pengalaman itu pengajar



orang selalu kata pengalaman tu pengajar yang paling hebat dalam hidup.
manusia ni kan selagi tak berlaku, kita takkan belajar.
sama juga dengan belajar dari kesilapan. itu juga di kategorikan sebagai pengalaman kan :)

ini juga sebagai satu pengalaman. dan memang telepati seorang ibu, sangat tak menggalakkan aku pulang JB seorang diri, malam hari.
kalau ikut kepala aku, selesai kerja, memang aku terus gerak pulang JB.
malam lebih tenang untuk aku bawa kereta. 
dan sebab mama tak sihat, even selesema je pun, aku malas nak buat dia risau.
dan masing-masing pun tak galakkan aku pulang malam hari.
jadi putuskan unuk gigih pulang pagi-pagi buta.
kalau nak ikutkan, baby K aku tu taklah sesuai nak dibawa jauh.
memang dapat pengesahan Farit yang kereta ni memang tak boleh pergi jauh.
btw, thanks Farit uruskan servis baby K saya :)

mulanya, semua berjalan lancar. walaupun agak marah sebab pagi tu semua lagu kat radio tak best.
nasib baik aku boleh dengar gunakan ipod. menyanyi dalam kereta, itu memang hobi aku. haha.
melepasi garisan sempadan negeri sembilan, air-cond tak sejuk seperti biasa.
walaupun agak pelik, aku biarkan je.
melepasi Pedas/Linggi, aku terpandang temperature kereta. its HIGH!
serius, aku tak pernah terfikir nak pandang temperature tu. sebab memang aku tak pernah ambil kisah.

siapa aku nak fikir selain papa? walaupun aku tau kalau aku beritahu, mesti dia risau.
takde pilihan. aku tak suka risaukan orang. rasa bersalah -.-
yang pasti tiba-tiba mamat cina datang tanpa diundang berlagak seperti AAM, PLUS.
nasib aku bukan orang mudah percaya.
pilihan bijak, cari phone tepi highway dan cuba call Plus. sebab itu memang tugas mereka kan.
dan serius, mereka cepat sampai! aku suka servis macam ni :)
so, takpayah lah aku menunggu lama sebab aku benci menunggu.

aku fikir mungkin cuma kurang air. jadi pak cik plus tu cuma tambah air, walaupun dia kata ada problem lain.
sepanjang perjalanan, aku cuma bawa 60km/j. kelakar tak kelakar lah -.-
biarkan lori, bas potong aku dan biarkan mereka pandang macam berkata "hoi, apahal kau lembab!"
panas plak hati aku. puihh.
untuk kali kedua, temperature high. aku terpaksa berhenti lagi sekali.
biarkan lori dan bas laju di tepi. walaupun aku tahu itu bahaya, aku terpaksa.
dan yang lagi bahaya bila baby K dah tak boleh start.
nak menangis? nasib baik aku bukan jenis tu. kalau aku menangis, lagi ramai orang risau -.-

sekali lagi plus tarik kereta aku ke tol Jasin dan menunggu ketibaan pomen.
baby K diangkut ditarik ke plaza tol Tangkak.
dan melepaskan baby K pergi. si lejen dah tak lejen dah -.-
sepatutnya aku boleh sampai JB dalam jam 12-1petang. tapi akhirnya aku sampai jam 6petang.
cukuplah seksaan hari tu. muka aku hitam sebab menunggu tengah panas. puihh!

pengajaran satu!
mohon check kereta sebelum perjalanan jauh!
pengajaran dua!
mohon jangan percaya sesiapa pun melainkan peronda Plus kalau berlaku sebarang masalah di highway. pak cik tu cakap, banyak kes orang berlagak macam AAM,Plus  tapi sebenarnya bukan. dia kata "pergi bengkel, dia cas dalam rm300lebih. tapi bila siap, dia cas rm3000lebih" penTIPU!
pengajaran tiga!
simpan nombor peronda plus. kalau ada masalah, call. jangan jadi macam aku yang taktau apa-apa -.-
1-800-88-0000

dan terima kasih kepada yang membantu. cukup dalam berikan semangat! sebab tu aku tak nangis :)
Nadzirah kan kuat.

and where are you when i need you?

bye :)

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: