Wednesday, September 3, 2014

Solemnization day :)

11.04.2014

Deal dengan tok kadi lepas isyak, jangka pukul 9 malam.
Kau rilekkk, dengar apa yang jadi.

Bangun pagi, aku masih tunggu baju nikah dan baju sanding dan kek kahwin aku sampai.

Ceritanya, aku dobikan dua-dua baju di Shah alam.
Ceritanya lagi masa tu aku tak jangka akan dicutikan kerja.
Maka, aku tinggalkan baju2 itu, dan assign adik aku yang study dekat puncak alam untuk ambil baju tu.
Cerita dia, kalau adik aku terlupa atau tak sampai ke jb, makanya, kita kahwin pakai tshirt dengan seluar jeans. Sekian.

Tapi tengahari adik aku dah terpacak dengan baju dan kek!
Alhamdulillah, takpayah nak cari tshirt jadikan baju kahwin. Kahkah.

Kemudian, aku keluar dengan yus pergi ambil cupcake hantaran aku ke sepet di Sutera Rasa cakehouse di BBU.
Sebabkan aku keluar awal, aku pi jalan-jalan sat ke Plaza Angsana.

Kau faham tak, dengan tangan berinai, kau berjalan macam takde apa berlaku.
Padahal malam tu kau nak nikah ni.
And orang kata darah manis, tak boleh drivee.
Aku kehulu hilir aku juga yang drive :)



Dah selesai ambil tempahan cupcake comel, beli barang untuk candy booth esok.

Sampai rumah, sempat zohor dulu kemudian duduk rewang cocok marshmellow set up makanan untuk candy booth.

Masa tu jugak ring ring telefon berdering.
Sepet dah sampai tol, aku minta papa bawakan mereka terus ke homestay yang papa sewakan di Taman Universiti.

Lepas Asar, aku baru nak letak pelekat hidung menghilangkan noda-noda whitehead dan blackhead, 
Takkan kahwin muka hitam tompok-tompok taik unta kannn.
Tiba-tiba kakak call untuk bagitahu bf dia dah sampai dari KL.

Dan aku dengan pelekat hidung tu pergi ke hotel sebab reserve bilik atas nama aku kannn.
Sekali aku check in kan untuk Jazli yang belum lagi sampai dari KL juga.

Dan masa tu lah, ada makcik aku bersuara marah aku.
"Patutnya pengantin mana boleh bawa kereta, asyik keluar je, minta yus yang drive"
Ok. Aku drive manual, dan tak semua reti manual. Aku faham.
Papa mama dah sibuk uruskan dewan.
Yang lain uruskan hal lain.
Jadi, nak taknak, aku berdikari uruskan apa yang jadi hal aku.

Selesai semua hampir pukul 6.30petang!
Yus dah suruh aku rehat, atleast tidur sekejap.
Dan aku tak boleh tidur sebab badan yang terlalu penat.
Mata sembab macam bukan pengantin.

Tak sempat lelap, mama bagitahu make up artist bridal dah sampai.
Ok. Aku baru pergi mandi dan solat Maghrib.






7.40malam aku start make up.
Dari situ aku cuba tidur tapi masih tak bisa.
Mak andam pun cakap malam ni tidur awal, sebab eyebag dah keluar.
Ok.

Pukul 8.30 orang dah ramai, bridesmaid pamacrews pun dah kecoh.
Photographer pun dah sampai.





aku rasa macam bukan diri aku bila make up tebal cenggini. ewaaahhh





Pukul 8.45 tok kadi sampai.
Mama bising, "mana pengantin lelakinya tak sampai lagi".

Pukul 8.30 dah call kata baru nak bergerak ke rumah aku.
Ok.

Dalam pukul 9, tak sampai.
Tiba-tiba Sepet call.
Hati tak sedap.
"Boleh minta tolong sesiapa ambil, kitorang sesat!"

Omg! Sesat! 
Ini bukan first time!
Beauty bride turns to bridezilla!


nampak bridezilla tengah bertenang. ok, cuba bertenang sebenarnyaaa!


Kakak dengan tikah di assign amek mereka yang entah ke mana entah.
Rasa nak terjun je dari balkoni rumah.

Semua dah tenangkan aku.
Entah berapa kali aku jerit marah-marah adik aku. Haih.

Nasib nasib.

Nasiblah aku orang terakhir dinikahkan tok kadi.
Nasiblahhh.

Pukul 10 lebih baru pengantin sampai.
Dia punya legaaanya hati macam nak terjun dari tangga pi terkam sepet tahu!

Adik aku whatapps aku.
"Hensem"
Hahahahha. Cool sikit. 

Aku dengar dari atas.
Kenapa takde yang panggil suruh turun.
Kan selalu dia panggil pengantin perempuan duduk sebelah pengantin lelaki kan!

Tiba-tiba aku dengar papa lafaz nikah.
Sepet sambut.
Tapi semua dah sah, cuma sorang tak dengar.
Tak puas hati. Ambil mic.
"Aku terima nikah Fadhilla Nadzirah bte Samsudin dengan mas kahwinnya 22.50 tunai"
Sah. Sah. Alhamdulillah.

Aku masuk bilik bagitahu yang lain.
"Weyh, dah nikah". Muka tergamam.
Tahniah je yang aku dengar.

Pastu aku disuruh turun.
Menghadap sepet.
Nervous siakkk semua pandang aku.
Aku tak suka orang pandang aku. Haha




Macam biasa, lafaz taklik.
Kekanda adinda. Fuhh.
Kau tahu je lahhh.
Johor punya prosedur.
Ayah baca, ibu baca, anak baca.
Lafaz sakinah.
Get ready to nangis!

Mama baca.
Mula-mula mama taknak. Sebab takut nangis.
Tapi kena juga.
Nangis lahhh.
Aku sambut.
Mula-mula taknak.
Tapi kena jugak.
Benda tak sedih, ayat tu tragis sangat.
Hahahah

Aku ni berkaitan mak bapak touching dia lebihhh sikit.

Serah mas kahwin dan sepet letak tangan atas kepala aku.
Bacalah apa yang patut. Jampi serapah suruh dengar cakap. Haha

Selesai semua.
Fuhhh, like i said before, ia hari yangg panjangggg.

Tak sempat makan, sibuk ambil gambar.





11. 04. 2014, im proud to say, we are officially husband and wife :)

Pukul 1pagi baru selesai dan aku pergi hotel tidur dengan yusmir untuk malam terakhir ada dara, ehhh. Hahaha

Sambung esok :) 

Bye 
Assalammualaikum :)

fds 
written by fadhillasamsudin

No comments: