ini cerita tentang AJL 25

haa semangat weyh. tak kemana satu malam semata-mata nak kosongkan jadual untuk tonton AJL 25.
Anugerah Juara Lagu 25. aku rasa ralat nk sebut AJL. sebab mulut aku akan sebut AGL.
dan masa tu yus akan gelak macam minta penampar dari aku.

menuju ke rumah fadh di blok 47. gigih weyh bersama yusmirnadia, aziad, dan si gila shafiq ni.
makanan dah tersedia. tepat-tepat sampai memang dah bermula.
gua dah cop sofa. memang lepak lah aku atas sofa tu. dah macam aku ni tuan rumah kan fadh.
tapi orang kata, hormat tetamu. eh biar lah aku nak duduk atas sofa kan.

aku sebenarnya nak tengok meriah nya stacy menari. dan rasa ralat kalau tak tonton.
kalau dah duduk beramai-ramai, ada je yang tak kena kan. banyak benda juga nampak tak perfect.
dan pergaduhan si pengacara pun kurang pada awalnya. bila dah last-last baru rasa dan nampak mereka bergaduh.

tapi yang penting gimik mereka semua sangat seronok. sangkar, sangkar dan sangkar.
laser dan tembak-tenbak. sama dengan je.
dan aku rasa ada yang lebih deserve untuk menang malam tu. tapi rzeki maisng-masing tak boleh nak cerita kan.
tapi sempat juga nampak zahiril adzim atas pentas tu. perh. gua macam nak peluk je tv tu.
dia sangat comel. bodoh. benci kau. kau comel ok. grrr! :)

saat nasha aziz tampar shahir. wah. seronok weyh. kuat tamparan kau. nasib si shahir dah buka braces.
kalau tak mesti tercabut weyh. tapi kenapa shahir nampak lemah dan tak seronok malam tu.
dia sangat beza. katanya dia sakit sebelum ni. ok. apa-apa aja.

Adira. matanya macam baru lepas menangis. bengkak semacam. atau teknik solekan dia memang macam tu?
tapi dia sangat comel dengan rambut tu. rindu rambut lama aku :)

ok. paling tak berapa nak seronok, kemenangan milik Ana Rafali. unexpected. sangat-sangat.
maaf fadh, tv kau kena baling dengan bantal dengan yus. sebab dia memang sangat tak setuju dengan keputusan itu.
dan aku rasa kemenangan Ana malam tu memang disebabkan untuk menarik ramai orang muda jadi penyanyi dan penulis liri. dan no wonder pengacara malam tu ada mention tentang ini.

dan lihat saja di facebook, semua agak mempertikaikan kemenangan dia. tapi apa pun, dia dah dapat rm35,000 tu. habislah. mesti harga Ana Rafali terus naik. bersiap lah :)

tapi aku seronok dapat tonton dengan mereka. lena aku atas sofa tu :)
bye :)

No comments: