Showing posts with label pama crews. Show all posts
Showing posts with label pama crews. Show all posts

Wednesday, September 3, 2014

Solemnization day :)

11.04.2014

Deal dengan tok kadi lepas isyak, jangka pukul 9 malam.
Kau rilekkk, dengar apa yang jadi.

Bangun pagi, aku masih tunggu baju nikah dan baju sanding dan kek kahwin aku sampai.

Ceritanya, aku dobikan dua-dua baju di Shah alam.
Ceritanya lagi masa tu aku tak jangka akan dicutikan kerja.
Maka, aku tinggalkan baju2 itu, dan assign adik aku yang study dekat puncak alam untuk ambil baju tu.
Cerita dia, kalau adik aku terlupa atau tak sampai ke jb, makanya, kita kahwin pakai tshirt dengan seluar jeans. Sekian.

Tapi tengahari adik aku dah terpacak dengan baju dan kek!
Alhamdulillah, takpayah nak cari tshirt jadikan baju kahwin. Kahkah.

Kemudian, aku keluar dengan yus pergi ambil cupcake hantaran aku ke sepet di Sutera Rasa cakehouse di BBU.
Sebabkan aku keluar awal, aku pi jalan-jalan sat ke Plaza Angsana.

Kau faham tak, dengan tangan berinai, kau berjalan macam takde apa berlaku.
Padahal malam tu kau nak nikah ni.
And orang kata darah manis, tak boleh drivee.
Aku kehulu hilir aku juga yang drive :)



Dah selesai ambil tempahan cupcake comel, beli barang untuk candy booth esok.

Sampai rumah, sempat zohor dulu kemudian duduk rewang cocok marshmellow set up makanan untuk candy booth.

Masa tu jugak ring ring telefon berdering.
Sepet dah sampai tol, aku minta papa bawakan mereka terus ke homestay yang papa sewakan di Taman Universiti.

Lepas Asar, aku baru nak letak pelekat hidung menghilangkan noda-noda whitehead dan blackhead, 
Takkan kahwin muka hitam tompok-tompok taik unta kannn.
Tiba-tiba kakak call untuk bagitahu bf dia dah sampai dari KL.

Dan aku dengan pelekat hidung tu pergi ke hotel sebab reserve bilik atas nama aku kannn.
Sekali aku check in kan untuk Jazli yang belum lagi sampai dari KL juga.

Dan masa tu lah, ada makcik aku bersuara marah aku.
"Patutnya pengantin mana boleh bawa kereta, asyik keluar je, minta yus yang drive"
Ok. Aku drive manual, dan tak semua reti manual. Aku faham.
Papa mama dah sibuk uruskan dewan.
Yang lain uruskan hal lain.
Jadi, nak taknak, aku berdikari uruskan apa yang jadi hal aku.

Selesai semua hampir pukul 6.30petang!
Yus dah suruh aku rehat, atleast tidur sekejap.
Dan aku tak boleh tidur sebab badan yang terlalu penat.
Mata sembab macam bukan pengantin.

Tak sempat lelap, mama bagitahu make up artist bridal dah sampai.
Ok. Aku baru pergi mandi dan solat Maghrib.






7.40malam aku start make up.
Dari situ aku cuba tidur tapi masih tak bisa.
Mak andam pun cakap malam ni tidur awal, sebab eyebag dah keluar.
Ok.

Pukul 8.30 orang dah ramai, bridesmaid pamacrews pun dah kecoh.
Photographer pun dah sampai.





aku rasa macam bukan diri aku bila make up tebal cenggini. ewaaahhh





Pukul 8.45 tok kadi sampai.
Mama bising, "mana pengantin lelakinya tak sampai lagi".

Pukul 8.30 dah call kata baru nak bergerak ke rumah aku.
Ok.

Dalam pukul 9, tak sampai.
Tiba-tiba Sepet call.
Hati tak sedap.
"Boleh minta tolong sesiapa ambil, kitorang sesat!"

Omg! Sesat! 
Ini bukan first time!
Beauty bride turns to bridezilla!


nampak bridezilla tengah bertenang. ok, cuba bertenang sebenarnyaaa!


Kakak dengan tikah di assign amek mereka yang entah ke mana entah.
Rasa nak terjun je dari balkoni rumah.

Semua dah tenangkan aku.
Entah berapa kali aku jerit marah-marah adik aku. Haih.

Nasib nasib.

Nasiblah aku orang terakhir dinikahkan tok kadi.
Nasiblahhh.

Pukul 10 lebih baru pengantin sampai.
Dia punya legaaanya hati macam nak terjun dari tangga pi terkam sepet tahu!

Adik aku whatapps aku.
"Hensem"
Hahahahha. Cool sikit. 

Aku dengar dari atas.
Kenapa takde yang panggil suruh turun.
Kan selalu dia panggil pengantin perempuan duduk sebelah pengantin lelaki kan!

Tiba-tiba aku dengar papa lafaz nikah.
Sepet sambut.
Tapi semua dah sah, cuma sorang tak dengar.
Tak puas hati. Ambil mic.
"Aku terima nikah Fadhilla Nadzirah bte Samsudin dengan mas kahwinnya 22.50 tunai"
Sah. Sah. Alhamdulillah.

Aku masuk bilik bagitahu yang lain.
"Weyh, dah nikah". Muka tergamam.
Tahniah je yang aku dengar.

Pastu aku disuruh turun.
Menghadap sepet.
Nervous siakkk semua pandang aku.
Aku tak suka orang pandang aku. Haha




Macam biasa, lafaz taklik.
Kekanda adinda. Fuhh.
Kau tahu je lahhh.
Johor punya prosedur.
Ayah baca, ibu baca, anak baca.
Lafaz sakinah.
Get ready to nangis!

Mama baca.
Mula-mula mama taknak. Sebab takut nangis.
Tapi kena juga.
Nangis lahhh.
Aku sambut.
Mula-mula taknak.
Tapi kena jugak.
Benda tak sedih, ayat tu tragis sangat.
Hahahah

Aku ni berkaitan mak bapak touching dia lebihhh sikit.

Serah mas kahwin dan sepet letak tangan atas kepala aku.
Bacalah apa yang patut. Jampi serapah suruh dengar cakap. Haha

Selesai semua.
Fuhhh, like i said before, ia hari yangg panjangggg.

Tak sempat makan, sibuk ambil gambar.





11. 04. 2014, im proud to say, we are officially husband and wife :)

Pukul 1pagi baru selesai dan aku pergi hotel tidur dengan yusmir untuk malam terakhir ada dara, ehhh. Hahaha

Sambung esok :) 

Bye 
Assalammualaikum :)

fds ♥
written by fadhillasamsudin

Saturday, June 14, 2014

a month to go : bachelorette party with the girls

hai.

a month to go sebelum bergelar Puan.
eksaited much? haha. sikit lahhh tapi nervous bertingkek-tingkek uolls..

actually we-called-bachelorette-party ni nak buat untu Fath before kahwin.
tapi bila dia sibuk prepare itu ini, then we missed that.
so, untuk turn aku, kita buat lah acah-acah mak enon punya bachelorette party ni. mihihi.

we bought, ok I bought a groupon punya voucher untuk GrandLexis, Port Dickson.
yezza, aku memang suka tempat ni sebab ada private pool.
disebabkan aku berhijab, ewaaaah, hijab tau. haha, disebabkan bertudung, takkan kau nak golek-golek dekat public punya swimming pool kan.
so bila ada private pool dalam bilik hotel, kau bajet teruja tahap rasa nak beli bikini terus.

nak kumpulkan dragon ball yang ada 13 ni memang susah, 
so, siapa on silakan, kalau tak, sokay. *kesatairmata
termasuk aku, only 7 out of 13 yang tick kehadiran.

3 dari JB termasuk aku, yang lain dari KL.

Pernah lah aku datang sekali before ni, tapi bilik dekat ground.
so, bila kau bayar untuk Sky Pool Villa punya bilik, teruja bak ang!
 setiap penjuru bilik kau nak amek gambar buat kenangan. haha






View dari balcony :)

Nakk tunggu yang dari KL ni punyalah gila babs.
so, dulik, i terjun dulu lahhh uolls :)

*sebelum terjun, bukak tv, ada berita kehilangan MH370.
Masa tu anggap hilang biasa, tapi tak sangka sampai sekarang masa hilang :( #prayforMH370

Bila semua dah datang peluk cium,peluk cium.
we decide nak pi main pantai.
well, Grand Lexis agak jauh nak ke pantai yang ramai tuuu.
so, pi Teluk Kemang sebab planning nak main banana boat :D



the teruja punya gadis sampai tak kisah orang tengok kiri kanan.
kalau gambar ni ada capture bunyi, boleh dengar jeritan teruja masing-masing ;D




We got PR, we got lawyer, me myself as journalist..
so, korang rasa apa lah sangat nak minta murah dan buat abang driver boat ni macam kengkawan?
discount untuk 1 person, bawak pi tengah laut, amekkan gambar, pi jatuhkan tengah laut, ajak pi berenang bagai.
we hadd so much funnnn :)

On night, lepak dalam kolam, main syampoo, talk heart-to-heart,
main kad, selfie, antisocial sebab masing-masing main hp, gossip.
haha.

esok dah nak balik :(

a month to go. dan aku punya masalah sendiri dan masing-masing bagi kekuatan pada aku.
im touched ;)



terima kasih kawan-kawan.
kawan sampai mati :)

assalammualaikum.
bye :)

fds ♥
written by fadhillasamsudin

1st wedding pamacrews :)

hai.
laaaaaaaaaama gila tak update.
sebab aku dah gila running man. Duduk depan laptop terus bukak running man.
hado? haha

nak cerita yang berkurun lama punya cerita.
23 Januari 2014 was the first wedding in PamaCrews :)
di Hotel Sri Malaysia.

and its on Thursday. Khamis.
mula-mula marah jugak sebab pi nikah khamis mengada.
yang dok kl ni terpaksa lah ambil cuti semata.
sokay, sebab kawan kan ;)

Siti Fateeha Ghazali & Ahmad Termizi.
Aku kenal Fath since Form 1 duduk sekelas.
Dari 1st boyfriend dia pun aku kenal.
and Fath dan Mizie start couple ala-ala cinta giteww since form 3.
dari umur 15 tahun ke umur 25 tahun.
10 years? omg!

siapa kata cinta monyet tak boleh sampai mati? :)

sebagai perkahwinan pertama dalam pamacrews, yes, we were very excited.
dijadikan bridesmaid pulak.
gila tak seronok.
petang khamis kami, dah berkumpul di kondo milik family Yana.
so, bersiaplah gigih-gigih di situ.
Call time di hotel, jam 7malam.






  
Le Bridemaids :)

walaupun tak semua ada, seroooonok gila.
kain dibekalkan Fath. means sponsor. pi jahit sendiri ;)



first bila tengok kawan kau di dalam persalinan pengantin, macam tak percaya kawan kau nak kahwin.
berapa sehhh umur aku? 
im happy for her :)



kami ditugaskan jadi dulang girl.
kau faham tak, aku kena bawa tepak sirih dan sirih tu berat nak mati?
aku rasa berat dia separuh berat aku.
tangan sampai menggigil nak bawa.
alasan sebab aku next, so aku mengetuai barisan dulang dan kena pegang sirih.
alasan tak diterima akal aku. haha

masa tunggu time nikah, kami yang agak nervous.
sempat lah si Mizie kenyit mata pada Fath. kemain. haha.
untuk hilangkan nervous. i knew it. haha

dan Alhamdulillah sekali lafaz semua selesai :)
dan saat untuk lafaz sakinah semua tuh.
bukan Fath je menangis, dengan pama sekalian pun menangis.
terharu. lagipun ayat-ayat tu semua memang menyedihkan. haha



and we are done for tonight! weeehoooo.

 

25 Januari 2014

sidang resepsi di Dewan Majidee, JB.
theme warna as decided, purplelicious. haha
so, masing-masing terkedek-kedek cari baju purple.


tiada tugas macam malam nikah, its just free activities.
ramai budak sekolah dulu-dulu datang memeriahkan :)
dapat jumpa muka-muka lama yang laaaama gila tak jumpa.


para alumni SIGS yaww ;D

kalau nak balik tak buat kecoh, macam tak best.
so, go and get the mic and sing along!
pantang kan nampak karaoke set. haha.


so, we chose Di Akhir Garisan, nyanyi ramai-ramai untuk pengantin :)
dah seronok baru boleh balik! :)


For both of them, tahniah dan selamat pengantin baru.
tahniah Mizie sebab berjaya menawan hati Fath and Pama sekaligus.
setiap kali konvoi raya atau reunion, yes, mizie akan ada dan dia lah photographer.
so, dia dah faham sangat apa yang kami akan ulang cerita tiap-tiap tahun bila jumpa.
kadang-kadang dah sampai rasa mizie ni pun perempuan. hilang malu semua.


Kami di Pama Crews mengucapkan selamat pengantin baru dan cepatlah buat Pama jr :)

*in fact now in June, Fath dahh pregnannttttt. Pama Jr. is comingggg ;)

bye :)


fds ♥
written by fadhillasamsudin