Monday, November 29, 2010

satu hari selepas istiadat

akibat terlalu rapuh internet kat sini, entry tentang sebelum dan semasa konvokesyen akan ditangguhkan.

ini cerita satu hari selepas istiadat konvokesyen berakhir.

Ah.bukan cerita satu hari selepas, beberapa jam selepas,
masing-masing dah mula upload gambar.
Cis. Internet dekat rumah kakak memang hambar.
Broadband maxis pun susah nak detect. Haih.
jadi pangkalnya, aku terpaksa tunggu bila dapat signal yang hebat.

Ke shah alam dengan satu rasa. Biarpun baru satu hari.
Atas alasan nak tuntut gambar. Bila lagi kan.
Ah. Gambar aku. Kelakar lah. Haih.
Seronok sangat mungkin.

Tiba-tiba mengidam sup ayam cendawan ani sup utara. Entah.
Hirup sup panas, pedas. Memang sedap.
Dia pun tak kisah aku makan pedas sekarang.
tapi ada satu saat bila dia bersuara tentang sesuatu.
Tiba-tiba rasa lain.selalu aku tak kisah.
Tapi kenapa hari ni. Malas layan perasaan macam ni.

Ke rumah. Tuntut gambar dari camera D80.
Buka mukabuku bersama.
Kena hack aku! Gilo shafiq ni.
Reputasi aku jaga lah weyh.

Bila perasaan tu dah sedia ada, semua benda jadi tak kena.
Sakit dan rasa nak menangis tengok mukabuku.
Kenapa ni. Dia je pun.
Sebab ikut yang dirangka, aku nak sebegitu.
Tapi tak dapat. Masa dan cuaca. Terhad.
ini aku. bila dirancang tak menjadi, mula lah jadi cengeng.
itu lah aku malas merancang. *sigh

Hari ini memang emosi aku lari. Entah ke mana.
Hujan pula. Macam ikut tema.
Ah.Rasa nak demam malam ni. lapar lagi.
Bye.


No comments: