kisah hati si pemilik hati

ini bukan kisah aku. bermaksud bukan kisah hati aku.
tapi disebabkan aura bosan dalam hospital ni, buat pertama kali, aku jenguk blog kakak.
terpandang satu ceritera entry beliau yang agak menarik.


kejap kejap, aku nak copy paste sedikit je ayatnya.


awak..
ingat tak dulu saya pernah tanya awak.
kenapa awak nak duduk dalam hati saya sedangkan awak ada rumah ?
lepas tu awak jawab.
awak kata hati saya selesa.
awak dapat kasih sayang yang cukup.
awak rasa bahagia duduk dalam hati saya.
dan awak berjanji akan jaga hati saya mcm rumah awak sendiri.

Link full article : Kisah Hati Warkah Si Kepoh


ok cukup. aku tak tau ini ayat dia atau copy paste lain. tapi aku suka.
ok. aku admit, agak hampir bergenang jugaklah. entah tersentuh mungkin.

kalau try tanya abe we, apa dia jawab?
ohh aku pernah tanya. bukan hanya pada dia. tapi pada semua sebelumnya.
kenapa aku? seramai-ramai manusia hanya dia yang kata "sebab kau bodoh. kau tak cantik"
"kau memang pandai, dari segi akademi. tapi hal hidup, banyak lagi kau tak tau"

jawapan yang tak pernah aku anggap betul tapi aku terima.
sebab cuma dia lihat sisi lain seorang aku.
kadang-kadang kita lebih suka yang bukan tipikal kan. sebab itu buat hidup lagi seronok.
dan cara handle si dia yang bukan tipikal memang tak mudah.



dan aku rasa apa yang kakak aku rasa sekarang ni..
mereka perlu masa. mereka perlu ruang.

bye :)

No comments: