Monday, August 30, 2021

Dugaan demi dugaan

orang kata 5 tahun perkahwinan itu akan ada dugaan bertimpa.

and yes, aku dah rasakan setahun berlalu usia perkahwinan dengan penuh dugaan.
Bukan berkaitan pergaduhan mahupun apa, cuma dari sisi lain.

cuma aku syukur, ia tidak melibatkan perhubungan. Malahan atas nama dugaan itu, hubungan suami isteri makin erat. geli? kahkah.
hello-im-married-woman. okayyy

ok serius kembali.

aku tangguhkan cerita honeymoon aku sebab gambar hilang. terus lupa mana pergi semua. ampun.
konklusi, Bali best, bye.

Dijadikan cerita, kini aku menetap di Johor Bahru. kembali ke bangsaku, ayuh Johor-luaskan-kuasamu-ewahh.
Ingat cerita aku tentang aku diterima bekerja di sebuah stesen tv kabel?
iyaa, aku bekerja di situ. lebih cantik, Sepet pun diterima bekerja ditempat yang sama.

Tidak sampai setahun aku cuba rasa keadaan sudah stabil, kewangan stabil, segalanya perfect.
Namun orang kata kusangka panas hingga ke petang, tetapi tiba-tiba malam.
gelap.
mula terdengar suara kedengaran mengatakan unit berita ditutup.
Sehari kemudian, suara itu semakin dekat dan khabar itu diiyakan.
sehari selepas itu, jobless.

Mana kan ku cari ganti?

keadaan yang sama setahun yang lalu ketika aku sibuk membuat persiapan kahwin, terjadi lagi.
JOBLESS. berjemaah bersama Sepet.

Apa lagi kau nak fikir selain gantung diri?
yes, kembali bersama tuhan. Cari mana silap kau.
adat manusia yang sedang dalam susah.

Mungkin perjalanan aku dicantikkan bila bekas editor aku panggil untuk bekerja bersama.
Gajinya tidak setinggi mana kalau nak banding dengan yang lepas.
Tapi siapa kau untuk menidakkan rejeki yang cuba Allah hinggapkan?

Aku terima.

Lebih manis, selepas dua bulan bekerja di tempat aku tak berapa selesa, Allah kejutkan dengan satu panggilan baru.
Resume yang sudah setahun lalu dihantar disemak sebuah syarikat di JB.
panggilan interview.

nervouss makkk.

Sebulan selepas, aku dipanggil bekerja disyarikat itu.
yes, aku terima. aku rasa sudah cukup aku bermain di negeri orang.
walaupun sayang kutinggalkan jua. kehkeh.

Orang tanya, "husband macam mana?"
"nanti dia kerja apa?"

aku fikir benda yang sama.
cuma mungkin aku masih ingat aku kini bergelar isteri.
tempat aku di sisi suami.

mahu menolak agama, memang jauh sekali.
konklusi, bawa Sepet ikut kembali ke JB.

pantun kan?ok.


.........................

also in my draft for over almost 6 years!

reading it back, oh my god! my life!

nantilah cerita semula.


hidup ni memang roller coaster.

takut tapi seronok. 

bye.

No comments: