dalam pasangan, salah satu tugas untuk memahami apa sahaja yang dibuat pasangan mereka.
dalam erti kata lain, jadi penyokong, pendukung dan pendengar dalam setiap masalah pasangan mereka.
tipu lah, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula antara pasangan kan.
dan dalam pasangan juga perlu ada rasa percaya. memang perlu. dan sangat sangat perlu.
jadi tak perlu rasa curiga, dan terlalu paranoid sangat.
tapi tak payah lah nak percaya 200% sampai apa yang dibuat segalanya betul.
itu gunanya pasangan. untuk membina, membantu. bukan menjatuhkan dan menjahanamkan.
jadi, kalau marah, memang itu tandanya sayang. tapi tengok juga pada apa yang dimarahnnya.
apa yang penting, think positive. bila segalanya positif, semuanya nampak baik.
tapi kadang-kadang, ada pula yang ambil kesempatan untuk pasangan yang terlalu mempercayai.
itu masalah lain pula. jadi, apa cerita ni?
pasangan sendiri, handle sendiri. sebab cuma pasangan kenal pasangan masing-masing.
jangan dah terhantuk, baru nak terngadah.
beri peluang, tak mesti masa lampaunya gelap, akan terus gelap hingga sekarang.
ada yang berubah. beri masa. bantu. cukup untuk itu.
tolonglah jangan paranoid sangat. nampak apa yang perlu nampak.
dan sila nampak dengan positifnya. kata-kata cuma memberi impak provokasi.
tapi pilih mana yang serius mana yang hanya untuk mainan semata.
bye :)
No comments:
Post a Comment