Soalan sebelum kahwin



Sebelum aku buat keputusan, aku diasak satu kejadian.
Bukan dari pihak aku mahupun dia.
Cuma kisah pujangga lain yang dicurah pada aku.

Sampai aku rasa, lelaki akan jadi sama ke semua?
Bila dah separuh umur, makin lupa jasa isteri, makin menggatal cari ganti.
Dan masa itu juga, aku pandang Sepet. 
Cuma takut kena pada diri sendiri.

Aku yakinkan diri.
Papa sampai sekarang mampu bertahan.
Cuma mama dalam hati.
Boleh saja. 

Yakin. 

Aku diasak lagi soalan seorang teman.
Soalan berupa pendapat tapi memang kena dengan diri sendiri.

"Kau dah biasa dapat apa yang kau nak. Kau minta apa je dengan ayah kau, mesti dapat. Then, macam mana nanti bila kau kahwin, kau tak dapat apa yang kau minta dari suami kau?"

Itu.

Benda tu laaaama aku fikir sebelum aku decide untuk kahwin.
So bila ditanya sekarang, aku ada jawapan aku.

Semua benda tu terletak pada diri kau sendiri. 
Macam mana kau handle apa yang kau nak.
Even masa bercintan cintun pun aku tak dimanja dengan apa-aku-nak-aku-dapat.
Apa aku nak, aku ada duit, aku buat sendiri.
Yang aku nak, cuma ditemani.

Sama macam bila dah kahwin, kau tahu apa suami mampu, apa suami tak.
Kalau dia cuma mampu bagi apartment, kenapa kena minta banglo?

Ikut mampu dia, bukan ikut mampu kau.
Kau cuma isteri. Yang kau perlu ikut itu adalah suami.

Aku rasa bila hidup berdua, adalah berbalik pada diri kau sendiri.
Macam mana kau nak kongsi setiap rasa dan inci hidup yang kau ada.

Mana boleh semua atas kau.
Dah nama pun kongsi. Kan? :)

Assalammualaikum.
Bye :)

No comments: