theater Short Eyes

memang mula-mula takde rasa minat pun tapi bila buka laman facebook tentang Short Eyes dan nampak nama Zahiril Adzim, yes,kompem!aku pergi ;)

bermula dengan pusing satu bangunan hebat di Jaya one. meraba-raba cari LA Theater.
jumpa tapi masih kosong.awal lagi rupanya.
sebelum bermula dah nampak remy ishak dan Tiz Zaqyah :)
jom snap gambar ;)




Sinopsis:


Short Eyes merupakan satu drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang minoriti. Segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat. Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.

Dalam pementasan ini, kita melihat watak lelaki yang memikul beban, di mana dia mesti mendapatkan sesuatu hasil daripada apa yang dilakukannya. Sepertimana watak Omar menerangkan kepada Mr. Nett ketika dia diminta untuk berjanji supaya tidak bergaduh lagi " Saya tak boleh janji untuk perkara macam itu.. janji itu ikatan. Lelaki dalam penjara tak ada apa-apa selain janji, dan dia harus berjaga-jaga tentang siapa, bagaimana dan untuk apa dia bagi janji itu.. "

Apabila Clark Davis ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak/pedofil (dan dia juga merupakan seorang lelaki kulit putih kelas menengah), tahanan-tahanan lain telah menganggap dan memandang itu sebagai kejam. Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri yang menjalani hukuman mereka, yang berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.

Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam masyarakat mereka sendiri dan juga untuk mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya. Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar.

as a penonton, aku rasa aku suka teater ni. thanks cech adrea, awak bawa saya dalam dunia ini :)
even ada perkataan lucah tapi benda basic lah. semua orang guna perkataan tu. jadi xde hal lah :D



da best moments bila dapat mengadap muka-muka artis yang datang lah.
i sat behind Sazzy falak and her husband, Nazril :) so sweet lah both of them.
sazzy pun sgt sporting when her fans nak amek gambar.
Zahiril Adzim.oh.he's damn cute. sgt baik. dapat borak dengan dia kejap.
but sorry tak dapat lepak sama.already 11pm. kenapalah aku duduk kolej :(

best night :))

1 comment:

ann said...

tiz n remy dtg berdua ke?so sweet...