perit



aku punya rasa.
rasa yang cukup perit untuk gambar.
tapi rasa perit ni juga yang aku cuba sembunyikan.
tapi aku tak pernah kisah sebab perit itu yang aku pilih.

perit ini sentiasa ada.
meski jauh, meski dekat. masih sama.
tika aman, mahupun tika gelora. rasa itu tetap sama.
ianya perit. sehingga aku tak mampu kawal emosi.

tapi itu dulu. sebelum kau ajar aku.
kini, aku punya cara. cara aku sendiri.
untuk yakinkan, perit kita sama rata.
ianya ada. bila aku singkap.

terima kasih. cara kau banyak bantu aku.
untuk lebih senyum seorang diri.
dan kalau kau tahu, rindu itu sangat perit.

p/s : gitar kau di tangan aku. tapi aku rindu tangan yang selalu petik gitar itu. dan kalaulah kau tahu.

bye
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: