Tuesday, July 10, 2012

Kesempurnaan


Tiada siapa boleh cerita tentang sempurna, sebab tiada orang yang sempurna. 
Setiap manusia ada lemah dan kuatnya mereka. 
Jadi siapa kita untuk kategorikan sesorang itu sempurna mahupun tidak. 

Kadang-kadang dalam hidup ini, walau apa jadi sekalipun, kita kena kuat untuk hadapi. 
Segala kemungkinan memang boleh berlaku. 
Tapi kenapa kita mengaku kalah sebelum tiba masa? 
Mengaku kalah sebelum mencuba. Itu dayus. 
Dayus dalam konteks ni berpihak pada lelaki mahupun perempuan yang pengecut dalam mencuba sesuatu untuk diri sendiri.
Kuat untuk diri sendiri dan kuat untuk orang lain. 
Atau kita lebih suka duduk seorang diri dan biarkan teman sekeliling sedih melihat kita yang terkurung dengan perasaan sendiri? 
Suka melihat orang lain sedih disebabkan kita? 
Takde orang yang suka begini. 
Atau aku boleh kategorikan mereka sebagai selfish atau pentingkan diri sendiri.

Ujian yang tuhan beri memang selalunya buat kita rasa taknak hidup lagi. 
Tapi itulah ujian yang hanya menguji sejauh mana kesabaran kita. 
Dan sebenarnya kitalah yang sempurna bila mendapat ujian itu.
 Sebab maksudnya tuhan masih sayangkan kita. Tuhan masih ingat pada kita. 
Kan setiap ujian itu menghapuskan dosa-dosa silam. Kan?

Ajal, maut, jodoh, pertemuan semua di tangan tuhan. 
Takdir semua dah tertulis. Kita teruskan hidup dengan tawakal dan usaha yang semampunya kita buat. 
Kita boleh berkawan seramai, selama mana kita mahu. 
Tapi bila perpisahan itu sudah tertakdir, siapa kita untuk melawan. 
dan kenapa kita samakan takdir kita dengan orang lain sedangkan kita tahu takdir itu berbeza?
cuma diri kita sendiri boleh jawab.
dan semua tak sempurna, tapi ada yang cuba untuk nampak sempurna.
tak salah kan? sekurang-kurangnya mereka tak dayus untuk mencuba.

Kalau seseorang itu baik untuk kita, dan dia akan datang untuk kita. 
Jika tidak, biarkan dia pergi.

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

1 comment:

Hitam-kertas-Putih said...

Penjelasan yang baik.... ^_^" ... terima kasih.....