Saturday, July 28, 2012

kisah hidup


 Setiap orang ada kisah sendiri.
Sama ada kisah pahit, manis, terang atau gelap.
Bila kisah manis, kita tak pernah ralat untuk ceritakan pada semua.
Dan bila tiba kisah hitam timbul, semua membisu. Kalau boleh taknak dikenang lagi.
Dan kisah hitam itu juga dijadikan pengajaran dalam hidup.

Tapi bila ada manusia yang tak bersikap terbuka, menganggap kisah hitam sebagai satu kesilapan.
Kesilapan yang tak boleh dimaafkan.
Kesilapan sebagai alasan bodoh dalam penerimaan.

Memang bukan senang untuk terima cerita kisah hitam.
Tapi semua orang ada kesilapan mereka sendiri.
Siapa yang tak pernah buat silap? Siapa yang tak pernah buat dosa?
Mohon mengadap aku sekarang.
Semua orang tak sempurna kan.
Jadi kenapa kena pandang kisah hitam orang lain sebagai satu batu pengukur diri dia. Siapa ajar kau?

Walaupun kita tau tak semua mampu terima kekhilafan kita dulu,
Tapi bila keadaan dah berubah, kenapa masih terpalit dengan cerita lama? 
Kenapa masih tertinggal di zaman lama?
Kenapa tak boleh terima yang kini tanpa ungkit kisah lama? Kenapa?

Sebab manusia suka cari alasan.

Aku punya kisah bodoh aku sendiri.
Aku punya kisah hitam aku sendiri.
Aku punya diskriminasi kerpercayaan aku sendiri.

Dan memang aku rasa bodoh dengan kisah aku.
Tapi jalan aku dah berbeza berbanding dulu.
Super duper berbeza.

Dan aku rasa kalau kau boleh terima siapa aku kini, kau boleh terima siapa aku yang dulu. 
mungkin ada yang tahu kisah aku.
mendengar dan melalui kisah itu sendiri berbeza rasanya.

dan boleh aku gambar, kisah aku agak perit?
dan bukan senang menjadi seorang fadhilla nadzirah yang suka membiar dan memendam.

susah bukan?

 hensem nya kau!

takde kena mengena. saja cari mood gembira. haha :D

bye :)
 
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: