dekat tapi jauh.

pernah tak rasa kita rindu pada seseorang biarpun dia cuma ada beberapa jengkal dihadapan kita?
mungkin agak ralat rasanya. tapi itu yang aku rasa untuk beberapa hari ini.
nampak dekat tapi sebenarnya jauh.
aku tak tahu apa sebabnya terjadi.
dan aku mula faham bila sebenarnya ego yang buat keadaan jadi macam ni.

eh aku tak ego lah.
"refuse tu lah sebenarnya ego kau" (yusmirnadia, 2011)

tapi bila satu perangai dah melekat sejak dari azali,memang susah kan nak ubah.
sama je lah dengan ego. dari dulu aku memang macam ni.
tak pernah ada sesiapa berani tegur.
aku rasa aku dah cukup kurangkan ego tapi sebenarnya itulah ego aku.
yang memang tak reti nak mengaku.

terima kasih sebab ada yang sudi memahami dan membantu.
bye :)

No comments: