Monday, December 13, 2010

tik tok tik tik tik tik tok

bunyi jam. macam lagu zaman sekolah rendah dulu.

tik tok tik tik tik tik tok.
bunyi jam dinding rumah ku 2x

aku dah lupa lirik nya.
ok.bye.
bukan nak cerita tentang lagu.
tapi beberapa cerita kembara untuk beberapa hari.
macam tik tok tik tok jam dinding ni.
laju berbunyi. untuk tunjuk berapa pantas masa berjalan.

ke kuala lumpur. atas dasar nak ke Genting Highland.
lama tak mendarat ke sana. entah tahun bila aku pergi. dulu kala.

tak lepas atas alasan musim hujan. terpaksa batalkan niat.
cucu-cucu keturunan hj. Abdullah dah mula cari idea lain.
bowling, karaoke. itu benda pertama dalam senarai.
aku terpaksa karaoke seorang bila mereka mula baling bola bowling.
benci permainan yang membebankan tangan aku. cis.

esok. ke Broga Hill.
dah lama teringin. asyik dengar orang cerita sana sini.
jam 5.30 pagi. aku, kakak, tikah, mardhiah, kak Aini.
2 orang lagi dah terkandas. atas katil. tak mampu celik mata walau sekejap.



tiada persiapan rapi. kakak hanya berselipar.
aku, pakai apa saja yang ada.
tak jauh dari Kajang rupanya.
gelap. masih macam malam. ramai.
semua berlampu suluh. aduh. tak bawa.
berbekal hp mardhiah yang ada fungsi lampu suluh.
itu dah memadai.






ini pertama kali mendaki. dah macam pergi camping beramai-ramai.
traffic jam. kakak dah mula semput.
bila dengar orang menjerit suka, rasa macam dah dekat.
rupanya jarak masih jauh.
tapi bila tiba di puncak, angin dan suasana tu seronok.
tak hairan lah ramai suka mendaki.
pemandangan dari atas. biar pun di waktu siang, nampak tenang.

bila turun, itu seronok. menggelongsor. macam2 ragam orang boleh nampak.
dah sampai kereta, memang nikmat. yang terfikir sekarang, TILAM!

petang.
makin ramai tiba. dari Port Dickson. dari UM.
booked ticket di Mid Valley. jam 5 petang. Hantu Mak Limah Balik Rumah.
confident. tidur sebentar sampai jam 2 petang.

menuju ke Mid Valley. hampir 4.30 petang.
kaunter tiket.
"kenapa digit banyak sangat. selalu 5 digit je"
"bagi ID"
"tiada data lah"
"cuba check dulu ye"

tak keruan. book jam 5 petang. di skrin, wayang akan bermula jam 6.10 ptg.
AINI HASLINA, kau salah book ke?
check ulang kali. lupa password.
cuba lagi.
ada suatu tak kena bila nampak dia melompat.
"kat KLCC. aku booked kat KLCC!"

ok bye.
agak-agak boleh buat minta maaf secara terbuka tak?
kau di BANNED!
terima kasih :)



ke Jusco Cheras Selatan.
beli tiket wayang. jam 11.20 malam.
makan. kfc. dah lama tak nikmati makanan segera, air bergas. wahh.
macam syurgaaaaa ;)

malam.
ke Bukit Ampang.
nampak restoran Haven. rindu lah ;)
suasana seperti hari tu. pemandangan seluruh KL.





jom g Icity.
ah bosan. sebelah Uitm.
tapi agak-agak tak sempat kalau nak ke sana.
jom ke Dataran Merdeka.
jalan-jalan bergambar :)
ramai orang hari minggu. teringat pula hal overnight sambil bawa gitar.
memang kelakar. masa tu jalan kosong. bukan macam sekarang.







hantu Mak Limah Balik Rumah.




Filem yang mengambil latar filem terdahulu Mamat Khalid, Zombi Kampung Pisang. Cuma kali ini bukan zomba yang menghantui Kampung Pisang tetapi Hantu Kak Limah pula yang menjadi bahan keributan kampung kecil di Kuala Kangsar ini.
Awie sebagai Husin kembali ke Kampung Pisang selepas sekian lama lari ke Singapura sebelum memutuskan pertunangan dengan Che Nin. Husin yang mendapati Kak Limah berperangai pelik mengajak orang kampung menyiasat apa yang berlaku di rumah Kak Limah. Mereka akhirnya mendapati ada mayat yang menyerupai Kak Limah disitu. Anggapan mereka semuanya telah selesai bilamana mayat Kak Limah selamat diuruskan ternyata salah, apabila Kampung Pisang terus dihantui dengan Hantu Kak Limah.

setakat gelak-gelak. macam Zombi Kampung Pisang.
gelak pun di awal. kemudian penceritaan tiada motif selain bergelak.
itu sahja. dan kadang-kadang, kita pun dah boleh baca apa yang bakal jadi.
atau dalam erti kata lain, klise.

pulang ke melaka.
singgah di Dataran Pahlawan.
rindu zaman kegemilangan diploma. rindu rakan2 :)
cool blog bersama hot & roll ;)





ke tebing laut. jetty. berdekatan eye on Malaysia yang dah tinggal kenangan tu.
menonton saat langit tukar warna kipas kertas. cantik. rindu :)
angin kencang serentak dengan sun.... sun apa yang petang petang tu?
sunset :) dah pandai tikah sekarang :)

siang berlalu malam berganti. bulan ambil alih.
pulang menuju rumah nenek.
selamat tiba.
bye :)



p/s :weyh. ni Aini Haslina weyh. KIKIKI. mati kau! :D


No comments: