Wednesday, February 8, 2012

ayah dan ibu



betul orang kata "ibu boleh jaga 10 orang anak. tapi adakah 10 orang anak itu boleh jaga seorang ibu"

apa yang aku cuba coretkan adalah nota untuk diri aku juga.
bila sudah berkahwin, berkerjaya, mampukah nak menjaga ibu yang makin tua dimamah usia?
kalau nak ikutkan kisah ni, kita selalu tengok dalam bentuk drama.
dan bila drama, aku anggap itu cuma rekaan untuk dapatkan sejumlah penonton.

tapi bila berlaku secara direct ataupun dengar kisah sebenar secara langsung,
maka itu memang terjadi dalam dunia realiti.
sebab tu adanya rumah orang tua. dan yang paling sadis, rumah orang2 tua makin bertambah.

dan apa yang aku cuba nak sampaikan, lebih-lebih lagi pada si lelaki.
bukan nak letak beban atas anak lelaki. cuma bila beristeri, kenalah pandai bawa diri.
tanggungjawab suami pada si isteri dan tanggungjawab anak pada si ibu.

pernah dengar kan kisah Aqamah yang sewaktu hayatnya Aqamah melebih-lebihkan isterinya berbanding ibunya yang sudah tua sehingga ibunya berkecil hati. Itulah sebabnya Aqamah tidak boleh mengucap.

ok. itu kisah teladan. kau lebih kenal ibu kau, kau juga kenal siapa isteri kau.
takkan untuk ikutkan kehendak si isteri, sanggup abaikan si ibu? sanggup percaya kata2 si isteri yang fitnah si ibu? dan sanggup jadi penipu, hanya kerana nak mewahkan si isteri.
dan, masa itu aku rasa lelaki itu dayus. sangat dayus.

aku wanita. aku juga mahu itu ini. tapi aku tahu tahap mampu/tak mampu bila meminta.
dan aku harap bakal teman hidup aku, sila jangan dayus.
kalau rasa aku melampau, sila tampar aku.

aku simpati bila dengar cerita berkisarkan tentang ini.
dan kalau aku punya kuasa untuk menghukum, maka tidak hidup lagilah wanita tu di muka bumi ini.
haih. kalaulah membunuh itu tak berdosa.
orang bagi betis, nak peha. orang buat itu, kau juga begitu. orang buat ini, kau buat lebih dari ini.
dan kalau kau tahu, ada pertengkaran, hanya kerana nak mengikut kehendak kau. memang ada.

manusia. manusia. silalah bersyukur dengan apa ada.
hidup bersenderhana dengan titikpeluh sendiri kan lagi bermakna. daripada berhutang. kan?

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: