Wednesday, March 30, 2011

Trip Broadcasting ke Melaka :)



bercuti selama 3 hari di Melaka walaupun aku tau sepulangnya nanti bakal dihidangkan dengan pelbagai assignment yang bertangguh. tapi ada aku kisah?? :)
pada awalnya, due to kekurangan duit poket,aku dan yus bercadang utk tidak turut serta.
tapi atas ajakan si gila ni, sampai juga aku ke Melaka :)

malam sebelum berangkat, aku , Cech, Yus, Bill, Azfa menuju ke Subang.
atas dasar mencari butik yang membekalkan kostume untuk disewakan.
oh, trip ke Melaka ini untuk Dinner Broadcasting bertemakan Fantasy :)

gagal bertemu 3 butik yang disenaraikan, semua dah mula patah hati.
dan kemungkinan niat ke Melaka akan batal.
terus ke arah Sunway Pyramid, Asian Avenue. terus ke kedai costume.
cuma mengambil masa tak sampai satu jam. semua dah dapat apa yang dihajati.
termasuklah dress dan accessories utk malam tu :)
dan ketika tu, aku rasa shopping yang sangat efisyen :)

25hb Mac 2011
janji melayu. berkumpul jam 9. tapi bas entah sampai jam berapa. semua lari dari tentative.
tak kisah lah. yang penting aku rasa teruja. sebab bersama rakan-rakan :)
tapi aku tak mampu nak tidur dalam bas walaupun aku rasa pening. sebab aku teruja.
banyak kali teruja ni :)
lagi-lagi bila bas masuk tol Alor Gajah. Alor gajah! :)
Ok. aku taklah rindu sangat since aku sering datang sini tapi bila datang sini bersama rakan, suasana dan perasaan jadi lain :) rasa teruja. lagi :)
Rindu segenap ruang alor gajah yang dulu jadi tempat permainan aku dan kawan-kawan aku dulu.
rasa kurang teruja bila bas tak masuk ke lorong Uitm Lendu tapi teruja kembali semula.
bila bas masuk melalui Kelemak :) ada rollllllerrr coaster! yeah :)
walaupun cuma melalui dihadapan Uitm, itu pun dah cukup memadai.
jeritan dan senyuman dah mula terukir di setiap bibir bekas pelajar uitm lendu :)



sepetang bersama warga emas di Rumah Kenangan Cheng, Melaka.
ini bukan kali pertama aku ke sini. menyingkap memori event semester 6 :)
sebelum bertemu warga emas di sini, adalah ceramah tentang mereka.
kasihan.masih ada lagi manusia yang sanggup buang ibu-bapa mereka. pelik.
warga emas, memang patut mereka disayang walaupun sikap mengada mereka dah wujud kembali. tak salah kalau nak dilayan kan?

check in di Emperor Hotel, Melaka :)
Nampak hebat juga hotel. Room number 1315. level 13 :)
aku berkongsi bilik bersama Yus dan Bill. berdekatan dengan bilik Azfa dan Neena.
dan aktiviti malam ini adalah bebas! jadi,jom lah kita pusing satu melaka :)

cuma berjalan kaki, kami menuju ke Jonker Walk. rindu. dah lama tak jejak kaki ke sini.
walaupun bukan ada apa pun, tapi suasana. itu best :)
jalan lagi ke arah Asam Pedas Claypot :) lama tak pekena asam pedas kat sini.
tapi entah kenapa perut aku tak mampu nak terima asam pedas ni. ruginya! :(
mungkin angin dalam perut dah tendang semua selera aku keluar. urgh.





ah, jauhnya jarak kedai makan ni dengan hotel, tak payah nak cakap.
patah balik, lapar balik :) tapi tak kisah lah. yang penting berjalan malam-malam.
angin, suasana dan rakan-rakan. hilang rasa penat :)








26hb Mac 2011
pagi tu sepatunya ada aktiviti explorace. tapi apakan daya, mata tak terbuka disaat waktu yang betul. maaf :)
tapi untuk sarapan, mata kaku terbuka luas. makanan kot. sedaplah free!
"yus, jomlah sarapan. ada koko crunch dgn susu"
"kau nak makan koko crunch tu, baik kau balik shah alam"
sarapan dengan sepuasnya. sampai penuh meja dengan pinggan :)
cadangnya nak ke Dataran Pahlawan lagi-lagi ikut perancangan, petang akan ada shooting utk production. tak vacation lagi sebenarnya :(
jadi, pulang bilik dulu dan TIDUR :)
tengahari bergerak ke Dataran Pahlawan. dan kali ini tak mampu nak berjalan kaki.
panas koootttt! teksi lah jawapannya :)

petang dah mula bersiap. aku masih buntu cara mana aku patut pakai. urgh.
make up pun tak perlu menyerlah sangat. aku tak suka muka aku dimake up tebal.
pelik jadinya. tapi sempat jumpa cotekkkk. RINDU :)
walaupun cuma sekejap sebab cotek hilang dibawa lari si gila ni, tak kisah lah.
yang penting dapat peluk cotekkk :))

jom singkap gambar malam tu :)

























dan habisnya berseronok dimajlis makan malam, tiba-tiba ilham datang. jom karaoke! :)
dan yang seronoknya, kami 11 orang pergi karaoke dan berseronok hingga pagi :)
dengan memakai pakaian dinner :)
dan teruja sangat bila dapat menjerit secara beramai-ramai. hilang tension. sumpah!








27hb Mac 2011
pagi, sekali lagi bangun lambat dan kali ini tak sempat nak makan koko crunch dengan susu :(
bangun je dah kelam kabut mengemas untuk check-out.
tak nak balik boleh? :(
singgah ke Dataran Pahlawan untuk lunch. kutip segala kenangan yang ada sebelum pulang.
selamat tinggal Melaka. saya akan rindu awak lagi.
dan sekarang ini, aku rindu nak ke sana :(

p/s : dan malam itu seronok juga. walaupun cuma seketika, minum teh panas bersama di bawah lampu. ok. itu best sebenarnya walaupun dah lihat mata awak merah mengantuk :)

bye :)

No comments: