Monday, October 6, 2014

Majlis Bertandang

Hai :)

bermula detik menjadi seorang isteri.
kejut suami bangun subuh, kemas barang untuk berdua.
semua sekarang berdua :)

Kami habiskan sehari di rumah aku.
nak biasakan Sepet lah katakan.
nak biasakan adik-beradik aku yang kat rumah ni.
eh-hello-sekarang-ada-lelaki-dirumah-sila-behave
haaa gitu.
yelah selama ni papa seorang je anak jantan. yang lain semua perempuan. hihi.

Isnin, 14 April 2014.
kami bertolak menuju ke Pahang untuk second resepsi.
Sebelum bertolak, papa suruh tunggu time lunch.
rupanya ada amanat.

"ingat sekarang ni berdua. awal-awal kahwin memang akan ada masalah, itu tak cukup, ini tak cukup, macam papa dulu, rumah kecik, banjir semua. sabar. bertolak ansur, kalau boleh, sembahyang jemaah, baca Al-Quran".

Mama siap suruh Sepet buat pasport sebab?
sebab Mama nak sponsor honeymoon sebagai hadiah perkahwinan!
hiihihi

Kami singgah di Port Dickson.
Grand Lexis PD. 
yang haritu bachelorette dengan PamaCrews tu, iolls beli 2 groupon.
ini konon-konon prehoneymoon lah!
mihihi.





haa, klise kan gambar pegang tangan then caption, yes, dah halal! miahahah



the view :)

2 hari 1 malam.
cukuplah dapat mandi mandi dalam private pool
eh! hahaha bye.

next destination, singgah Melaka plak.




nampak dari JB ke PD, patah balik Melaka?
sebab nak private pool dulu, nampak? haha




Kemudian habiskan hari di Pahang.
Segan pun ada, yelah first time nak bercampur baur dengan keluarga mentua.
dah kena bangun tolong itu tolong ini.

Hari Jumaat petang, 18 April 2014.
papa sampai bersama rombongan cik Kiah di Chini.
kami bawa ke homestay yang Sepet sewakan.

kalau ikutkan yang aku tahu, bila bertandang, siap je di rumah bertandang.
rupanya aku kena ikut papa dari homestay datang ke rumah Sepet.
oooo gitewww ye.

Majlis paling simple.
Mulanya, aku memang taknak pelamin.
cukuplah makan adab.
tapi abah (oh-father-in-law) still tempah pelamin.
katanya boleh bergambar :)

acara makan semuanya rewang.
takdelah nasi minyak bagai.
masakan kampung lagi sodap.
pilihan utama, orang pahang kan, my fav ikan patin masak tempoyak omnomnom

terima kasih abah mak, kak long, kak ngah, adik2, dan seluruh keluarga, sahabat handai, jiran-jiran yang datang menolong.
terima kasih tinggi-tinggi :)



on the way ke rumah bertandang :)









 OP : FS Photo :)

Berakhirlah minggu resepsi.
ponat kahwin ni hah.
nak senyummmmmm sepanjang masa.
selain banyakkan duit untuk kahwin, banyakkan juga praktis senyuman ye anak-anak.

nanti nak share pi Bali yang mak kita sponsor tuuuu.

bye :)
Assalammualaikum :)
fds 
written by fadhillasamsudin

3 comments:

Unknown said...

Fad...aini pun org chini...krja kt smk chini...alahai...kciknye dunia...ni chini brape?

fds :) said...

aini, ni kat chini timur 1 :)

gallowaigabbert said...

Hard Rock Hotel & Casino Tulsa - MapYRO
Find your 인천광역 출장안마 way around the 창원 출장샵 casino, find where everything is located with 밀양 출장샵 a MapYRO Casino Real Money App. Download 동두천 출장마사지 the app now and play on your iPhone, iPad, 김제 출장안마