Tuesday, January 18, 2011

2 filem dalam 2 hari. maksudnya 1 hari 1 filem :)

aku rasa lama tak update blog. banyak cerita tertangguh.
nak cakap busy sangat, belum lagi rasanya. cuma internet tak membantu.
satu broadband dikongsi 4 orang. agak-agak bila aku boleh pakai lama? *pffftt

entry kali ni aku nak kongsi terus semua. boleh?
2 filem dalam 2 hari. tak. sebab aku nak tambah lagi satu filem yang perlu aku review.

semester kali ni memang banyak berkaitan filem, filem dan filem.
untuk permulaan,filem Estet. arahan Mamat Khalid.


aku rasa first impression bila sebut nama Mamat Khalid, orang akan tahu ceritanya.
kelakar kelakar bodoh.macam tu lah. lawaknya sama macam Hantu Kak Limah bali Rumah.
aku tak paham perjalanan Estet ni sebab separuh jalan terpaksa dipotong.
ceh. padahal sengaja dilajukan sebab malas nak tonton cerita tu. mengantuk weyh.
aku pun dah tak tahu macam mana nak review cerita tu nanti.

dan pada masa tu juga emosi aku sedikit lari. air mata aku pun dah sempat mengalir.
ah. benci. kenapa aku boleh lupa. sedangkan tika itu aku sibuk fikir tentang orang lain.
ikut hati aku malas nk hadapi satu hari ni. mood dah lari, semua lari lah.

malam ke Mid Valley. tonton filem Faster. lakonan The Rock.


bersama Farisha dan 7 orang rakannya yang lain.
Nana, Huda, Qistina, Xai,Yanti, Ija,Lily. i dont know how to spell their name correctly. tapi sebutan ni yang aku dengar masa mereka beratur kenalkan diri. macam hari raya :)

cerita aksi dan ini seronok. seronok dapat bunuh orang begitu je kan.
kalau lah membunuh tu bukan satu kesalahan.
filem ini pun tak berat. boleh tahan. lagi-lagi kalau dapat cuci mata :)

satu benda aku belajar sebelum keluar dari bangunan Mid Valley.
sila ingat kedudukan parking kereta anda :) kan ija :)

lepak dengan mereka di kedai mamak. rindu kawan-kawan di JB.
sebab mereka sama. gila seperti mereka. kadang-kadang aku pun turut dibahan.
tapi malu dah bataskan pergerakan. mulut terkunci cuma senyum boleh aku ukir.

pulang ke rumah Farisha. ok. aku suka kamar tidur kau.
nak buat warna bilik sebegitu.nampak tenang untuk tidur. lagilagi tanpa gangguan dari kau :)
saya bukan jenis bangun pagi seperti anda. haih.

malam. wayang lagi sekali. Khurafat.
cis. parking jusco cheras selatan. full pack! benci pusing-pusing.
tapi kalau pakai kecantikan, senang je dapat parking :)

masuk wayang pun lambat. bagaimana permulaannya pun aku tak tahu.
tapi aku tak rasa aku tertinggal banyak.
menonton berEnam. aku rasa aku cuba untuk cool menonton cerita ini.


ok. bagi aku cerita ini buat aku marah dan buat aku termaki banyak kali.
sebab ia sangat menakutkan. mungkin ada sedikit penceritaan ditiru dari filem seram negara lain.
tapi ia membuahkan hasil sebab seram. dan aku rasa aku takkan bawa papa tengok cerita ini sebab papa ada sakit jantung :)
credit perlu diberi untuk pengarah cerita ini. Syamsul Yusof.
biarpun ada yang kata dia pengarah, dialah pelakon, eh biarlah. filem dia. tapi dia berjaya hasilkan sesuatu.
tapi aku rasa liyana jasmay terlau muda untuk jadi isteri orang. mungkin itu.

ok.masih awal lagi untuk yang lain pergi menonton. silakan :)


bye :)

No comments: