SBS Gayo Daejun (Music Festival) 2009

ini adik aku punya kerja lah ni. si mardhiah.
terlalu minat pada lagu2 korea biarpun dia tak paham apa pun.
muzik mereka agak catchy ditambah rupa2 yang sangat hensem.
macam nak sayaaaangg! :)

SBS Gayo Daejun 2009 sama seperti muzik festival untuk mempersembahkan penyanyi yang popular dan baru meningkat naik.
bukan aku teringin sangat nak tonton cuma bila dah melihat keseronokan tarian mereka,
melekat lah aku depan tv.
jam 9 malam di Astro Box Office. 3 jam aku tak bergerak ke mana selain ke dapur.
malah aku tak tukar ke siaran lain. gilllaaaa!

nak diikutkan ramai artis cuma aku cuma kenal Girls Generation, Shinee, super junior.
tapi bila dah dikumpul, aku tiba-tiba berminat pada 2PM.
yang kelakarnya, ada lagi satu group namanya 2AM.
ish, memang dah takde idea nak cari nama lain ke?

mereka ada salah satu segmen untuk mengenang Michael Jackson.
berbeza di Malaysia, kita akan tribute dengan menyanyikan lagunya.
tapi di sana, mereka menari cara Michael Jackson.
lagu, mestilah di miming. mereka sama dengan je. lemah B.Inggeris :)

tarian satu tarikan buat mereka. suara tak sedap pun takpe.
janji movement sharp and muka kau kena hensem.
dan lihatlah peminat mereka. sangat fanatik.
sangat sangat fanatik.

wajah mereka pun seakan-akan sama.
ye lah. sampai aku keliru.
tapi tak sangka mardhiah mampu kenal malah ingat nama2 mereka.
haih. kadang dia ni fanatik sangat ni.
snaggup tidur jam 5 pagi semata toton video clip mereka di youtube.

super junior.



aku tertarik sebab gaya tarian mereka.
teruja weyh. 12 orang ahli. kau ada?!
tapi tarian mereka tak pernah terabur.
tonton lah apa jenis performance yang mereka buat.
Jazli yang kenalkan video clip mereka.
lagu super girl.
aku juga yang kenalkan mereka pada mardhiah.
sampai sekarang dia lebih kenal mereka dari aku,
kini mereka lebih famous lagu sorry sorry dan bonamana.
dengar je di ERA. mesti ada.
dan badan aku mesti bergerak kalau dengar lagu ini :)
dan masa tu akan ada suara 'ish, tukar lah radio lain'
si gila tu memng tak suka dengar ;)

Shinee.



aku cuma kenal mereka bila mardhiah selalu buka lagu Ring Ding Dong.
tarian mereka pun hampir dihafal.
haih.

Girl Generation.



salah satu group perempuan. lagu yang famous GEE.
memang comel. tapi perempuan kan.
asyik cover comel je. ish, dah cukup comel dah pun.

2PM.

aku baru kenal mereka saat tonton Gayo Daejun ni.
comel mereka ni :)
heartbeat :)


ini antara yang terlibat dalam SBS Gayo Daejun 2009

ah. tak kira apa pun.
minat aku tentang mereka cuma tarian, muzik dan wajah.
tapi tak lah terlalu fanatik.
cuma lihatkan apa saja yang menarik tentang mereka.
pasti akan ada je yang tertarik biarpun pertama kali lihat mereka.

bye :)

No comments: