the Reception :)

Hari Resepsi.
12.04.2014
tarikh yang mama pilih. senang katanya nak ingat.

memang taklahh nak cukup tidur. 
memandangkan semalam majlis pun habis lewat dengan penatnya, memang susah nak tidur.

sms pertama dari suami, "sayang ni bangun subuh tak?"

dah boleh panggil SAYANG! haha. 

lepas breakfast, terus suruh Sepet datang dari homestay ke hotel.
dalam pukul 11lebih, tukang make up dari bridal dah terpacak kat bilik hotel.

Paling segan, bila kena tukar baju,
walaupun dah halal, tapi kemon, fisrt time tukar baju depan laki kottt. 
siap minta sepet pandang tempat lain padahal dia boleh je nak pandang kalau di nak. mihihi.
sempat solat Zohor dulu sebelum berangkat pergi :)
and yes, aku ambil wuduk sebelum make up.
and yes, permintaan awal dari bridal, aku nak tukang make up perempuan. senang kan?
aurat pun terjaga :)

bridezilla bersama cik pengapit :D

after siap, tunggu kereta sampai untuk bawa kitorang terus ke dewan.
nervous weyhh.
sempat check insta, whatapps tengok kawan-kawan semua dah sampai.
excited pun ada jugak.
tak sangka akan lalu saat macam ni. ewahhhh.

Sampai dewan alumni utm, makcik aku arrange semua dari A-Z.
dari kompang sampai potong kek.

ohh, yes, di Johor memang ada adat tol.
means lelaki akan bayar tol sebelum naik atas pelamin.
kalau pihak lelaki tak nasib baik, sepanjang perjalan ke arah pelamin tu, memang akan ada halangan.
takat RM5, memang tak pandang lah cekkkk.

Tapi, aku mansuhkan. malas nak susahkan.
so, aku decide pergi sekali dengan sepet bersama-sama berpegangan-tangan-ewaaaah ke pelamin.


dan pada mulanya, aku dah khabar awal-awal memang takkan ada tepung tawar segala bagai.
memang aku taknak. cukup sekadar salam restu katanyaaaa.
tapi mama kata tak perlu.
tapi apa guna pelamin kalau dipakai sekejap, ye dokk?
Jadi, teruskan dengan salam restu dari pihak keluarga :)
naik atas tak perlu nak renjis-renjis dipilis semuuaa.
salam cium tangan dah. simple.

Bila tang makan, takpayah cerita, aku memang lapar.
selalu pengantin dihidang makannya. aku pergi hidang sendiri.
nampakkk laparnya tu. sampai kakak catering tu pun gelakkan aku. hihi.






meh aku cerita pasal kek.
aku punya mencari kek kahwin yang sangat budget.
yes, untuk 3tier, paling kurang ongkosnya hampir RM300.
gila, untuk kek? naaaaa.

jadi, aku beli alas cupcake 3tier dengan harga less than RM30.
aku tempah kek dan 12 cupcakes red velvet dari insta: mmmanis_ yang sangat sedappp.
susunlah ia macam kek tiga tingkat dengan kos less than RM200 :)

selesai semua, sesi bergambar dengan semua yang hadir.
rasa teruja walaupun penat senyum.
tudung tengek bengek pun dah tak peduli.


papa mama. mak abah :)

theFadhillas :)

group OTB Uitm Shah Alam :)


pama crews :)

special thanks kat Wawa, kalau tengok dalam gambar atas, ada yang bertongkat.
haaa tu lahhh.
terkehel katanya masa main badminton.
gigihlahhh datang :)

sebagai penghargaaan, nahhh!



aku ingat dah selesai, tapi begitulah, lepas selesai dibawa photo shoot outdoor.
nasib cuaca elok dan tak berapa panas.
dalam hati aku nak je cuci segala make up yang bertimbun atas muka ni.
rimassss!

sampai hotel balik, memang dah hujung-hujung asar,
sempatlah solat dulu.
nervous kot masuk bilik hotel berdua dengan lelaki tiba-tiba. kahkah.

selesai majlis. 
ohemgeee. memang totally penat yang amat dalam urusan resepsi.
pagi sampai ke petang.
bila dah habis, Ya Allah, bersyukur sangat.
and memang ada certain tak ikut planning dalam kepala, tapi bila ia berjalan dengan lancar, itu pun sudah memadai :)

check out insta #ffwedd for more picture :)

 


terima kasih papa mama untuk setiap inci yang ada dalam majlis ini.
terima kasih papa mama untuk setiap apa yang berlaku dalam majlis ini.
terima kasih papa mama untuk segalanya :)

terima kasih bridal Azidia Bridal Couture :)


ada yang kata muka aku berubah gilo-gilo.
ada yang kata naik seri. macam-macam lah orang kata.
in fact tukang make up pun kata muka aku lain. haha

tips : aku tak make since after tunang which is 6 bulan plus no cukur kening dude.
in fact, aku dah bagitahu awal-awal dengan tukang make up, no cukur kening :)

and here you go :)





terima kasih yang menjayakan.
terima kasih :)


courtesy from original photographer, Fareed Zain :)

Next aku share pasal OP ye :)

Assalammualaikum,
bye :)
fds 
written by fadhillasamsudin

No comments: