Sunday, March 6, 2011

produksi kedua.

ohh, production pertama dah selesai.
sekali dengan persembahan di hadapan lecturer dan kawan-kawan.
ada gelak-gelak sampai pecah perut. banyak ragam video punya pasal.

yang kali ni, produksi kedua. lagi berat sebenarnya.
program live 2 jam. beserta dengan artis. tidak berbayar.
mana nak carik. hah! masa ni lah nak kena guna kepakaran berkata.
fuhh. aku ni dari dulu malas nak berdeal dengan orang.
nak pujuk orang pun malas, lagilah nak bercakap secara profesional.
mungkin ade masalah. kurang sabar punya hal lah ni.

harap produksi kali ni lebih hebat dari yang pertama sebab aku rasa team-team kelas aku dah buat satu garisan yang agak tinggi.
dan aku tau lecturer aku pun agak impress dengan video kerja kelas aku.

kelassss kau mariah! haha :)

ohh. minggu depan terpaksa berkampung di merlimau, Melaka.
program anak angkat. ada aktiviti tangkap belut rasanya. eih, belut ni takde elektrik ke?

ok. bye :)

No comments: