A day before solemnization

Esok harinya. Phewww
Mula-mula macam nervous.
Tapi tengok macam banyak tak settle, dah lupa nervous tu.




Bridal, Azidia Bridal Couture dari Kulai.
Dia own yang batu pahat punya.
Tapi baru bukak cawangan.
Mama yang pilihkan.
Aku malas nak fikir, letak bajet, dyorang bagi ikut bajet. Senang.
yang paling best, mereka semua perempuan dan senang nak bincang itu ini.
kalau kau kata taknak tu, takpayah tu, taknak ini, takpayah ini.
senang? :)

Malam tu 10.4.2014
Which is anniversary aku dengan sepet as pakwe-makwe-ecececeh utk 17 bulan.
Tunggu bridal datang untuk pasang pelamin nikah.
Masa tu aku redha dengan bentuk apa pun pelamin. Janji ada! Hehe


tadaaaa :)

Sepatutnya kawan cikebum pengapit aku, yusmirnadia datang malam tu.
Tapi sebab aku tengah berinai, terpaksalah hantar rombongan adik-beradik ambil di airport senai :)

Aku pilih set rm120 utk kaki tangan corak  penuh tangan.
Kau pilih je nak corak apa, memang penuh dalam album hp dia.
Aku macam teruja. Almaklumlahhh, first time berhennaaa. Haha









Aku memang recommend henna ni.
Umur bawah aku, tapi anak dah dua, muka comel macam anak dara.
Haha.
Tapi tu bukan pointnya.
Pointnya, henna dia mantoppp!


Pelamin siap, henna siap!
Bila dah berinai baru rasa "omg-aku-nak-kahwin"
Betul ke!

Malam tu jugak, kek hantaran untuk sepet ke aku, delivery ke rumah.
Kek kitkat by Ira Cake.
Cost rm60 per cake :) cantik kek dia :)




Sebab aku suka kitkat. Dan aku nak kek tu.
Lagipun Sepet dari pahang.
Katanya kalau beli dari sana, sampai sini kek hancuqq. Baik belikann je.
Yang nak makannya pun aku! :)

Malam tu tidur dengan yusmirnadia,
Sebagai anak dara. 
Lama tak pillow talk dengan makcik ni.



Aku pun lupa pukul berapa tidur. 
Esok akan ada jadi haaaari yang panjanggg.
Serius.

Bye 
Assalammualaikum :)
fds 
written by fadhillasamsudin

No comments: