Cinta si lalang

ah. topik pun copy dari Hot.fm AM Crew tadi.
baru terdetik semalam tentang hal ni. pagi ni dah dikeluarkan tajuk sebegitu.
ada jodoh lah kita wahai hot.fm ;)

Cinta Lalang ni macam... hm.. macam.. lalang lah.
ditiup ke sana, akan ke sana. ditiup ke sini, ke sinilah dia.
ada satu pendengar cerita dia bercinta dengan 2 orang. bila putus pun, cari lagi 2 orang.
bila dah bertunang, masih punya lagi yang lain. tak pernah rasa cukup.

bukan lah nak cakap "pehal seyh pompuan ni macam ni. gila ke"
tak. sebab, biasalah. benda tu lumrah kot ;)

cuma nak tekankan kenapa boleh timbul si lalang ni?
ada faktor dan sebabnya. aku cuma nak kata apa yang aku rasa sebagai seorang perempuan.

Terlalu terkongkong. mungkin. bila kira rasa dikongkong lebih, rasa nak bebas.
bila nak bebas, terpaksa menipu. kan? call 24 jam. message tak pernah lekang.
gua pun bosan rasanya. tapi bila dah terlalu bebas sangat pun susah.
rasa tak berperasaan lah pula kan.takut kena pijak kepala.
bila dah biasa tak call, message, nak call sekali pun susah -.-

Rasa marah. ah. dari dulu selalu jadi, bila marah dengan pasangan, mula lah cari seseorang lain.
konon nak balas dendam. "kau buat aku marah kan, padan muka kau!"
lepas tu bila gaduh, "siapa suruh buat aku marah"
alasan lah brooo.

Selalu berjauhan. kadang-kadang jarak ni kejam. tapi kita kena pandai main.
jangan turut terjun jadi kejam. salah perilaku, habis semua.
masing-masing jaga lah. tapi, kena tau juga, bila jauh, komunikasi patut bantu,
apa guna handphone kalau tak guna. baik campak kedai, jual. dapat jugak duit.
apa guna akaun facebook, twitter kalau tak pakai, baik de-activated je. kan?

dan dalam jarak yang kejam ni juga, perhatian tu sangat penting.
kadang-kadang hati ni lemah. bila rasa tersisih, then ada pula yang bagi perhatian, mula lah.
jadi takpayah rasa pelik, kalau tiba-tiba dia yang selalu marah-marah, dah tak kisah kalau tak diberi layanan. sebab mungkin ada yang lain boleh layan ;)

Percaya. biasalah, dalam hubungan, kena ada. tapi lainlah, kalau memang pernah ada sejarah kan.
tapi bila terlalu sangat tak mempercayai, takut rasa rimas plak.
eh, pernah dengar lagu Wali Band, Jangan Kau Tuduh Aku?
ok sikit. "Jangan kau tuduh aku, tuduh aku selingkuh, sedarkah ucapanmu adalah doamu"
cakap 40 kali, jadi betul. lepas tu takpayah bising kalau dengar "asyik tuduh aku je kan, biar aku buat betul-betul. padan muka kau"

Seronok. ada juga yang memang gila saja suka-suka buat koleksi.
nak hilangkan bosan. alasan lagi. manusia tak pernah lekang dari alasan kan.
takpayah lah. nanti karma macam mana? hidup kan macam roda.
ada atasnya, ada bawahnya. berputar.

sendiri kena tahu, apa baiknya, apa buruknya.
aku bukan cakap perihal aku. tapi tentang si lain.
nak salahkan siapa kalau jadi macam ni? ambil cermin, tanya pada cermin.

bye :)

No comments: