super tired.



hari ni lemau gila. bukan buat apa pun.
cuma penat layan kerenah orang sekeliling. sebab hari ni Hari Bertemu Pelanggan HSA.
tapi penatnya, entah kenapa.
dan masih berfikir nak pergi check up ke tak. macam malas.
rasanya takde apa kot. biasalah.

still mengantuk lagi. sampai sekarang. detik ini.


"i takde kerja. makan pun takde. duit cukup untuk balik"
"haiyo. u kena makan. macam mana mau dapat tenaga. gula pun takde"
"gula hah?badan pun tak kuat. sudah 3 bulan, satu kerja pun takde. duit sudah habis"

.....

"i tinggal dekat petrol pam yang sudah tutup tu woo"
"ohh. yang ada jual2 makanan tu?"
"haha *nampak teruja. jommlah!"
"eh, kerja maaa.sy balik petang"
"aiyo, ini tempat u punya kan, u jaga. u tutup, baliklah"
"tak boleh, nanti bos datang check, i kena marah"

.......

"nanti i boleh datang jumpa u lagi ka?"
"nanti cuti raya lah"
"lama lagi. lagi 2 minggu kan"
"lepas raya, i takde. sudah balik KL maa"
"aiyo, i baru kenal u, u sudah mau balik sana ka?"
"sudah dapat sana. takpelah. nanti ada orang ganti i, u jumpa dia lah"
"eh, u ingat senang2 i mau cakap sama amoi ka. i punya mata tak tipu. mata i tau yang mana cakap boleh percaya punya. u bagus haa. tengok u punya mata, u punya senyum, i pun otak tak sakit tau. rasa senang"

.......

"i nak jumpa bos dulu. i kena tutup ini bilik"
"ohh ok. u balik sini lagi?"
"tak tahu. tengok bos lah"
"i balik dulu lah"


puncanya sebab aku terlalu concern tengok dia macam nak pitam. kan dah merepek dia berbual dengan aku -.-
makin bertambah pening kepala. layan jelah.

gaji dah masuk cuma yang diharap takde menjadi. taknak mengeluh. tapi terrr keluh.

bye.

No comments: