Universal Studio Singapore with ♥


BEWARE. entry ini entry panjang dengan gambar :)

passport settle. tiket bas dah book. tinggal nak pergi je :)
thanks kawan Mama sebab buat aku takpayah beratur panjang nak buat passport :)

pakej Odyssey yang boleh didapati bawah bangunan Tune Hotel Danga Bay Jb.
harga pakej RM195 weekdays. Rm205 weekend. pakej termasuk bas pergi balik & tiket USS.
aku rasa pakej ini dah cukup murah dah. boleh pilih time yang kita nak pergi.
korang akan disediakan tiket USS, pass tiket bas, dan borang utk imegresen Singapore.
make sure jaga dan jangan hilang :)

dan aku pergi jam 8.30 pagi. yang bagusnya, bas memang bertolak jam 8.30 pagi. bukan janji melayu.
first, berkumpul di Tune Hotel dan terus dibawa ke Sultan Iskandar CIQ.
check passport pun sekejap je. sekarang kan teknologi :)
make sure ingat no plat bas. sebab bas tunggu di bawah. korang pandai2 lah cari sendiri.

then, dibawa ke Woodlands Checkpoint Singapura. check passport di Imegresen Singapore plak.
melalui langkah yang sama dengan Malaysia. bas pun akan tunggu di bawah.
proses ni sekejap je. jangan risau :)

then bas akan terus bawa ke USS. lambat atau cepat sampai, itu kena ikut traffic kat sana lah.
mana-mana negara pun mesti ada traffic jem nya kan :)

USS
tiket dah dapat. takpayah beratur panjang nak beli tiket lagi.


ambil lah gambar. apa lagi :)


seronoknya sebab terserempak dengan Natrah :) yayy!



make sure korang ada Studio guide ni utk jadikan panduan ok :)

masuk entrance, lalu bandar Hollywood. seronok :) kiri kanan macam overseas :)





kalau nampak ada orang tengah cuba-cuba topi tu, pergi je ambil.
jangan risau. takpayah bayar pun. ambil, pakai, snap picture. dah :)



seterusnya lalu ke New York City. macam ala-ala tempat Spiderman tu.
si gila Cech ni tak habis feeling. "Mary Jane!" wtv! :)





nanti korang masuk ke Sci-Fi City. ala-ala robot berteknologi :)



ada permainan Accelerator yang bewarna kuning. ala-ala main cawan pusing-pusing kat funfair tu :)
tapi yang ni laju. pusing pusing. pening woo!




bersebelahannya pula, ada Battlestar Galactica. ada 2 high-speed roller coaster.
aku sempat naik yang red-track punya. lepas naik pun dah pusing pening.

semua game dalam USS semua kena beratur panjang. yang bagusnya, walaupun panjang, korang takkan tunggu lama pun. dan di hadapan setiap game, mereka dah tunjuk estimated waiting time. so, korang bolehlah bajet masa kan :)


gila babs lah best! make sure korang tak makan before naik roller coaster ni.
kalau tak, memang sure keluar semua isi perut :)

jadi, sebab dah tak tahan, battery pun dah low dengan kepala pening terus cari makanan.
kat sini banyak restaurant. lalu di bahagian Ancient Egypt.



dan seperti biasa, kalau korang nak ambil gambar dengan semua pelakon yang bermake up tebal ni, kena lah beratur. tak lama pun :)

terusnya, kami ke Jurassic park. tak masuk pun. cuma terus menghala ke Discovery Food Court.
lapar punya pasal. tapi make sure, korang JANGAN masuk tempat ni. sebab NON-HALAL.
nasib baik pekerja kat situ bagitau kami. thanks :)
so, jangan lupa bertanya ok. tak semua halal kat situ ;)



next station, tempat yang paling comel dalam ni! Far Far Away :)







ini lah Goldilocks restaurant. ala-ala fast food. satu combo standart harganya around 10.50Dollar.





ni food yang kitorang ambil. korang kalau nak makan burger, amek crispy chicken burger.
jangan ambil grilled chicken burger. sebab crispy punya lagi sedap. haha :)

jalan-jalan lagi jumpa si kucing comel ni. pussy boots :)



ohh. dia sangat comel. tak kisah lah kena beratur pun. tunggu! janji dapat peluk kucing comel ni :)

next ke Shrek 4D. kena tengok! kena kena tengok! sumpah seronok.
you'olls akan rasai sendiri wayang dengan gerakan kerusi dan semburan air dan angin!





next ke Madagascar. seronok si Cech ni mencari Alex. baru aku tau dia suka Madagascar. haha
tak padan betul. bajet rock. tapi suka Madagascar. gegel gua tengok lu. haha



then, lepas window shopping kat Penguins Mercantile, terus ke Madagascar: A crate Adventure :)
kat sini ada river boat ride. menyusuri sungai yang ada macam-macam dalam gua tu. best! :)

lepas tu pusing je lah sepanjang tu. masuk je semua kedai. tak rugi pun masuk :)
ini SuperStar Candies :)









jom review gambar :)









seronokkan. then, habiskan lah masa korang kat sini sampai malam.
pusing je sepanjang tu dan cuba semua game. takkan ada yang takbest. semuanya best!
dan kitorang sempat tengok Monster Rock Concert! :)





kami juga tonton Light, Camera, Action! dalam ni, kitorang tengok macam mana keadaan hujan ribut petir dalam filem yang hanya dilakukan dalam studio. berapi-api! sumpah seronok tengok depan mata. real gila! kalau depan mata nampak real, dalam tv macam mana kan. :)



dan yang paling seronok bila abe we jumpa abe Apek! :)





terus berseri-seri mukanya. almaklumlah. jumpa kawan sekampung ;)
pergh. korang kena tengoklah seyh muka berseri2 jumpa Apek ni. terus hilang muka penat.
weyh. Khairul Fahmi ni buka salah satu character yang korang boleh jumpa kat USS ni tau.
jangan plak datang USS cari Apek ni. takde Harimau Malaya punya team kat sini.
ni terjumpa beliau sebab mungkin dia tengah nak bawa diri. mungkin! :)

bas kami tiba jam 9.30 malam. tapi sempat lihat pertunjukkan bunga api pada jam 9mlm.
bunga api ni sebagai penutup USS. berdentam-dentum jugaklah bunyinya. hebat! :)

waktu pulang, seperti biasa, melalui proses Imegresen sama seperti ketika tiba.
badan dah collapse tapi kenangan itu seronok.
sebelum ni selalu melancong dengan family. kadang-kadang rasa independent lah plak macam ni :)



next holiday? Fath ajak ke Bandung. dah usul ke Mama. mama diam rilek je.
kawan-kawan, diam tanda apa? setuju kan.

nak tengok banyak lagi gambar, jom ke album USS with ♥

bye :)

No comments: