Sunday, July 10, 2011

awesome 2 days at konsert SORE di Kuala Lumpur ft TILU & COUPLE :)

harini aku dah selamat sampai di Johor Bahru selepas bertarung dengan jammed yang sesak akibat pem'bersih'an. kadang-kadang naik marah jugak aku. stuck in jammed for 2,3 hours for nothing. pergh.

ok. bukan nak cerita perihal tu, tapi ini. ye. ini.
Konsert SORE di Kuala Lumpur ft TILU & COUPLE di Bentley Music, Damansara.
kalau entry before ni aku promote poster & tiket, kali ni nak bercakap tentang konsert ini pula.

6 Julai 2011

call time for crew 3pm. nak setup everything. bahagian technical bukan untuk kami lah. first, our producer, Asyiq dah brief awal-awal job scope masing-masing & me, kena jaga artis + interview them. gila kau tak nervous.
tapi for today, tak banyak kerja yang kitorang buat sbb more to technical & banyak barang kena setup. sepatutnya hari ni soundcheck Couple tapi dibawa ke esok sebab everything tak settle.
dan disebabkan technical tengah buat kerja, apo lagi, sebelah IKEA, berdepan dengan TheCurve. tipulah kalau tak berjalan kan.
so, dapatlah sempurnakan mengidam ni untuk makan meatball :)
oh, lagi satu. lagi satu, gatal nak check bank. oh, gaji saya dah masuk! miahahaha. eh, alhamdulillah


setup technical, pentas & floor dah hampir settle tapi auditorium closed at 8pm. so, kena stop 8pm lah. after that dinner dengan Atilia & her PA, en. Azhar. terima kasih sebab belanja we'oullls :)so, bercerita tentang perihal dunia artis dan politik. tersebut pasal group Gula-Gula. ohmaigod. tawakal weyh nak bercerita tentang mereka. M-POP lah katakan. how come lah boleh menyanyi dengan pakaian yang sangat menjolok anak mata tu depan menteri? anda fikir mereka cool? hell no!

7 Julai 2011

call time untuk hari ni pukul 9.30 pagi. merangkak jugak lah nak mandi pagi-pagi kan walaupun aku dah biasa, tapi penat beberapa hari ni masih ada saki baki di badan.
walaupun sarapan dah disediakan pihak produksi, aku lagi suka sarapan di Q Bistro depan Bentley Music ni. dapat pekena omega half boiled egg pun sedap :)

tapi kami tak buat apa-apa pun selain briefing lebih details pasal SORE, TILU & COUPLE.
then, melihat Tilu & Couple soundcheck. tahan sejuk gak lah duduk dalam auditorium tu.


Tilu Soundcheck. see there, Amira, vocalist Tilu. suara dia cool jugak untuk menanyi live :)


tengah kesejukan dalam auditorium sambil tonton Couple & Tilu tengah soundcheck.
see our producer at the back. kalau ambil gambar, senyum kemain dia. tapi kalau kerja, wooo beribu kerut kat muka dia. serius! serius! :)


see, see. muka penat satu hari tidur tak cukup. mengantuk gila gaban.




souncheck SORE. cantik kan lighting mereka. macam 3D gua cakap lu.
tu ada kepala dua tengah duduk tu ialah Atilia & Dimas (Hujan) :)

then, after SORE datang jam 3lebih, soundcheck, then kami diberi waktu rehat before concert yang akan start around 7.30pm for registration.
so, sempatlah makan mee sua, xxl chicken crispy & seafood tempura shihlin Taiwan ni.
sedap :) lama tak makan. kat JB ni, gua ngadap makanan hospital dan makanan rumah. simple je kan.



sebelum concert. mengabdikan kenangan dalam bilik artis. sebelum artis duduk, baik kitorang duduk dulu :)


gambar depan pintu bilik artis. teka siapa belakang tu :)
itulah Mira, vocalist Tilu. aku tak ajak pun dia bergambar. dia yang nak sangat masuk :)


di meja registration :) hasnor & yusmirnadia.
hasnor bajet hensem dowh. dia sangat seronok dapat bergambar dengan mizz nina :)


hasnor & mizz nina. sama muka kau dengan dia.
kuat jodoh ni. hahaha XD


7.30pm dah ramai datang. aku, yus & bill menjaga pintu untuk artis. sebelah meja registration. dapatlah cuci mata sikit. tapi nampak artis, kena lah buat cool je kan. takkan nak menjerit. artis pun orang jugak. antaranya, Yasmin Hani, Imran Ajmain, Awi Rafael, Noh Hujan, Mizz Nina, mama Atilia yang sangat daring hot gojeh wa cakap sama lu, Salamiah Hassan & few yang aku mungkin tak kenal.

tapi jaga artis tak sesenang dan seperti aku jangka lah. kadang-kadang naik marah jugak, tapi itulah. sabar je lah. tapi yang bestnya, dapatlah aku tengok konsert free walaupun aku tak kenal siapa itu SORE :)


performance from SORE. mu nampak dop kepala yang banyak2 tu.
gila ah. last song, mereka ramai2 berdiri depan pentas.
after the show, mereka boleh jerit 'we want more!'
& disebabkan ke'cool'ness SORE, they sang one more song :)


konsert berakhir dengan meriahnya. can u imagine, kami letak sit for 300 peoples sebab Atilia takut nampak kosong kalau tak ramai datang. tapi kena tambah kerusi time concert sebab ramai berdiri tak dapat duduk.

after concert, aku, yus & bill have to manage an interview with those artists untuk rakaman CST Production. eh, kenal tak CST tu? mereka banyak cover wedding dan antaranya perkahwinan Siti Sarah & Shuib Sepah . bekerja dengan mereka sangat best! sporting gila dowh mereka :)

interview session with Tilu, Couple, Atilia, Dimas (Hujan) & Sore. feeling i'm the professional braodcaster for tv station :)
mengInterview Sore, indonesian indie band yang agak famous di Indonesia. mereka sangat funny and best.
actually we didn't expect any payment pun. just need some experienced being in this industry.
tapi rezeki kan, dapatlah sikit untuk makan anak beranak. terima kasih kak Atilia :)


OTB production + CST Prodcution + Atilia :)
they was awesome!

the showcase berakhir dengan sangat seronok. even penat, itulah kerja produksi.
kerja yang bakal aku hadapi kalau memang aku bekerja dalam industri macam ni.
sampai rumah dah jam 2,30 pagi. kalau aku dah kahwin, mesti laki aku suruh tidur luar. hahaha



OTB Production crew. thanks guys! great day with u'ollls.
gonna miss u'olls! :)


bye :)

No comments: