Le tour de Sabah :)

memang mula rasa seronok. super seronok lah katakan.
tapi bila ada production pada tarikh untuk aku terbang, buat aku jadi serba salah.
cepatnya aku jadi buntu dan lakukan skrip sehebat yang mungkin. ok whatever.

belayar seperti. bangun pagi dan ke arah KLIA. menaiki bas dari KL central.
aku tak dapat idea lagi kenapa papa tak suruh je cousin aku hantar terus ke KLIA.
hujan. aku rasa kurang selesa. sejuk.

bukan kali pertama aku berebut tempat dengan mereka. yang penting aku dapat duduk tepi :)
melihat kakak ketakutan bila kapal terbang mula bergerak, melihat cotek mula pening.
kakak tanya, "kenapa kapal terbang ni ke kanan?"
sebab sabah kat kanan. takkan dia nak belok kiri.
tiba-tiba dia tukar arah.
"kak, pilot salah jalan. sabah kat belah kiri" :)
dan masa cotek mula pening, aku dan kakak mula kacau dia.
"tek, kau tau kenapa kapal terbang ni bergegar?"
"sebab langgar awan lah"
"tak, sebab langgar batu"

ok bye. tiba di Kota Kinabalu International Airport hampir jam 7.30 malam.
ke arah Promenade Apartment.
melihat suasana malam di KK. aku tak dapat feel apa-apa.
yang aku tau. mengantuk.

hari pertama. ke arah muzium. muzium marin.muzium warisan.
semua muzium kami mencelah. panas terik. dan aku rasa aku mula hitam. demmm.
naik jambatan gantung. kakak mula tarik muka. penat katanya.
tapi bila bergambar, memang reti kau senyum.













yang aku bangga di KK, shopping mall nya sgt hebat.
dan aku rasa memang berderet ESPRIT, ROXY, dan beberapa jenama lain.
aku rasa semua shopping mall ada kedai2 begitu.

dan bila tiba malam, ianya hebat.
beli ikan bakar, sotong bakar, ketam bakar, udang bakar.
tambah nasi, sambal belacan, kerabu mangga.
makan beramai2 dalam bilik hotel.






hari kedua, ke arah Ranau.
sejuk. macam tanah tinggi Cameron Highland.
papa kata itu kaki bukit sebelum ke arah gunung Kinabalu.
memang sejuk. dan aku rasa berjalan dalam awan.
perjalanan yang sangat jauh.







ke arah Kundasang. singgah sebentar di pasar kundasang.
sebelum ke Air panas dan mendaki canopy walk di situ.
gigih mama dan si gemuk kakak ni.
berpeluh peluh aku tengok.dan aku rasa stamina papa sama macam dulu.
tak hirau langsung papan tanda "pesakit penyakit jantung tak dibenarkan mendaki" :)















walaupun cuma dapat menyaksikan bunga Rafflesia yang hampir mati, atleast, aku tengok.LIVE!
memang besar. itu pun dah kecut sedikit. kalau yang mmg kembang, aku rasa lagi besar.
yang pasti, kundasang memang banyak anjing. merata :)



bila pulang, aku dapat lihat macam mana sukar bila bawa kereta dalam awan.
memang kabur. dan aku hanya fikir, jangan lah terjunam.
memang tak nampak apa. tapi aku rasa papa sangat cool bila memandu dalam kabur.
sangat and totally kabur! macam double jerebu. yang cuma jelas adalah lampu kereta.

malam. seperti biasa. lagi sekali makan makanan berbakar.
super seronok!
dan tiba saatnya aku jadi tak seronok bila aku dapat message di facebook.
"sesiapa yang tiada di production, akan dipotong markahnya"
aku memang dah tak keruan. mulanya sukar nak percaya.
lagi lagi bila si yus yang mulakan. tapi bila alia, asyiq, aizat dan bill pun turut serta, aku jadi macam orang gila.
maaf farisha. awak dimarah.
maaf cech adrea, terpaksa layan ketermengadaan saya.
mood aku mati hingga dapat kepastian dari cech adrea, itu semua hanya permainan.
dan hingga kini, aku benci tagline "sukakannya, gandakannya!"

terima kasih crew OTB production untuk panggilan hangit itu! :)
thank god aku tak sempat nak fire en. zul yang tak mengerti apa-apa. haha

sebelum pulang, sempat membeli belah sebentar.
buat kenangan. tapi borring. segalanya keychain.atleast. kan.
meninggalkan bumi Kota Kinabalu pada jam hampir jam 6 lebih dan tiba hampir jam 9 lebih :)





terima kasih. next destination plsss! mama nak ke Batam. entah apa ada kat sana.
bye :)

No comments: