segalanya tentang bola dan semalam

semalam. perlawanan akhir Malaysia lawan Indonesia.
dan aku percaya semua entri blog berkisahkan tentang bola, bola dan bola.
dan aku macam biasa. tak pernah teruja nak tonton. tapi bila dah tonton, memang pecah rumah aku jerit.
walaupun tewas dinegara orang, tapi kita masih menang. 4-2 kan?
dengan rasmi, piala suzuki AFF 2010, milik malaysia. tahniah.
oh, tiada pula laser melaser. penat aku tunggu.
dan hingga tamat perlawanan papa asyik sebut "mana si Juper ni?"
eh papa, mmg saja ke nak tengok si Juper tu? haha.

tapi papa cakap, sebab itu kot Indonesia kalah,sebab niat si Juper ni.
pelik-pelik je niat kau. kan dah tak berkat.

dah.ok.bye. malas nak cerita tentang bola. sebab semua orang dah tau fakta yang Harimau Malaya menang :)

semalam teman mama. cari barang. beg dan kasut.
yelah. sale di mana-mana kan.
dan baru aku sedar sesuatu, mama perangai sama macam aku.
ok. salah. aku perangai sama macam mama. cerewet yang amat!
beg ni tak cantik lah, besar sangat lah.
kasut ni terbesar lah, apa lah.
dah jumpa yang sesuai, "takpe lah. tengok yang lain dulu".
and at last, tak beli apa pun.

dan sesiapa yang pernah membeli belah bersama aku, mungkin mereka tahu macam mana kalau aku memilih barang. macam tu lah :)
dan akhirnya, tiada apa aku beli :)

oh. memang marah pada diri sendiri kan bila tak dapat laksanakan hajat orang yang kita sayang.
dia selalu kata, "nak tak nak je".
aku nak. cuma tak mampu. bukan tak mampu tapi tak tahu mana nak bermula.
entah lah. dan aku selalu kata, kalau ikhlas tu ada, adalah.
kalau lakukan sesuatu secara paksa, tak jadi apa juga kan :)

baik senyum. tak perlu kata apa-apa.
betul kata malique dan najwa :)

bye :)

No comments: