Friday, July 20, 2012

samar atau terang?

 
kita mungkin kadang kala mencari bukan yang terbaik untuk sekarang.
tapi yang terbaik untuk kini, akan datang dan selamanya.
mempunyai teman hidup bukan satu perkara yang boleh kita ambil remeh temeh.
dan memang sikap seorang gadis, aku perlukan seseorang untuk aku berdiri lebih teguh.
bukan dari segi sosial, kewangan tapi segalanya.

aku penat berpijak atas kaki sendiri.
aku cuba untuk berdiri untuk berhenti mengharapkan lelaki yang bergelar papa.
aku cuba mencari seseorang untuk aku berdiri di atasnya.
atau kata lain, yang boleh menggantikan papa untuk menjadi tempat aku bergantung.
Dan mungkin bagi itulah apa yang difikir seorang ayah untuk lepaskan anak gadisnya pada seseorang yang mampu menjadi peganti untuk memikul tugasnya.
bukan mudah untuk papa uruskan 4 orang anak gadis sekaligus.
dan memang tugasnya untuk menyerahkan anak-anaknya pada seseorang yang mampu membimbing. itu amanah. tuhan dah tentukan.
dan sebab itu juga, aku faham situasi papa untuk layan kerenah satu persatu anak-anaknya.
dan sebab itu juga, aku lebih suka bergantung atas diri sendiri melainkan dalam keadaan terdesak.
dan sebab itu juga, aku lebih suka menjadi 'lelaki' berbanding perempuan.
perempuan bukan lemah, cuma aku perlu kuat seperti lelaki untuk diri aku sendiri.

tapi dalam masa yang sama, aku perlu seseorang yang lebih kuat dari aku.
yang boleh beri lebih daripada apa yang aku boleh beri.
dan bukan aku minta orang yang sempurna. sebab tiada orang yang sempurna wujud melainkan tuhan.
cuma aku minta orang yang berusaha untuk jadi lebih sempurna. ya. berusaha.

dan kalau kau mampu jawab, adakah awak lelaki itu?
lelaki pertama muncul dalam kotak fikiran aku selepas papa untuk aku fikir bila aku dilanda masalah?
lelaki yang berdiri di hadapan aku untuk pertahankan apa sahaja yang berlaku depan mata aku?
dan kalau kau mampu jawab semua ini, mohon datang jumpa ayah aku dan kata
"en. Samsudin, saya boleh ambil alih tugas anda untuk jaga salah satu Fadhilla milik anda"

mungkin aku muda untuk cerita soal ini.
tapi tau tak perempuan lebih matang dari usia. sebab kami memandang ke hadapan lebih dari lelaki.
kami melihat masa depan. sama ada yang samar atau terang untuk kami.

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: