banyak sangat dah ni.

banyak sangat dah ni assignment yang kena submit.
haa, padan lah muka aku. time-time macam ni lah kena duduk mengadap laptop 24 jam.
haa, time-time macam ni lah facebook, twitter kena duduk diam-diam.
haa, time-time macam ni lah muka nak datang jerawat kan.
bagus. tahniah. muka dah macam harraammm!
bila nak cuti semester? aku tak sabar nak berehat.
bye.

oh, perihal satu ceritera assignment hilang.
itu buat aku macam nak terjun dari tingkat 3 ni.

pendekkan jalan cerita, atas dasar kelam kabut nak keluar sangat kan, save lah kerja dengan senang hatinya di Dekstop.
betul lah. kalau orang lain pun aku tengok save kat dekstop je.
sampai penuh satu dekstop tu. tak paham aku. bersepah! ok.

dah lah aku buat review movie melayu, sedangkan esok hari kena hantar review movie english.
dengan perasan amarah, "ah, aku dah siap review movie melayu. aku nak hantar yang melayu punya jugak!"

berlagak sangat kan. bila balik,sempat gelak-gelak kan.
orang kata, "suka sangat tu kejap lagi menangis lah".
aah, memang betul aku nak menangis. jam 4.15 pagi, check file.
senang hati word tu bukak file aku dengan kertas kosong tiada tulisan langsung.
jadi, yang berpage-page aku tulis tadi, entah mana terbang pun aku tak tau.
tahniah. aku dah macam orang gila kena tengok balik movie untuk salin dialog-dialog yang berkaitan.
jam 9 pagi, baru lah siap dan mampu untuk tidur sebab assignment dah settle :)

ohh, yang buat lagi marah. bila dalam kelas, lecturer tanya "siapa yang tak siap lagi assignment?"
ada lah 2 orang yang angkat tangan. kan.
"siapa yang tak siap tu, hantar esok"
"eh, hantar minggu depan, compile sekali dengan movie review melayu punya"

ok. bye. aku macam nak melompat dan menangis teresak-esak.
terima kasih! kalau ku tau, tidur lah yang akan aku pentingkan dulu.demmit.
takpe lah. sudut positif nya, aku dah siapkan assignment tu.
tak perlu dah nak fikir apa-apa lagi sebab ada banyak assignment lain yang tengah beratur tunggu giliran.

bye :)

No comments: