Friday, July 15, 2011

takdir kita tak serupa.


hidup di alam kerja, biarpun tak se gah mana, adalah juga inputnya.
input yang kadangkala membantu cara kita berjalan dalam kehidupan seterusnya.

siapa sangka, anak sekecil 2,3tahun diletak dalam wad berlilitkan wayar dan jarum sana sini.
sedangkan kanak-kanak sebaya mereka sedang berlilit kegembiraan bermain gelongsor di luar.
takdir kita memang tak sama. aku syukur zaman kanak-kanak aku sempurna.

siapa sangka, ibu seusia ibu-ibu kita, memiliki anak hyper-active. memiliki anak sindrom-down.
even bilik sekecil bilik promosi kat hospital pun boleh dia round 7,8 kali tanpa berhenti dan penat, macammana kalau di rumah yang luas. menitis peluh si ibu nak tangkap.
aku syukur aku dilahirkan sempurna tanpa cacat cela.

siapa sangka kita dilahirkan dalam satu kehidupan yang kurang berkemampuan.
mama ada cerita, ramai pelajar sekolahnya pakai kasut koyak.
bukan calang-calang punya koyak yang konon nak tunjuk gengster lu langsi lu mati, tapi mmg koyak akibat usianya.
"ibu kata nak belikan kasut bila ada duit nanti" jawapan yang sama mama dengar sejak 1tahun lalu. dan bukan hanya dia tapi puluhan lagi yang senasib.
bila diberikan kasut baru, tak kisahlah harganya, janji kasut tu putih berseri. terpancar seri muka.
dan aku syukur aku dilahirkan dalam keluarga walaupun tak sekaya tapi masih mampu.

siapa sangka perkahwinan kita tak sepanjang jarak kita bercinta.
dan kesudahan tu buat kehidupan anak-anak terganggu.
sehingga kita sendiri boleh stress hingga terfikir utk bunuh diri.
perlu berdepan dengan pilihan yang sukar. kecurangan, perpisahan. semua jalan yang bukan kita minta.
bergaduh hampir tiap hari. terjerit sana sini sampai jiran dengar jelas butir yang keluar dari mulut.
aku bersyukur keluarga aku masih sempurna tiada pergaduhan dalaman mahupun di luaran.

siapa sangka, kejujuran kita berakhir dengan kekejaman.
atas dasar jujur, dibuang kerja. kan salah selok beloknya tu.
dunia. semua berlaku atas alasan. kadang-kadang perkara yang baik akan terjah bila habisnya yang jahat. tunggu sahaja. semua dah ditentukan.

dan sekarang bila difikir balik, kenapa perlu mengeluh dengan apa yang kita lalui.
kadang-kadang rasa kenapa dia macam tu, aku macam gini.
bestnya jadi macam tu.kenapa aku tak jadi dia je.
sweetnya. bestnya kalau dapat bf macam ni.. kenapalah bf aku tu macam tu.

dan setiap kali terpaculnya ayat begitu rupa, cuba renung, ada yang lagi yang lebih teruk.
setiap orang kan punya keistimewaan masing-masing.
kadang-kadang manusia yang kita impi untuk jadi sepertinya tak semegah yang kita nampak secara kasar.
terima je lah. takdir kita tak serupa. kalau sama, cuma kebetulan. caranya akan berbeda.
tapi tak semestinya kita tak bisa ubah takdir.
sebab tu anak sekecil 2,3 tahun itu mendapatkan rawatan utk sihat.
sebab tu anak hyperactive,sindrom down diberi kelas khas utk menjadi lebih kreatif dan hebat.
sebab tu dia usaha bantu keluarga menyara dengan menjual nasi campur.
sebab tu dia dapatkan khidmat kaunseling dan bahagia hingga kini.
sebab tu dia belajar dan menjadi seseorang sekarang.
sebab tu terjadi apa yang terjadi sekarang :)

kerja berhadapan ramai orang mengajar aku untuk lebih positif.
dan siapa sangka perkara macam tu boleh berlaku. percaya je lah.
sebab aku berdepan dengan pelbagai personaliti di ruang pekerjaan aku tu.

bye :)

No comments: