Tuesday, December 21, 2010

mari cerita tentang tibanya angka 21 :)

20 disember 2010.
tepat jam 12. aku bergelar gadis yang berumur 21 tahun :)
orang lain dah nak masuk 22tahun, aku masih lagi merangkak.

pulang bersuka ria, teringat kata-kata aku sendiri.
ingin hasilkan kek. untuk si gila tu.
redah je penat. sempat tukar baju. kemas barang dapur dan sediakan segala bahan.

tunjuk ajar dari mama. buat aku ingat satu persatu.
biar senang kalau ada tempahan dari mulut si gila yang mengada tu :)
bersepah dapur dengan koko. tikah membantu.
ada juga si mardhiah. menunggu untuk mencolet coklat yang terbaki.

selesai. tunggu untuk dibakar. sementara menunggu, mukabuku lah :)
hampir 200 post ucap selamat hari lahir :)
di hp, makin kurang msg. semua melalui facebook.
peredaran zaman. macam kad raya juga. berubah sejak teknologi berkembang.
dan aku perlu balas kesemua yang wish aku. ada yang kata tak perlu.
tapi aku rasa aku appreciate siapa saja yang wish biarpun tak dikenali.
jadi tak salah untuk say thank you biarpun dia musuh, atau aku benci dia kan :)

tepat jam 12, tikah wish terlebih dahulu.
baru si gila ni. melalui panggilan telefon. gigih dia dalam bas. bosan katanya.
12 jam dari kota bharu ke johor. memang gila.
kek buatan aku dirahsiakan. biar dia kata aku berbual lebih.
esok, kau makan puas2!
ada juga plan lain. mama, papa tak membantah.
buat aku lebih teruja :)

jam 7.45 pagi. bangun awal kali ni. untuk s
i gila ni.
biar dia rasa macam mana tunggu orang.
selalu ayik aku je kena tunggu.matikau!
entah mana aku bawa dia. istana garden. again.
lihat singapura. sekadar melihat. lihat laut yang ditambak.
memang tunggu masa. si gila ni terus ajak buat passport. kau gila ke apa.



pulang rumah. aku tak pernah rasa gentar nak bawa dia.
entah. berani aku. eh biar. aku lagi suka mama, papa tau.
haa. sampai rumah, biar dia makan kek kangkang aku.haha
dia kata sedap. sebab dia lapar atau memang sedap? itu dia saja tau.
tugas di dapur bersama mama. mama ni. dah masak dulu.
tapi sempat aku sediakan satu lauk.

lepas zohor. berangkat pergi. ke mana lagi.
city square. nikmati ayam taiwan dan coolblog. sinonim bagi aku.
borak je. si gila ni berbual lebih.
kata banyak cerita. dah jumpa takde cerita pula.
tapi baru kau tau tiket dari kota bharu ke johor bahru bernilai rm63.90
dan masa tu buat aku tarik pipi dia panjang.
"sweeeetttnya kau. mahal kot tiket ni"
geram aku. macam nak tampar2 kau :)

petang, ke stulang. nikmati laut.
macam melaka katanya.
weyh, melaka lagi hebat. aku tak suka suasana sini. lain macam.



passing dia ke juniornya, julang.
danga bay. kosong. baru aku tau danga street mall tutup.
betapa lamanya aku tak jejak kaki ke sana.
habis satu hari.
maaf tak dapat teman sampai malam.

cerita hari ke2.
ikut masa aku. memang tunggu mata aku buka lah.
tengahari. ke tebrau city.
banyak kali ulang apa aku nak.
aku pun tak tau apa aku nak. mgkin ada cuma segan nak cakap.
tak macam dulu. senang keluar dari mulut.
petang, menghala pusing2 ke masai.
natrah punya rumah yang 10 minit tu. haha.
aku benci pak guard dia. banyak tanya.
macam pak guard uitm.

pass ke natrah. si bodoh punya mulut ni memang harramm.
tak boleh tengok orang senang. kau jeles kan? haha.
bye. saya titipkan awak ke si kurrruuussss tu ye.
jumpa esok. maaf tak sempat ke malam.
habis satu hari.

hari terakhir.
sempat makan bersama dia dan si wartawan.
lepaskan dia jam 3.30 petang. selamat tinggal. sampai jumpa nanti di shah alam :)
terima kasih untuk 3 hari ini.
awak hadiah terbesar untuk hari jadi saya :)
sayang kau lah wan mohd shafiq wan rosli :)


gambar ni buat aku macam ada punggung. kan gila? haha
bye :)

No comments: