aku masih ralat sebab ada lagi manusia begini

banyak sangat ragam manusia sekarang ni. macam tu lah. macam ni lah.
tapi memang tak pelik sebab tuhan dah jadikan manusia ni bermacam-macam.
baru ada variasi. tak lah bosan sangat hidup ni.
aku sekarang memang berhadapan dengan orang yang entah dari planet mana wujudnya.
tapi disebabkan ragam si manusia ni, buat aku gelak banyak-banyak kali.
dah jadi satu hiburan dah. bukan untuk aku seorang tapi untuk orang-orang yang terlibat juga.

nak cerita pun payah. semua tak dapat nak faham hanya melalui tulisan semata.
tapi itulah, kalau barang perkakas rm3 pun nak berkira, memang jadi satu masalah.
kenapa tak boleh nak sedekah je ke? then, nak divide mksudnya 50 sen seorang.
bila tak nak bayar, kata kami berkira. tapi kau tak berkira ke dengan cuma rm3 tu?
tu belum cerita mark up duit lagi. cuma dengan petik jari, kami boleh buka pekung kau.
sorry to say. dont try to talk shit about manners if you cant manners with yourself.

ada lagi ragam manusia yang tak reti nak bersyukur.
itulah. bila depan mata, mana nampak. bila dah hilang, baru lah terasa.
tapi kan orang dah kata banyak kali. nasi sudah menjadi bubur.
jadi, makan je lah bubur tu ye. kadang-kadang bubur ni kalau ditelan, sedap juga.
kalau kena dengan lauknya. maksudnya, pandai-pandai kau handle hidup baru kau.
rencahkan sendiri biar senang untuk ditelan. tak gitu? Gitu lah :)

hidup ni kan seperti mana yang kita tentukan.
tak perlu takut dengan mimpi. sebab tu cuma permainan.
kita pemain, dan orang sekeliling akan jadi pencorak.
jadi, kenapa perlu fikir sedangkan pilihan ada dalam tangan kita sendiri.
"nak tak nak je" (cech adrea, 2010).

memang lah takdir tuhan dah tentukan.
tapi kan dah bilang, "Allah akan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
jadi, ubahlah mana yang patut ye :)

bye :)

No comments: