kalau siapa buat hal dengan aku, dia crush muka kau! haha
tunggu naik sem, kita lepak ok. winddduuuu!

bye :)

Sunday, August 14, 2011

Day 14 of photo challenge

Day 14 : A photo of your hand.

pakej aku bagi hari ini. untuk hari 13 dan hari 14.

nah!



ini lah tangan hamba. atototo comelnya kan. ahahaha
tangan kecil dan kecil. pakej dengan kuku. kecil jugak.
kakak aku cakap tangan ni gemuk. tapi aku faham, dia memang rabun dari kecil.
jadi aku taknak salahkan ibu mengandung. kesian kan. *simpati. hahaha
jari ini juga selalu diketawakan beberapa rakan termasuk adik aku.
akibat terlalu kecil. peh, aku rasa mereka jeles.
jeles cakap jeles. haha.

ok. tangan ni jugak yang pernah terima cucukan jarum masa admitted kat hospital.
the greatest jasa yang tangan aku pernah buat. sebab terima ubat untuk badan aku.
terima kasih tangan :)

walau apa pun, tangan ni juga banyak membantu dan dibantu untuk terus berdiri tegak.

bye :)

Day 13 of photo challenge

Day 13 : A photo of you outside.

befora apa-apa, sorry atas ketergendalaan untuk challenge ke-13.
ampun. almaklumlah. semalam penat seharian melayan family di pagi hari dan petang melayan rakan-rakan lama.
ok. malas cakap banyak. jom selesaikan misi.

nah!



outside. luar kan. kan. kebetulan aku memang di luar besama few crews of Pama :)
masa ni di Car Boot Sale. seronok weyh.

gambar berwarna dan terang bermaksud itu aku.
sebab ni blog aku, jadi fokus pada aku. haha. ok bye.
sorry kawan-kawan. nanti aku warnakan balik wajah dan baju-baju kalian.
untuk special entry untuk korang ye.ok :)

selesai!

bye :)

Friday, August 12, 2011

Day 12 of photo challenge

Day 12 : A photo of your wrist and any bracelets you wear.

nah!



ini pergelangan tangan aku. sorrylah xde gelang or wut so ever.
sebabnya aku bukan jenis suka pakai gelang, cincin bagai. menyemak.
tapi jam kena ada. sebab entah. rasa ralat kalau tak pakai.

jam ni lama dah. masa diploma lagi. tahan sampai sekarang :)
ikhlas mungkin. haha
lagi 2 jam tangan tu rosak lah, patah lah. ni satu-satunya yang tahan.
tapi macam nak beli jam baru. tengok lah nanti.

bye :)

Thursday, August 11, 2011

Day 11 of photo challenge

Day 11 :A photo of your fave outfit.

nah!



super duper favourite outfit. jubah konvokesyen.
time ni masa konvokesyen diploma. walaupun baju ni besar gedabak nak mampos. tapi seronok.
pakej dengan tarbus atas kepala tu. goyang kepala goyang, nanti bulu tarbus pun goyang sekali macam libasan rambut. haha.
rasa bangga pun ada. walaupun cuma diploma. atleast, weyh, diploma kot.
terasa nak pakai lagi sekali. untuk degree pula. tinggal lagi setahun je lagi.
nak pakai dengan selempang pink. maksudnya kena tingkatkan usaha maintain Dean List untuk 2 semester ini. amin!

btw, baju biru yang aku pakai dalam jubah konvo tu, baju raya tahun lepas.
beli sehari sebelum raya. sebab terlalu cerewet sangat.
tapi tak sangka baju gua sama dengan baju pembaca berita Astro Awani. mungkin ada jodoh :)
hahaha.

ok. settle ye. selamat berpuasa :)

bye :)