Monday, January 10, 2011

memang seronok kan :)

menghasilkan menggunakan air tangan sendiri, sedap tak sedap, cantik tak cantik tu semua tak kisah.
yang penting ada usaha untuk buat.
sama macam aku buat kek coklat untuk si gila tika dia datang ke Johor Bahru.
kali ini dia selalu bising tentang kek cawan pula.

memang terkenal kan semua couple, kawan, apa sahaja party , mesti nak kek cawan.
aku sendiri rasa ralat nak makan. sebab terlalu comel.
dan selalu orang akan tempah je. senang. tak payah nak pusing kepala fikir resipi dan cara nak menghias.

tapi kali ini, aku semangat gila. nasib yusmirnadia banyak bantu aku.
dan kedai kek pula sangat dekat dari rumah sewa aku. barang pun tak semahal aku jangka.

ikut perkiraan aku nak main masak-masak hari ahad, tapi disebabkan yus punya temujanji, aku terpaksa awalkan.
sabtu pagi. tak pagi sangat lah. konon gigih nak bangun pagi. memang TAK lah.
menuju ke rumah yus di Klang. rumah kakaknya. sebelah rumah ibunya.
senang kan :) mula berkarya.
sama macam buat kek coklat dengan mama. cuma ada bezanya sedikit.
yelah, lain orang lain cara kan.

tapi saat lihat kek mengembang cantik dalam bekas kecik comel, memang sangat seronok. puas :)
tunggu untuk mencantikkannya saja :)

nak menghias pula bukan kerja mudah bagi aku. sebab aku memang tak sekreatif mana.
tangan pun mnggeletar. takut mencacatkan apa yang cantik.
nasib baik kakak2 yus dan yus sendiri membantu. tak lah rasa keseorangan sangat.
kotak pun dah tersedia cantik :)
siap :)




shasha. maaf kelewatan memberi buah tangan sempena hari jadi awak.
harap awak suka :)




gila, happy three :)
sayang kau


terima kasih pada yang membantu. seronok sangat dapat melihat mereka tersenyum :)

mungkin aku boleh buat lagi :)


oh dan malam tu juga, kami sambut hari jadi anak saudara cik yus :)
happy birthday Adam Fitri :)


dan tau tak, kek ini pun mereka sendiri yang hasilkan.
seronok kan. krim itu buatan aku. yeah :)







bye :)

No comments: