Wednesday, January 12, 2011

bila emosi aku dah lari

hari ini mood aku macam biasa. bangun pagi macam takde benda. sedangkan dah lambat nak mengejar parking.
since pak guard dah mula beroperasi. no more double park! cis. kau gila.
nak suruh student parking kat padang kawad then tunggu bas, baik aku tak payah bawa kereta weyh.
ini kalau mama tau, dah ada satu point untuk mama tarik balik kereta aku. demmm. hell no!
dan tadi, kereta aku dah bercium dengan kereta myvi. entah macam mana kereta aku boleh bergerak pun tak tau.
dan tadi khabarnya ada 5 kereta bercium antara satu sama lain. haih.
uitm, tau tak, student semua kaya-kaya, semua nak bawa kereta. buat lah parking besar sikit weyh.

semalam hampir disaman. kalau murah takpe. dekat rm50 juga. gila ke apa. kau ingat bapak aku kerja penat-penat, bagi duit untuk bayar saman kau? takkan. cis.

dah habis satu kelas pagi. agak menarik kalau kita boleh komen apa sahaja melalui tulisan.
tapi apa yang membosankan adalah pensyarah bercerita yang terlalu panjang. berserah je lah.

lagi satu hal, sistem. memang buat aku marah. kakak office tu pun tak payah nak tunjuk lagak sangat boleh? kalau kau cakap elok-elok, emosi aku tak lari mana.
memang faham kerja kau banyak, tapi itu memang kerja kau kan? ada masalah ke? ada? ok. berhenti kerja.

lagi pula si shafiq ni buat aku berasap. bertambah marah aku.
maaf tertengking. jangan tanya benda yang sama ulang kali.
maaf. saya tahu salah saya. lepas ni saya jaga perangai. ok?

malam ni pula, ada drama yang dah lama aku tak tonton.
perihal mereka. malas nak campur. tapi aku suka nak update. untuk tahu perkembangan.
tapi rasa ralat berlaku dalam rumah sendiri. rasa tak sedap.
harap semua akan jadi baik. dan ini satu pengajaran untuk semua. termasuk aku.

bye :)


No comments: