semua pasti ada childhood memories, school memories, college memories even love memories.
sebab otak kita tak pernah berhenti untuk mengingati even kita cuba untuk lupakan.
unless, kau pergi hantuk kepala dengan kuat dan berdoa kepada tuhan untuk hilangkan ingatan.
dan aku pernah kata, aku benci memori. sebab satu benda yang pasti, memori itu tak akan kembali.
macam sadis kan. tapi sebenarnya memori tu yang buat kau senyum kelak.
even memori buruk mana pun, kau akan senyum dan kata 'apa lah bodoh sangat'.
tiba-tiba aku teringat kisah memori zaman sekolah.
kalau nak ikut zaman sekolah rendah, aku memang cukup rendah.
bersekolah darjah 1 hingga 6. Sek. Ren Taman Tun Aminah 2, JB.
"kecil kecil cili padi" <--- cikgu Premalatha cakap.
bila aku didenda tampar mulut sendiri sebab banyak sangat cakap dalam kelas -.-
kalau nak senaraikan nama kawan2 sekelas, boleh kata aku ingat semua nama.
dan mereka ada yang berubah. lain. sangat berbeza macam mana yang aku kenal dulu.
dunia berubah. orang pun perlu berubah.
dan aku ingat lagi, aku crush dengan sorang budak. no one know.
and aku nak bongkarkan ni, nama dia Fazreen Shah. aku suka dia.
budak kecil taktahu pasal cinta. that's why aku considered aku SUKA dia. tapi tak dilayan -.-
dan sampai sekarang aku banned dia. haha. takde kena mengena. joke! :)
dan aku terpisah dari dunia kanak-kanak aku bila aku membesar sebagai remaja, di dunia lain.
kawan-kawan aku sekolah berdekatan, aku tercampak jauh di bandaraya.
taklah jauh sangat. memulakan umur 13 tahun aku di Sultan Ibrahim Girl School (SIGS)
berkenalan dengan Najjia, Fateeha, Syalira, Fatimah.
makin lama makin berkembang hinggalah gadis PAMA muncul.
"fadhilla baik je. dia ni pendiam" <--hari terbuka tingkatan 2.
"hah? pendiam? pelik" <-- mama -.-
"fadhilla ni suka tidur dalam kelas saya. <--- hari terbuka tingkatan 3
mama tak cakap apa-apa. dalam kereta baru mama cakap. MACAM-MACAM -.-
cabut sekolah, ponteng kelas. tipu kalau korang tak pernah buat.
aku salah seorang. dan disebabkan muka inoccent dan badan yang kecil, aku agak berjaya.
berjaya menyelamatkan diri dengan menyelinap di sebalik budak-budak junior.
"bila mama start kena panggil pergi sekolah, tukar sekolah"
satu-satu ayat mama yang buat aku takut. sebab tu, aku buat hal besar mana, jangan sampai mama tahu.
gadis PAMA banyak bantu aku beritahu makna SAHABAT dalam cara yang berlainan.
takdelah dyorang pi terangkan SAHABAT tu apa. tapi dari segi perbuatan secara tak langsung.
once kau kena denda, semua akan kena. kata kawan. takkan nak tinggalkan.
banyak aku belajar di sekolah sehingga bawa ke universiti dan sekarang ke alam kerja.
banyak juga pengalaman yang aku timba yang buat aku jadi manusia.
manusia yang kuat dan kenal apa yang ada depan mata.
terima kasih memori :)
bye :)
fds
written by fadhillasamsudin
No comments:
Post a Comment