Friday, February 4, 2011

........

bila dah banyak titik jadi entry aku. maksudnya aku blur dah ni.
genap sebulan aku tinggalkan rumah. ikut perancangan, lepas pulang dari Sabah, aku nak stay je di Shah Alam.
tapi memandangkan, aku rasa aku akan kesorangan di rumah sewa, cukup bagus aku pulang dulu ke Johor Bahru. rindu :)

entry tentang tour di Sabah akan ditulis selepas aku rasa aku dah cukup puas hati lakukan assignment yang banyak tergendala ni.
dan baru aku terperasan sesuatu assignment yang tertinggal yang patut dihantar setibanya hari Isnin, 7hb Feb 2011.

hari ini terfikir sejenak, dua jenak, tiga jenak, berjenak-jenak.
kadang-kadang kita kena tipu hati kita.
macam dalam 3Idiot. all is well. maksudnya, senangkan hati kita walaupun pada dasarnya, banyak masalah yang timbul.
sama aplikasi untuk manusia. menipu untuk menyenangkan segalanya.walaupun kebenaran itu pahit.

mana ada orang yang tak berperasaan. ramai kata, "uih, dia tu hati kering. tak kisah apa pun"
tapi dalam, siapa yang tahu? kan?
aku rasa seronok orang yang berhati kering ni sebab orang takkan nak tipu atau jaga sangat perasan dia.
tak perlu nak putar belit cerita untuk jaga perasaan dia.

sebab orang lain rasa si hati kering ni takde perasaan kan.

dulu aku diajar, kalau sayang kata sayang, kalau rindu kata rindu.
perkataan itu mana boleh dibuat main. tak seronok rasanya.
tapi kalau kita sayang tapi tak cakap sayang, macam mana pula?
adakalanya kita kena tahu di mana kita berdiri. dengan siapa kita duduk.
sebab mungkin ada hati yang perlu dijaga.
jadi kuranglah rasa bersalah.kan :)

bye :)

No comments: