Tuesday, September 11, 2012

aku pilih.


Hai.
Lama biar kau sendiri.
Sebenarnya banyak benda kena hadap sampai aku lupa kau ada.
Maaf bloggy. Cute nama kau :)

Tentang kaca.

Kaca yang retak, kalau tak buat apa pun, retaknya bergerak.
Sampai satu sudut, ia tetap akan pecah.
Salah kaca ke?
Aku rasa tidak.

Tentang hidup.

Aku tak sempurna. Aku sedar itu.
Dan aku juga bukan tukang tilik.
Yang boleh tahu tentang masa depan aku.
Sedangkan perkara yang bakal berlaku esok pun aku tidak tahu.
Aku cuma buat keputusan berdasarkan situasi sekarang.
Sekiranya masa hadapan, keputusan itu tak membantu, kenapa aku kena menyesal?
Sebab itu takdir yang tuhan dah tulis buat aku.

Tentang takdir.

Ada yang kata aku terlalu pasrah pada takdir.
Tidak.
Sebab aku dah lelah untuk cuba.
Cuba berlawan dengan situasi dan perasaan sendiri.
Dan tahap manusia ada batas kan?
Sampai sini batas aku.
Dan ada yang kata aku tak mencuba.
Tidak.
Sebab mereka bukan pakai kasut aku.
Saiz tak sama. Jadi mereka tak rasa.

Apa yang berlaku sekarang, aku anggap akan ada hikmah yang terjadi.
Sebarang kesan atas keputusan aku, atas tanggungan aku sendiri.
Sebab ini jalan aku. Aku pilih, aku hadap.

Bye.
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: